Berperanan sebagai penjaga di pesisir selat Dardanelles selama kira-kira 400 tahun, meriam gergasi Uthmaniyah yang terkenal ini boleh dikatakan sebagai salah satu senj4ta paling penting dalam sejarah abad pertengahan.

Sebelum Adolf Hitler memperagakan kekuatan tent3ra Nazi dengan pelbagai jenis inovasi senj4ta yang besar, pelik dan mengerikan semasa Per4ng Dunia Kedua, meriam Dardanelles terlebih dahulu telah menampilkan dirinya dengan lagak sombong dan mengancam yang secara halus menonjolkan ciri-ciri keagungan Sultan yang hanya dapat diimpikan oleh penjahat dalam budaya pop.

Gaya meriam diraja sebegini seolah-olah telah menjadi identiti penting Uthmaniyah. Pendahulumya bahkan telah membuktikan keunggulannya dalam merobohkan tembok yang melindungi sebuah empayar yang masih berdiria semenjak ia diasaskan dari era Augustus Caesar.

Tembok Konstantinopel itu tidak pernah berjaya ditembusi dalam mana-mana cubaan yang dilakukan oleh tent3ra Islam sebelum itu. Apabila tibanya giliran Sultan Mehmed II, ternyata kemenangan berjaya diperoleh Islam, melalui bantuan meriam Basilica, senj4ta pemusnah yang membina sebuah tamadun.

Istilah generalisasi “Meriam Agung Uthmaniyyah” yang sering digunakan oleh sejarawan, sebenarnya telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat kerana satu istilah yang sama digunakan bagi merujuk kepada dua meriam yang berbeza, peristiwa per4ng yang berbeza, namun kedua-duanya sering membawa tuah kerana memenangi setiap pertempvran penting.

Untuk artikel kali ini, kita akan bercakap mengenai Meriam Basicilica yang digunakan meruntuhkan tembok hebat Konstantinople.

Meriam Basilica

Pada pengepungan di sebuah kota di tahun 1453, ketika itu, terdapat tiga buah meriam gergasi yang paling awal telah bertanggungjawab dalam meruntuhkan temboknya. Semasa pengepungan itu, dikatakan pihak pengepung nyaris membatalkan hasratnya apabila meriam itu gagal berfungsi kerana masalah teknikal.

Tiba-tiba, askar-askar yang mempertahankan kota melihat kepulan asap membelah langit dengan pantas di udara. Kemudian ia melencong tepat ke arah kota. “BOOM!!!” Berlakunya satu letvpan besar terhadap struktur menara tertinggi di tembok kota lalu menara itu kemudian runtuh bersama tembok. Warga penduduk dalam kota mula panik, berlari-lari menyelamatkan diri.

Ketibaan Sultan Mehmed II untuk membedil Konstantinople

Pereka meriam dahsyat itu yang telah menyebabkan keadaan di dalam kota itu huru-hara, sebenarnya dirinya sendiri juga pernah berada di dalam kota yang sedang dibedil tersebut semenjak beberapa bulan sebelum pengepungan itu berlaku.

Namun, dalam pengepungan ini, dia telah memilih untuk berpaling tadah dengan memihak kepada pihak musuh yang berbeza bahasa, budaya dan pegangan agama. Lelaki yang membina meriam ini bukan sekadar berpaling tadah, malahan dia juga telah membantu pihak musuh membina sebuah meriam yang terbesar dan terdahsyat pernah wujud pada zamannya.

Walaupun meriam ini amat g4nas dan besar, namun pada awalnya pengendali terpaksa menghadapi masalah jangka masa yang lama untuk isi-ulang semula bebola meriam kerana daya tujahannya yang sangat kuat semasa membedil menyebabkan corong meriam menjadi sangat panas.

Namun kemudian masalah itu selesai apabila penciptanya sendiri melaksanakan penyelidikan yang berjaya mengurangkan jangka masa isi-ulang bebola meriam. Ia juga berjaya meruntuhkan tembok kota tersebut. Kota yang dimaksudkan ini adalah kota Konstantinople atau Istanbul pada hari ini, dan pereka meriam agung itu dikenali dengan nama Orban.

Kota Konstantinopel ketika itu merupakan sebuah ibu kota yang dianggap sebagai “Pusat Kebudayaan Dunia” pada abad ke-14 dan ke-15. Ia dijadikan sebagai ibu kota Empayar Byzantium, salah satu dari sisa Empayar Rom, Byzantium juga dikenali sebagai Empayar Rom Timur.

Bagi Empayar Byzantine, satu lagi empaayar jiran mereka adalah sebuah kerajaan Islam Sunni, iaitu Empayar Uthmaniyah yang semakin kuat. Empayar Uthmaniyah sedang berada pada fasa perkembangan yang sangat mantap di antara dua benua iaitu Asia Kecil dan Eropah Timur.

Bagi meneruskan cita-cita bapanya, dan meneruskan usaha khalifah-khalifah Islam terdahulu dari tanah Arab, maka Sultan Mehmed II (al Fatih) tertumpu kepada kota Konstantinopel.

Orban

Orban merupakan seorang pakar kejuruteraan meriam dari Hungary yang datang ke Konstantinopel untuk menawarkan bantuan dengan kepakaran yang dia miliki terhadap Maharaja Byzantium, Constantine XI dalam usaha mempertahankan Konstantinople.

Tetapi sejarah Konstantinopel mungkin akan memberikan hasil yang berbeza jika Maharaja Constantine XI tidak bersikap ‘Haji Bakhil’ terhadap Orban. Pada mulanya, jurutera meriam pengepungan itu menawarkan diri untuk menyumbang kepakaran membuat meriamnya kepada Empayar Byzantium. Constantine XI pada mulanya menyambut tawaran Orban dengan sangat baik dan melantik dia sebagai ketua jurutera pembinaan meriam agung dengan bayaran yang biasa-biasa sahaja.

Namun, setelah beberapa bulan silih berganti, kantung kewangan Byzantium sedang mengalami kemerosotan akibat kesan dari ancaman Uthmaniyah di seberang, lalu menyebabkan Constantine XI menghentikan bayaran yang sepatutnya diperolehi Orban. Merasakan kepakaran dan sumbangannya seperti langsung tidak dihargai di Konstantinople, Orban bertindak meninggalkan kota itu dan menuju ke kem tent3ra Uthmaniyah.

Meriam gergasi mula menjadi hal biasa dalam per4ng pengepungan Eropah, dan Orban berhasrat untuk menjadikan konsep ini lebih ekstrem. Dia kemudian ‘melompat ke kolam Uthmaniyah’ dengan menawarkan khidmatnya kepada Sultan Mehmed II.

Peta Istanbul/Konstantinople pada tahun 1513 oleh Piri Reis

Sultan memyoal Orban, apakah dia boleh menghasilkan senj4ta yang cukup kuat untuk menghancurkan tembok Konstantinopel, yang mana Orban menjawab:

“Saya boleh menghasilkan meriam gangsa dengan kapasiti batu (peluru, bebola bedil) yang Tuanku kehendaki. Saya telah menilai dan memeriksa tembok kota itu dengan terperinci. Saya mampu menghancurkan bukan sekadar tembok ini sahaja, tetapi juga tembok Babylon, menggunakan meriam ini.”

Sultan Mehmed II menyambut baik kedatangan Orban. Menggunakan kemahirannya, Orban berjaya meyakinkan Sultan bahawa dia mampu membina sebuah meriam yang tidak pernah dilihat di mana-mana tempat sebelum itu, ia merupakan senj4ta yang sangat besar, kuat dan mampu meruntuhkan tembok Konstantinople.

Sultan menyediakan segala keperluan dan menunaikan setiap permintaan Orban, bahkan ratusan tenaga kerja dan sumber bahan yang diperlukan untuk membina meriam terbesar di dunia ini.

Akhirnya, dari sikap Constantine XI yang memandang kecil akan usaha Orban ini telah melahirkan sebesar-besar meriam yang dinamakan sebagai “Bazilika.” (Basilic) Kemudian hanya tinggal masalah untuk mengangkut meriam gergasi itu menghadap ke arah Konstantinopel sahaja.

Orban memulakan kerjanya di Edirne untuk mencipta salah satu senj4ta terbesar yang pernah dibina. Pekerja menggali lubang pemisah yang besar di tanah dan mencurahkan cairaj gangsa ke dalam acuan. Meriam raksasa yang disiapkan itu diberi nama oleh penciptanya, “Basilica.”  Dia terus menghasilkan sejumlah besar meriam lain hingga tibanya hari pengepungan, tetapi tidak ada satu pun yang sebesar Basilica.

Basilica berukuran lebih dari 27 kaki dan beratnya cukup besar sehingga dilaporkan harus dibawa oleh 60 ekor lembu dan tenaga manusia yang seramai 400 orang. Keluasan muncungnyq berdiameter 30 inci dan dinding gangsa setebal 8 inci. Ia melepaskan temb4kan bola marmar besar yang direka khas bagi meruntuhkan kubu melalui satu temb4kan.

Sultan Mehmed al Fatih

Di samping itu, Sultan turut memerintahkan lebih banyak meriam bersaiz kecil dan sederhana ditempatkan di posisi artileri. Sultan juga memerintahkan satu laluan langsung yang akan dilalui artileri menggunakan kenderaan beroda dibina, ia bermula di titik terawal meriam keluar dari kilang dan menuju terus ke Konstantinople untuk memastikan perjalanan bekalan sokongan tidak menghadapi sebarang gangguan.

Meriam Basilica yang dibina Orban telah membedil tembok Konstantinopel secara konsisten selama beberapa hari sehinggalah kota itu tidak mampu bertahan lagi dan menyerah kalah.

Walaupun begitu, keberkesanannya pada awalnya hanyalah sekadar bersifat propaganda untuk melemahkan psikologi musuh. Setiap meriam agung dikelilingi oleh senj4ta berkaliber yang lebih kecil dalam sekitar 15 bateri yang diletakkan di sekitar tembok Konstantinople. Temb4kan Basilica diikuti oleh temb4kan dari meriam kecil yang merupakan pemain utama dalam penaklvkan itu.

Cita-cita Orban jauh lebih tinggi daripada kemampuan bidang penempaan senj4ta pada masa itu. Pekerja yang mengiringi meriam di medan per4ng juga sering terpaksa membaikinya di lokasi. Basilica sendiri hanya mampu melepaskan tujuh das temb4kan sehari kerana bimbang ia mengalami keretakan kerana panas, meriam harus disejukkan dengan dilumur minyak zaitun dalam kuantiti besar dan kerap dibersihkan.

Setelah disejukkan, kru pula memerlukan masa yang lama untuk proses mengisi-ulang peluru dan mempersiapkan temb4kan seterusnya. Proses yang dilaksanakan dengan pantas tetapi amat lama ini memungkinkan tent3ra Byzantine memilili waktu mencukupi untuk menampal kembali lubang kerosakan di tembok mereka secepat yang mumgkin sebelum temb4kan seterusnya. Walaubagaimanapun, mereka sudah terlalu kepenatan.

Dengan jatuhnya Konstantinopel bermakna jatuhnya sisa-sisa terakhir Empayar Rom Timur yang dikristiankan. Semasa Empayar Rom berpecah pada tahun 330 M, sebahagian ibu kota timur telah berpindah ke Konstantinopel dan legas Rom ini berakhir dengan kejatuhannya pada tahun 1453 ke tangan Sultan Mehmed II, peristiwa ini dianggap sebagai memenuhi ramalan Nabi Muhammad S.A.W. bahawa Rom akan jatuh ke tangan tent3ra Islam.

Dengan demikian, Sultan Mehmed Fatih diberikan gelaran Kaysar i-Rum, atau Maharaja Rom, dan baginda menganggap pemerintahan Uthmaniyah sebagai pewaris kepada Empayar Rom. Namun, semua ini tidak mungkin berlaku tanpa bantuan meriam gergasi Uthmaniyah.

Apa pun jua keberkesanannya, meriam ini sebenarnya lebih banyak berfungsi sebagai simbol status daripada yang lain. Meriam ini sengaja dicipta dalam ukuran yang amat besar, sangat luar biasa, sehingga musuh tidak berani meremehkan kemampuannya. Ancaman bahawa musuh yakin mereka boleh menentang anda jauh lebih baik sebagai pencegah berbanding matlamat mereka yang sebenar.  Tidak hairanlah jika ada diktator gila abad ke-20 boleh mempercayai  ada sebuah negara di Asia Barat didakwa memiliki WMD.

Meriam Uthmaniyah Dicipta Oleh Orang Melayu?

Sebelum mengakhiri artikel ini, penulis ingin memberi sedikit nasihat, tapi sebenarnya penulis tidak faham mengapa bangsa kita terlalu mudah taj

Di negara kita hari ini, penulis perhatikan terdapat beberapa kumpulan pelampau pseudo-sejarah yang berbangsa Melayu, sering menyebarkan fahaman tahyul berdasarkan imaginasi keunggulan bangsa Melayu yang mereka cuba rekacipta tanpa mengemukakan sebarang bukti yang sahih melainkan andaian semata-mata.

Kumpulan pelampau ini menganggap diri mereka sebagai pejuang bangsa yang membawa kebenaran. Dalam isu Uthmaniyah, mereka percaya bahawasanya meriam Basilica yang diguna tentera Sultan Mehmed al Fateh itu adalah meriam ciptaan orang Melayu.

Penulis sedikit pun tidak kisah jika mereka hendak percaya sekiranya orang Melayu pernah memerintah Turki mahupun menjadi Khalifah, tetapi perbuatan taksub yang terbawa-bawa hingga membuat klaim meriam ini adalah meriam Melayu di halaman-halaman Facebook orang Turki, adalah sangat tidak bermoral. Golongan ini mencemarkan nama baik Melayu.

Gambaran kota Melaka

Sudah jelas lagi nyata, walau Kesultanan Melaka wujud pada era kebangkitan Uthmaniyah, tidak ada sebarang rekod menjelaskan hubungan yang boleh mengesahkan Melaka pernah dinaungi oleh Uthmaniyah.

Laporan surat menyurat yang menunjukkan jemputan Sultan Mehmed II kepada Sultan Melaka yang pernah tular sebelum ini juga jelas adalah palsu. Mana mungkin Mehmed Fateh menamakan dirinya sebagai Khalifah umat Islam sedang pada waktu itu Uthmaniyah belum mengambil alih kekhalifahan dari Abbasiyyah.

Kesultanan Aceh yang jelas merupakan kerajaan dibawah naungan Uthmaniyah pun mengaku bahawa hubungan itu adalah atas dasar kepentingan dua hala dan kerana menentang musuh yang sama. Orang Aceh bahkan menganggap diri mereka boleh berdikari tanpa Uthmaniyah.

Bukan itu saja, tindakan klaim merata-rata ini turut mendatangkan kemarahan wargamaya Turki, seolah-olah kota lebih tahu sejarah nenek moyang mereka. Nasihat penulis : jangan biarkan  masalah ini berterusan, jangan memalukan Malaysia.

RUJUKAN

Nicolle, David, and Christa Hook. (2000). Constantinople 1453: The End of Byzantium. Oxford: Osprey Military.

Hodgson, Marshall G. S. The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization. Vol. 2. Chicago: University of Chicago Press, 1974. 560-564.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.