Meriam Dardanelles – Meriam Agung Terakhir Uthmaniyah

759

Pra-tempah hanya di Shopee

Meriam Dardanelles adalah sebuah meriam besar yang direka sebagai senj4ta bedil untuk digunakan dalam per4ng pengepungan. Meriam ini seberat 16.8 tan dan panjang 17 kaki dengan diameter hanya di bawah 3.5 kaki dan mampu melepaskan temb4kan bebola meriam yang besar pada jarak satu setengah batu.

Meriam itu kini berada di Royal Armouries di Fort Nelson, Hampshire, ia dihadiahkan kepada Ratu Victoria pada tahun 1866 oleh Sultan Abdülâziz semasa kunjungan baginda selaku Sultan Uthmaniyah yang pertama menjejakkan kaki ke Eropah dalam urusan diplomatik.

Meriam Dardanelles yang ditanggalkan di Fort Nelson di Hampshire

Bahagian badan meriam yang disatukan dari dua komponen berasingan itu kini ditanggalkan dan diletakkan di bawah kanopi muzium untuk pameran awam.

Apabila penulis mengenangkan segala kemajuan senj4ta berteknologi canggih yang kini sedang kita nikmati hasil pembangunan pesat bermula sejak dari abad yang lalu sahaja, sukar untuk membayangkan bagaimana senj4ta yang besar ini pernah mengubah sejarah.

Tindakan Sultan Abdülaziz menghadiahkan meriam itu kepada Ratu Victoria juga sangat ironi, memandangkan ia pernah digunakan Uthmaniyah pada 59 tahun sebelumnya, iaitu pada tahun 1807, semasa pasukan tent3ra Uthmaniyah membedil dan meletvpkan kapal-kapal Inggeris yang berusaha menghalang Uthmaniyah dari berper4ng dengan Rusia.

Tindakan Inggeris itu adalah bagi memastikan kapal-kapal Inggeris terus bergerak bebas terutamanya di laluan yang digunakan pedagang. Operasi itu berlaku hanya dua tahun setelah Tent3ra Laut Diraja Britain berjaya memenangi Pertempvran Trafalgar.

Di bawah perintah Wakil Laksamana Cuthbert Collingwood, Armada Mediterranean melakukan persiapan untuk ser4ngan yang sepatutnya akan berakhir di Konstantinople jika perlu. Meskipun demikian, dia memilih untuk menggunakan sebahagian kecil armada di bawah perintah Sir John Thomas Duckworth untuk melakukan ser4ngan itu.

Armada Mediterranean Britain berlayar ke Dardanelles dan ke Laut Marmara. Perjalanan mereka pada awalnya dipenuhi dengan berbagai ‘bala’ seperti HMS Ajax yang terbakar, semasa krew kapal melarikan diri, dan akhirnya meletvp sama sekali.

Namun peristiwa ini seakan akan mula mendedahkan kehendaknya. Pasukan pertahanan Uthmaniyah hampir tiada dan memberikan penentangan yang menyedihkan ketika armada Inggeris tiba pada akhir bulan Ramadhan.

Laksamana Sir John Duckworth ketika dibedil di Dardanelles

Meriam-meriam Uthmaniyah membedil secara berterusan.  Dan walaupun armada British meraih beberapa kejayaan pada awalnya, Uthmaniyah akhirnya telah menyebabkan kerosakan yang besar terhadap armada tersebut. 28 pelaut Inggeris terbvnuh akibat dibedil oleh meriam Dardanelles ini, lalu Duckworth kemudiannya terpaksa berundur.

Bagaimana tent3ra laut British yang moden dan yang paling kuat pada zamannya, hampir dimvsnahkam oleh meriam lapuk dari abad pertengahan yang ketinggalan zaman?

Pada asasnya, Uthmaniyah sentiasa tahu bahawa meriam itu tidak akan mengecewakan mereka kerana ia pernah membuktikan keupayaannya sebelum itu. Meriam gergasi itu yang kini berada di Royal Armouries dibina pada tahun 1464 oleh Munir Ali yang mengambil contoh dari rekaan meriam Basilica yang digunakan sebelas tahun sebelumnya semasa Pengepungan Konstantinopel.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.