Baru-baru ini, filem Kingsman: The Golden Circle ditayangkan di pawagam. Filem Kingsman: The Golden Cirlce merupakan sekuel kepada filem Kingsman: The Secret Service.  Jika diperhatikan di media-media sosial seperti laman MukaBuku, kita akan dapati ramai yang memberi komen positif terhadap filem tersebut. Mana tidaknya filem ini penuh dengan aksi, gaya, dan humor yang memberikan keseronokan buat penonton.

Filem ini sememangnya menggambarkan apa yang berlaku di dunia nyata pada ketika ini. Artikel ini bukanlah ditulis untuk mengulas tentang filem yang telah untung 100.4 juta USD sejak mula ditayangkan seminggu lebih tetapi untuk menggali mesej-mesej tersembunyi yang ada dalam filem ini. Apakah mesej tersembunyi itu?

  1. EJEN-EJEN STATESMAN

Adakah anda perasan nama-nama ejen Statesman? Izinkan penulis mengimbas memori anda. Dalam filem ini, Statesman merupakan organisasi risikan rahsia yang berpusat di Amerika Syarikat sama seperti Kingsman tetapi Kingsman berpusat di London, United Kingdom. Nama-nama ejen Statesman yang terdapat dalam filem ini ialah Whiskey, Tequilla, dan sebagainya. Jika anda perasan, nama-nama ejen Statesman merupakan nama-nama arak. Berbeza dengan ejen Kingsman yang dinamakan sempena nama-nama satria Inggeris seperti Galahad, Merlin, Arthur dan sebagainya.

Mengapa agaknya mereka namakan ejen-ejen Statesman Amerika Syarikat bersempena nama arak?

Filem ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang dipenuhi dengan pemabuk. Bukan cuba untuk menghina negara lain tetapi kajian membenarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara pemabuk. Kajian menunjukkan sebanyak 73% orang dewasa Amerika Syarikat minum minuman beralkohol dan 13% rakyatnya menghidap kecelaruan penggunaan alkohol (Alcohol Use Disorder) (Walton, 2017). Maka tidak hairanlah mengapa nama-nama ejen Statesman Amerika Syarikat ini dinamakan sempena nama minuman yang memabukkan.

  1. PRESIDEN U.S.A

Watak presiden hanya ditunjukkan sebentar sahaja dalam filem ini iaitu semasa Poppy Adam mengugut Presiden Amerika Syarikat untuk memberikan kekebalan undang-undang kepadanya dan rakan-rakannya dan diakhir filem semasa penawar berjaya diedarkan. Dalam filem ini, watak Presiden Amerika Syarikat digambarkan sebagai seorang yang kejam, pandai mengambil kesempatan, dan penipu namun akhirnya ditangkap dan presiden Amerika Syarikat digantikan dengan watak Setiausaha Negara iaitu seorang wanita.

Adakah anda nampak persamaanya dengan dunia hari ini?

Sifat-sifat watak presiden Amerika Syarikat yang digambarkan dalam filem ini selari dengan media-media Amerika Syarikat untuk menggambarkan presiden mereka yang sekarang. Bukan sahaja untuk presiden sekarang tetapi hampir kesemua presiden Amerika Syarikat bersifat seperti itu. Buktinya kita lihat misi ketenteraan yang kononnya membawa keamanan tetapi tidak mendatangkan hasil dan hanya mengorbankan ramai yang tidak berdosa. Menurut kajian, seramai 460,000 orang terkorban antara tahun 2003 hingga tahun 2011 semasa Amerika Syarikat menyerang Iraq (Hagopian, et al., 2013). Bayangkan, hampir 500,000 orang terkorban, adakah angkah itu tidak cukup menggambarkan kekejaman? Atas nama keamanan dunia juga, Amerika Syarikat telah membunuh seramai 200,000 jiwa dalam satu masa menggunakan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima! Maka tidak hairanlah filem ini menggambarkan jahatnya mereka yang duduk dikerusi presiden Amerika Syarikat.

  1. PENGGUNAAN DADAH

Poppy Adam merupakan seorang kartel dadah yang sangat berjaya sehingga produk dadahnya digunakan oleh hampir semua manusia di dunia ini. Oleh sebab, Poppy Adam seorang wanita yang tamak maka  dia pun meracuni pengguna-pengguna produknya dengan harapan kerajaan akan mendapatkan penawar kepada racun tersebut daripadanya dan sebagai ganti kerajaan perlu memberikan imuniti undang-undang kepadanya. Namun, sifat tamaklah yang menjeratnya.

Bukan sifat Poppy Adam yang ingin disorotkan tetapi filem ini secara jelas menggambarkan bahawa penggunaan dadah sedang berleluasa tanpa mengira bangsa atau negara, jawatan atau keturunan, semua lapisan masyarakat menggunakannya. Dalam filem ini, kawan baik Eggsy, Princess Tilde, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Elton, semuanya menyalahgunakan dadah. Sebenarnya itulah cerminan, dunia realiti hari ini.

Menurut statistik yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Laporan Dadah Sedunia, seramai 247,000,000 orang menggunakan dadah tahun 2016, 1,600,000 pengguna dadah menghidap HIV AIDS,  6,000,000 pula menghidap hepatitis C (Bussink, et al., 2016). Satu sahaja perkataan yang sesuai menggambarkan global hari ini iaitu TENAT.

KESIMPULAN

Mesej-mesej yang diutarakan ini hanyalah pendapat peribadi penulis berdasarkan fakta-fakta daripada jurnal-jurnal dan laporan yang sahih. Bukan filem ini menjadi sorotannya tetapi gejala-gejala negatif yang berlaku didalam filem itu juga berlaku di negara kita. Sebagai contoh, budaya meminum arak ingin dihidupkan di negara kita dengan penganjuran Octoberfest, di Malaysia juga ramai ahli politik dan pemimpin yang bersikap populis tetapi tidak menguntungkan agama dan bangsa, bukan itu sahaja, penggunaan dadah juga semakin menjadi-jadi di negara kita. Penulis tinggalkan anda dengan satu soalan, apakah yang mampu kita lakukan untuk ubah masyarakat kita yang sedang tenat ini?

RUJUKAN:

Bussink, C., Carpentier, C., Davalos, L. M., Davis, P., Martinez, A. D., Eichinger, N., et al. (2016). World Drug Report. New York: United Nation.

Hagopian, A., Flaxman, A. D., Takaro, T. K., Esa Al Shatari, S. A., Rajaratnam, J., Becker, S., et al. (2013, October 15). Mortality in Iraq Associated with the 2003–2011 War and Occupation: Findings from a National Cluster Sample Survey by the University Collaborative Iraq Mortality Study. Retrieved September 27, 2017, from PLOS: http://journals.plos.org/plosmedicine/article?id=10.1371/journal.pmed.1001533

Walton, A. G. (2017, August 12). People in the U.S. Are Drinking More Alcohol Than Ever: Study. Retrieved September 27, 2017, from Forbes: http://www.forbes.com/sites/alicegwalton/2017/08/12/people-in-the-u-s-are-drinking-more-alcohol-than-ever-study


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang meminati subjek politik, ekonomi, dan falsafah. Cenderung kepada konservatism, Keynesian, dan berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun begitu, saya hanyalah seorang guru di pusat pendidikan swasta dan bercita-cita melahirkan generasi intelektual dan bermoral tinggi serta bersedia mempertahankan agama, raja, dan negara.

Leave A Reply