Tragedi, misteri, konspirasi, dan introspeksi – empat perkara ini sering menjadi fokus utama setiap kali bercerita tentang MH370. Kehilangannya benar-benar mencuri perhatian dunia. Sampaikan ia dianggap sebagai insiden paling misteri dalam sejarah penerbangan.

Betapa, sebuah pesawat Boeing 777-200 yang berukuran 63.7 meter panjang dan 60.9 meter lebar hilang bersama kesemua 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal – hilang tanpa jejak, tanpa bangkai, atau apa-apa. Hanya serpihan dan kenangan.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Mengimbau kembali kejadian, pesawat terbabit berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi tanggal 8 Mac 2014 dan dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari sama. Sepanjang 60 minit pertama penerbangan, tiada sebarang masalah ditunjukkan.

Ketua juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (53 tahun) malah sempat memberikan mesej kepada KL ATSC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) pada jam 1.19 pagi. Pesanannya serba ringkas, sekadar mengucapkan “Selamat malam, Malaysia 370.”

Tiada siapa menyangka yang itu adalah pesanan terakhir daripadanya. Kerana sebelas minit kemudian (jam 1.30 pagi), pesawat tersebut hilang dari radar DCA (Jabatan Penerbangan Awam Malaysia).

Ketika itu, MH370 sedang menyeberangi Laut China Selatan dan bakal memasuki ruang udara selatan Vietnam. Usaha mencari dan menyelamat (save and rescue; SAR) lantas digerakkan – pada hari dan tarikh itu juga. Lokasi pencarian adalah di Laut China Selatan.

Sehari kemudian, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil bersama berita baru. Katanya, MH370 didapati melencong ke selatan Pulau Pinang sebelum menuju ke Laut Andaman. Justeru, kawasan pencarian pun diperluas hingga ke Selat Melaka. Usaha awal ini turut melibatkan Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat.

Seminggu kemudian, pada 15 Mac, operasi SAR dipergiat sehingga melibatkan 26 buah negara – masing-masing dengan anggota dan aset tersendiri merangkumi kapal terbang, kapal selam, dan satelit.  Amerika Syarikat misalnya menghantar Armada Ketujuh Tentera Laut ke Selat Melaka.

Dianggarkan, kos pencarian pada bulan pertama sahaja mencecah $44 juta. Ini belum termasuk beberapa kos lain seperti penginapan kakitangan dan biaya pasukan penganalisa.

Sememangnya, pencarian MH370 yang berlangsung selama 1,046 hari – dari 2014 hingga 2017 – meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi adalah antara yang tertinggi dalam sejarah. Iaitu kira-kira $200 juta. Ia memang satu nilai yang tinggi. Tetapi untuk merungkai misteri melibatkan 239 nyawa manusia, ia sama sekali jauh daripada mahal.

Pada tanggal 24 Mac 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan yang MH370 berkemungkinan besar terhempas. Lokasinya di selatan Lautan Hindi dan ia meragut kesemua penumpang.

Hal ini mendorong usaha pencarian untuk bertumpu di sana. Kali ini, operasi diketuai oleh Australia menerusi Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dengan fokus utama adalah mencari lokasi kotak hitam pesawat. Isyarat ping memang sempat dikesan. Kali pertama oleh kapal Haixun 01 milik China dan kali kedua oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV). Cuma, pencarian sepanjang tahun itu gagal menemukan apa-apa.

Hanya pada 2015 dan 2016, barulah sinar harapan menyala. Ini apabila bahagian sayap (flaperon) sepanjang 2.7 meter milik MH370 dijumpai di Pulau Reunion – berjarak 5,787 km dari Malaysia – pada 29 Jun 2015. Begitu juga dengan serpihan kabin dan kepingan sayap pesawat yang masing-masing dijumpai di Pulau Rodrigues (Mauritius) dan Pulau Pemba (Tanzania) setahun kemudian.

Bukti-bukti ini menguatkan kenyataan bahawa pesawat tersebut terhempas dan bersemadi di Lautan Hindi.

Cuma pada Januari 2017, atas persetujuan antara ketiga-tiga negara (Malaysia, Australia dan China), operasi pencarian dihentikan. Kontrak pencarian yang dimeterai dengan syarikat Ocean Infinity pada Januari 2018 pun hanya dikekalkan selama lima bulan, iaitu sehingga 28 Mei. Itu adalah kali terakhir usaha mencari pesawat MH370 dilakukan.

Setelah itu, kisah MH370 ‘ditamatkan’ dengan pembentangan laporan akhir oleh badan penyiasatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada Julai 2018. Laporan ini memang panjang, menyentuh tentang tujuh perkara hingga diiktiraf oleh tujuh agensi dunia.

Tetapi, tidak satu pun daripada tujuh perkara itu menyentuh tentang apa yang sebenarnya terjadi. Ini kerana maklumat yang direkodkan oleh Alat Perakam Data Penerbangan, Alat Perakam Suara Kokpit, dan peranti rakaman lain pada pesawat tidak dapat diakses – semuanya gagal dijumpai.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Justeru memetik ketua penyiasat Datuk Kok Soo Chon, laporan yang dibentangkan oleh ICAO sama sekali bukanlah laporan akhir. Kerana selagi bangkai pesawat tidak ditemukan, selagi itu ruang masih terbuka untuk mencari jawapan.

Anda sedang membaca sekadar kronologi ringkas MH370 dan MH17. Kalau anda berminat nak mendalami lebih dalam mengenai peristiwa ini, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, PENERBANGAN TERAKHIR: MH370 dan MH17 yang ditulis oleh Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman yang merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang terlibat sendiri dalam penyiasatan kedua-dua kes ini. Beli di: http://bit.ly/penerbanganterakhir

RUJUKAN:

Abbas, Moustapha. (2020, 8 March). Mengingati 6 Tahun Kehilangan MH370. The Patriots

Astro Awani. (2015, 30 January). Perjalanan MH370: Kehilangan, tangisan dan rahsia di sebaliknya.

Astro Awani. (2017, 17 January). Kronologi kehilangan MH370 sejak 2014 hingga 2017.

Wardell, Jane. (2014, 8 April). Search for MH370 to be most expensive in aviation history. Reuters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Leave A Reply