Pada 15 Februari 2013, sebuah meteor terhempas di Chelyabinsk, selatan wilayah Ural, Rusia. Semasa ia terhempas, ia menghasilkan tenaga sama seperti 500,000 tan TNT dan mencetuskan gelombang kejutan di seluruh dunia. Tetapi siapa sangka, ia juga bertanggungjawab menghasilkan impak besar yang membawa kepada penciptaan bulan.

Contoh fragmen meteor Chelyabinsk yang dipamerkan di sebuah muzium di selatan Ural.

Dapatan ini ditemui dalam satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge. Semasa sistem suria terbentuk, planet bumi yang baru terbentuk dihentam oleh objek cakerawala sebesar Marikh.

Akibat perlanggaran yang berlaku kira-kira 4.5 bilion tahun lalu, sebahagian bahan dibawa ke angkasa lepas sebelum bergabung dan membentuk bulan yang kita kenali hari ini.

Jadi, bagaimana dapatan ini ditemukan oleh para penyelidik Cambridge? Ia dibuat melalui pentarikhan uranium-plumbum pada kristal zirkon yang terkandung dalam sesebuah meteor atau asteroid.

Kedua-duanya dianggap jawapan terbaik untuk menjawab persoalan penciptaan sistem suria kita kerana ia tidak banyak berubah semasa proses itu berlaku. Ini menjadikan ia sebagai kapsul masa terbaik untuk menjawab persoalan tersebut.

Apabila kristal zirkon terbentuk, ia memasukkan elemen uranium tetapi menolak plumbum. Ini bermakna sebarang plumbum yang ditemui dalam zirkon merupakan hasil reputan radioaktif yang terkandung dalam uranium.

Dengan mengira tempoh reputan radioaktif, mereka dapat mengetahui usia sebenar sesebuah kristal zirkon. Selain itu, ia juga boleh mengenalpasti sama ada wujud perubahan radioisotop usia mineral selepas sesebuah meteor terhempas atau tidak.

Dengan kaedah ini, mereka mendapati meteor Chelyabinsk mengalami dua peristiwa hentaman. Hentaman berlaku kira-kira 4.5 bilion tahun lalu dengan satu lagi hentaman berlaku lebih 50 juta tahun lalu.

Bagi menyokong catatan tarikh yang dinyatakan, mereka mengkaji bagaimana mineral fosfat dalam meteor pecah apabila ia terhempas ke bumi. Kajian mereka mendapati akibat perlanggaran awal kira-kira 4.5 bilion tahun lalu, ia memecahkan fosfat kepada serpihan-serpihan kecil dan mendedahkannya kepada suhu panas melampau.

Sementara bagi perlanggaran kedua pula, ia tidak dikenakan tekanan dan suhu tinggi sama seperti perlanggaran pertama. Ini menunjukkan perlanggaran ini berlaku 50 juta tahun sebelumnya. Akibat impak perlanggaran sama, ia terpisah daripada meteor yang lebih besar sebelum terhempas ke bumi.

Pakar geologi Craig Walton percaya suhu panas yang terhasil akibat perlanggaran Chelyabinsk yang pertama mungkin berlaku akibat penyusunan semula sistem suria. Ia boleh terjadi akibat pembentukan bumi-bulan atau pergerakan orbit planet-planet yang lebih besar. Kajian tentang impak meteor Chelyabinsk ini diterbitkan dalam jurnal Communications Earth & Environment.

Semasa meteor Chelyabinsk terhempas di kawasan yang dinyatakan, ia memasuki atmosfera dengan kelajuan 41,600 batu sejam. Sebahagian besar meteor terhempas dalam sebuah tasik tempatan yang dipanggil Cherbakul. Akibat insiden berkenaan, 1,600 orang mengalami kecederaan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital tempatan.

RUJUKAN

Lee Hood, A. (2022, 28 Februari). 2013 METEOR MAY HAVE BEEN INVOLVED IN CREATING THE MOON. The Byte. Futurism.

Tonkin, S, (2022, 25 Februari). Chelyabinsk meteor that exploded over Russia in 2013 may have also been involved in the giant impact that formed the MOON, study reveals. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply