Saban hari muncul ramai usahawan dari kaum bumiputera yang berjaya dengan idea idea yang sangat inovatif. Erdy Sulino Mohd Muslim Tan yang asal Perlis Indera Kayangan juga tergolong dalam kalangan yang telah berjaya walaupun baharu saja mencecah umur 34 tahun.

Beliau merupakan pemenang anugerah geran SUPERB yang dianjurkan oleh TERAJU pada siri ke-3 pada tahun 2014. Beliau mempunyai minat yang menebal dalam bidang automasi, reka cipta dan juga robotik. Dengan berbekalkan minat yang mendalam ini, beliau menceburkan diri dalam bidang pengurusan bahan buangan dan kitar semula. Secara khususnya dalam melupuskan penapis minyak terpakai (used oil filter).

Erdy juga memberitahu yang penapis minyak terpakai selalunya dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah oleh sebahagian pusat servis kenderaan. Namun ada juga yang menghantar kepada pihak yang berkaitan.

Menurut beliau lagi, bahan bahan yang terdapat di dalam penapis minyak terpakai ialah minyak hitam, besi, kertas dan juga getah dan kesemua bahan ini boleh diproses dan di kitar semula. Selain itu, besi dan minyak hitam juga boleh dijual semula.

Erdy sedar bahawa cara perlupusan itu tidak mesra alam lalu beliau bertekad untuk mencipta mesin mengasingkan bahan bahan yang terdapat dalam minyak terpakai tersebut. Namun beliau banyak menerima kritikan apabila projek dan idea beliau ini diketengahkan.

Namun itu bukan lah penghlang untuk Erdy berputus asa, minatnya yang mendalam dalam bidang robotik, automasi dan mereka cipta, Erdy berjaya mencipta sebuah mesin manual untuk memproses minyak terpakai. Mesin manual ini dapat memproses sebanyak 150-250 kilogram minyak sehari.

Cabaran dan dugaan yang menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada Erdy untuk terus memperbaiki dan mengembangkan idea beliau. Hasil usaha beliau telah berjaya menarik perhatian daripada Superb. Beliau dianugerahkan anugerah SUPERB untuk meningkat dan mengembangkan perniagaan beliau.

Dari mesin manual, kini sudah menjadi mesin automatik hasil adanya geran SUPERB itu. Mesin dengan pengubahsuaiannya kini berupayaan untuk memproses sehingga 6000-10000 kilogram penapis minyak sehari.

Selain memenangi geran SUPERB, ada beberapa lagi anugerah yang turut digondol oleh Erdy. Ini menunjukkan idea beliau mula menampakkan kejayaan dan sudah diterima di peringkat global. Antara anugerah anugerah tersebut ialah Best in Environmental Innovation (Hendry Goh Award) 2015 di International Innovation and Invention iTEX2015 dan pingat emas di iTEC2015.

Dengan pencapaian daripada Edry, Peneraju Hijau SDN BHD berjaya membuka peluang perniagaan kepada penduduk luar bandar untuk mengumpul penapis minyak terpakai.

Erdy secara tidak langsung amat berbangga kerana beliau dapat membantu lebih ramai orang mencari rezeki. Selain itu, syarikat beliau kini sudah ada sekurang-sekurangya 300 pelanggan tetap yang akan menghantar penapis minyak terpakai setiap bulan. Erdy juga berjaya mengekalkan sistem yang mesra alam sejajar dengan nama syarikatnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply