Metafora Bunga Dalam Ungkapan Melayu

528

https://bit.ky/kombowww

Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna. Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.

“Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi”
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.

 


“Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak”

Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum. Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.

“Hendak bersunting bunga mala”

Bunga Mala atau Melur diibaratkan seperti seorang gadis yang sudah lanjut usia tapi belum bersuami,sama seperti jangkahayat pokok bunga Melur yang mampu hidup sekitar 20-30 tahun.

‘Mandi di tepi telaga,bersunting bunga Tahi Ayam”

Peribahasa ini menceritakan perihal lelaki yang beristerikan wanita yang buruk perangainya yang digambarkan seperti bunga Tahi Ayam yang cantik,tetapi tengik baunya.

“Merah Padma”

Sering disalah eja sebagai merah padam kerana kekeliruan dalam transliterasi Jawi ke Rumi, Padma sebenarnya merujuk kepada bunga Teratai.Merah Padma bererti merah lembut seakan-akan bunga Padma atau Teratai.

“Biduk lalu,kiambang bertaut”

Biduk adalah sejenis perahu kecil yang tirus,manakala kiambang adalah sejenis bunga akuatik yang hidup berkelompok dan saling berpaut pada jalinan akar. Justeru jika dipisahkan seketika seperti ketika biduk melaluinya,ia akan kembali bertaut semula.

“Buai laju-laju sampai pokok sena,apa dalam baju sekuntum bunga Cina

Bunga Cina memiliki bau yang harum yang biasa diselitkan dalam pakaian sebagai haruman tubuh.

Demikianlah sedikit sebanyak kebijaksanaan orang #Melayu dalam mendidik dengan berpandukan sumber alam seperti #bunga. Terima kasih kerana sudi membaca!

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.