Merdeka 1945: Kemerdekaan Malaya Yang Tertangguh

2,517

https://bit.ky/kombowww

Pada awal P3rang Dunia Kedua, Pihak Jepun kelihatan gah dengan mampu menawan Tanah Melayu dalam masa yang singkat. Namun begitu, menjelang tahun 1944, apabila pihak Jepun mulai tewas di dalam siri-siri Pert*mpuran Pasifik, Jepun mulai sedar bahawa mereka sebenarnya di ambang kekalahan. Di Malaya , Jepun hanya mengawal 6 buah negeri sahaja memandangkan 5 negeri lagi sudah diserahkan kepada kerajaan Thailand pada Oktober 1943.

Mulai tahun 1945, Jepun kelihatan mulai berlembut dengan penduduk Tanah Melayu khususnya orang Melayu. Pada 3 Julai 1945, Jepun  menubuhkan badan, iaitu  HODOSHO (Help-and Guide-People Officer) yang dianggotai oleh semua suku bangsa di Malaya bagi menjalankan kerja-kerja yang berfaedah untuk negeri Malaya.

Pada masa yang sama, Jepun juga mula berbincang mengenai soal kemerdekaan di sebahagian wilayah Nusantara. Atas sebab itu, salah seorang pemimpin pada ketika itu, Ibrahim Haji Yaacob (IBHY) telah menubuhkan Kekuatan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) sebagai platform untuk mencapai kemerdekaan bagi Malaya.

Perkataan SEMENANJUNG di akhiran itu ditambah oleh jawatankuasa KRIS ketika mereka berada di Taiping bagi menjalankan kerja-kerja KRIS. Mustapha Hussain dan Dr Burhanuddin Al Helmy kemudian telah bertungkus lumus pada bulan Julai dan Ogos 1945 untuk menggubal perlembagaan bagi Malaya Merdeka ini.

Dalam kertas kerja yang telah diselenggara dan disiapkan dengan tekun di Sekolah St. George’s, Taiping itu, tarikh kemerdekaan Malaya telah ditetapkan pada 17 Ogos 1945. Kertas kerja ini juga dikenali sebagai ‘Piagam Taiping’.

Walaupun tarikh tersebut sama dengan tarikh kemerdekaan Indonesia, namun KRIS hanya terlibat proses untuk memerdekakan Malaya sahaja dan tidak bergabung sekali kerana undang-undang antarabangsa menghalang untuk berbuat sedemikian.

Dalam perancangan ke arah Malaya Merdeka ini, pengisytiharan kemerdekaan akan dibuat di Stesen Radio di Pulau Pinang dengan Ibrahim Bin Haji Yaakob akan membuat pengisytiharan keramat tersebut di dalam bahasa Melayu manakala Mustapha Hussain pula di dalam bahasa Inggeris.

Sebuah Kongres pula dijadualkan berlangsung di Station Hotel, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Ogos. Namun, kekalahan Jepun pada 15 Ogos telah membantutkan usaha mereka untuk mencapai kemerdekaan dan kongres juga terpaksa dibatalkan.

Mustapha Hussein ketika mengenang kembali peristiwa tersebut  berkata bahawa beliau telah menangis dengan penuh kekesalan namun dengan mengalirkan air mata darah sekali pun tidak akan boleh mengubati keadaan itu kerana inilah yang dikatakan ‘so near yet so far‘ dengan cuma tinggal 48 jam sahaja lagi sebelum Malaya diisytiharkan MERDEKA!

RUJUKAN:

Mustapha, I. S. (1999). Mustapha Hussain: Pejuang nasionalisme melayu. Kuala Lumpur: DBP.

Adam, R. (2017). Burhanuddin Al-Helmy: Suatu kemelut politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.