Stephen King sedang berjalan diatas sebuah jambatan kayu yang usang apabila beliau mendapat sebuah ilham. Enam tahun seterusnya, beliau mengembangkan ilham tersebut sehinggalah menjadi sebuah novel besar bertajukkan It.

Plot cerita ini mengikuti Bill Denbrough, Ben Hanscom, Beverly Marsh, Richie Tozier, Stanley Uris, Mike Hanlon dan Eddie Kaspbrak dalam usaha mereka untuk menewaskan Pennywise. Terdapat juga beberapa antagonis kecil iaitu Henry Bowers, Patrick Hockstetter, Vic Criss dan Belch Huggins.

Adaptasi kali ini tidak menerangkan tentang Pennywise secara mendalam. Namun berdasarkan buku Stephen King, sejarah Pennywise didapati berasal daripada sebuah kelompongan di ruangan angkasa yang dikenali sebagai Macroverse.

Pennywise mampu bertukar-tukar rupa, dan bentuk badut merupakan rupa yang seringkali digunakan. Selepas tiba di Bumi, Pennywise akan tidur selama 27-30 tahun sebelum bangun untuk mencetuskan kekecohan. Ia juga sangat suka daging orang yang ketakutan.

Disebabkan itu juga Pennywise lebih suka memangsakan kanak-kanak atas faktor jelas bahawa budak lagi mudah ditakuti. Bill sangat takut jika dipersalahkan atas kem4ti4n Georgia (juga dimangsakan Pennywise). Beverly takut ayahnya yang merupakan seorang pencabul.

Richie pula takut diculik atau hilang (sebab itu beliau jumpa poster kehilangan sendiri di rumah Pennywise); sambil itu juga, Richie takut badut. Eddie takut jatuh sakit, dan juga orang sakit oleh kerana bapanya m4ti angkara kanser.

Oleh kerana Mike merupakan mangsa keb4k4r4n, m4y4t-m4y4t terb4k4r sangat digeruninya. Ben pula takut akan mumia. Dan Stanley takutkan seorang wanita dalam gambar.

Sedar atas perkara sebegini, Pennywise sangat pandai bertukar-tukar untuk mencetuskan ketakutan dalam kalangan mereka. Tetapi pada penghujung filem It, tiada satu bentuk pun benar-benar menakutkan mereka kerana Bill berjaya meyakinkan semua bahawa Pennywise hanya pandai berilusi.

Sungguhpun begitu, sedar atau tidak bahawa Pennywise telah lama memerhatikan mangsa-mangsanya? Semasa Ben sedang membaca di perpustakaan awam (dimana beliau diganggu Pennywise), terdapat suatu keratan akhbar yang mengatakan: “B0DY FOUND BY CANAL NOT BETTY RIPSOM” (M4Y4T DITEMUI DI TERUSAN BUKAN BETTY RIPSOM).

Malah terdapat juga gambar budak tersebut sebelum dib*n*h Pennywise. Dan menariknya di latar belakang gambar tersebut berdirinya Pennywise, sambil melihat sasarannya dengan wajah bengis.

Bulatan biru tersebut ialah budak yang bakal ditemui. Manakala dibelakangnya dan dibulatkan dengan dakwat merah ialah Pennywise.

Perkara ini menunjukkan bahawa Pennywise memerhati mangsa-mangsanya.

  • Georgie Denbrough di Bilik Bawah Tanah


Filem ini dibuka dengan seorang abang dan adik sedang membuat bot kertas untuk dihanyutkan hujan. Untuk menyiapkan bot tersebut, Georgie diminta turun ke bilik bawah tanah untuk mendapatkan gam. Dan disini sudahpun jelas sepasang mata sedang melihatnya. Setelah disuluh lampu, barulah Georgie tahu bahawa ianya bukan mata pun. Namun sedar atau tidak, Pennywise sebenarnya memang berada di situ.

Dalam satu babak dimana bilik tersebut sedang ditunjuk, sepasang mata sedang memerhatinya daripada atas:

Setelah siapnya bot tersebut, Georgie pun meletakkannya untuk dibawa arus sebelum hanyut ke longkang dimana Pennywise muncul untuk memb*n*hnya.

  • Ben Hanscom di Perpustakaan

Siapalah yang tidak suka dengan Ben? Beliau merupakan pelajar paling pintar dalam The Loser’s Club tetapi suka dibuli Henry Bowers. Dan perpustakaan awam merupakan tempat kegemarannya. Di situ juga Ben diserang oleh seorang mumia tanpa kepala, yang buat beberapa saat bertukar menjadi Pennywise. Tetapi sebelum Ben turun mengikuti telur-telur, Pennywise telahpun memerhatikannya dalam rupa pengawas perpustakaan.

Perkara ini tidak disedari ramai. Namun semasa Ben membaca buku, di belakangnya ialah pengawas yang sedang tersenyum dalam keadaan sangat sangat sangat mencurigakan.

Dari situ juga sebuah belon berterbangan yang membawa Ben ke ruangan bawah dimana Pennywise mengejarnya. Di sini juga Ben terlihat gambar budak yang diperhatikan Pennywise, tetapi tidak pasti sama ada beliau sedar atau tidak kelibat badut tersebut.

  • The Losers’ Club

Selepas Ben diserang Henry Bowers dan juga kem4ti4n Patrick Hockstetter, beliau berjumpa dengan the Losers’ Club yang membawanya ke lorong untuk diberikan ubat. Disini pun timbulnya Pennywise dengan cara lebih menyeramkan. Kalau dilihat pada dinding, asalnya terdapat gambar kereta dan dua orang lelaki bertopi, bersertakan keratan akhbar mengenai sesuatu pertempuran. Namun apabila Stanley tunduk, timbul pula lukisan badut dengan senyuman m4ut Bill Skasgard.

Kemunculan Pennywise dalam bentuk seni ini menunjukkan kuasanya yang tidak terbatas apabila cuba mencetuskan ketakutan dalam kalangan bakal-bakal mangsanya. Lebih meluas lagi, kali ini Pennywise berjaya mengumpulkan semua sasarannya dalam kalangan the Losers’ Club sebelum penyertaan Mike Hanlon yang sah selepas diselamatkan daripada kumpulan Bowers.

  • Richie Tozier – Pertunjukkan Hiburan

Sedang asyik mereka berbincang tentang Pennywise, giliran Richie tiba untuk menceritakan apa yang sangat ditakutinya. Ini kerana Richie dilihat belum lagi diganggu. Tetapi tanpa disedari Richie sendiri, Pennywise sedang berdiri jauh dibelakangnya. Pada asalnya, pendapat ini boleh dinafikan. Tetapi badut yang tinggi tersebut sebenarnya adalah Bill Skasgard sendiri dalam pakaian dan mekap lain pula.

Lebih mengukuhkan hujah, Richie yang berada jauh tiba-tiba dihulurkan belon pula oleh badut tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa Pennywise berada di situ.

  • Program-Program Televisyen

Sebelum Henry memb*n*h bapanya, terdapat satu siaran televisyen yang agak aneh. Siaran yang sama juga ditonton bapa Beverly dan juga ibu Eddie.

Seperti yang diketahui, siaran ini turut melibatkan Pennywise. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, kenapa siaran ini hanya muncul dalam tontonan ibu bapa para mangsa sahaja.

IT: Chapter Two Akan Tiba di Pawagam Pada 5 September 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.