Menyelami Sejarah Hari Valetine’s

0
891
views

Pada asalnya ia sebuah perayaan suci Lupercalia yang dirayakan oleh bangsa Rom Kuno mulai tanggal 13-18 Februari. Ketika ini bangsa Rom masih menyembah berhala (agama pagan) & bukan beragama Kristian.

Menurut tarikh dalam kalendar Athen Kuno, jangka waktu antara pertengahan bulan Januari sehinggalah ke pertengahan bulan Februari adalah bulan Gamelion, iaitu memperingati pernikahan antara Dewa Zeus & Dewi Hera.

2 hari pertama sepanjang tempoh ini, perayaan dipersembahkan kepada Dewi Cinta ( Queen of Feverish Love ), di mana pada hari ini para pemuda akan mengundi nama para gadis, nama-nama ini akan dimasukkan di dalam sebuah kotak serta mereka akan memilih secara ‘rawak’ dan nama gadis yang dipilih oleh pemuda tadi akan menemani, dan menjadi alat hiburan pemuda ini selama tempoh setahun.

Pada tanggal 15 Februari, bangsa Rom Kuno akan meminta perlindungan dari Dewa Lupercalius ( Dewa Perlindungan ) dengan mengorban kambing dan potongan dari kambing atau kulit haiwan itu akan dibawa berarak di sekitar kota.

Potongan atau kulit ini akan disapu pada tubuh badan kepada sesiapa yang menyentuhinya dan pada waktu ini para gadis Rom akan berebut-rebut untuk disapu potongan daging ini kerana mereka mempercayai kesuburan akan meningkat berkat daging haiwan korban pada Dewa Lupercalius.

Selepas Empayar Rom memeluk agama Kristian, legendanya tutut berubah.Versi pertama menceritakan kematian Valentine ialah Maharaja Rom, Kaisar Claudius II memerintahkan untuk menangkap & memenjarakan Saint Valentine yang mengakui ketuhanan Jesus dan menolak untuk menyembah para dewa sembahan bangsa Rom Kuno. Akhirnya Saint Valentine dihukum pancung oleh Kaisar Claudius II pada tanggal 14 Februari.

Versi kedua pula menceritakan bahawa Valentine ini pada asalnya mahu menolong tentera Rom berkahwin. Masa kurun ke-3 dulu, Rom sudah menguasai banyak wilayah termasuk sebahagian Asia, Afrika dan sebahagian besar Eropah. Rom kaya sangat dah masa itu. Keadaan pun stabil dan aman, tak banyak peperangan.

Tentera Rom jadi selesa dan malas. Mereka mahu berehat dan tak mahu terlibat sangat dalam ketenteraan. Paling penting, mereka mahu berkahwin dan membina keluarga. Maharaja Claudius II perasan benda-benda macam ini. Jadi, dia keluarkan perintah, tentera dilarang berkahwin.

Maharaja Rom iaitu Kaisar Claudius II rasa perkahwinan ini yang buatkan tentera lemah. Masa ini ajaran Kristian mudah diterima dan ramai juga yang tinggalkan fahaman Pagan. Seorang paderi daripada salah satu gereja di Rom bernama Valentine tidak setuju dengan arahan Maharaja.

Jadi, Valentine akan tolong mengahwinkan mana-mana tentera yang mahu berkahwin. Datang ke gereja Valentine, dan Valentine akan sahkan perkahwinan. Maharaja dapat tahu, lalu Valentine dihukum mati.

Dikatakan mata gadis itu sembuh sebab Valentine. Lalu, mereka jatuh cinta. Ironi kan, aku fikir Valentine patut diingati kerana membantu tentera Rom untuk berkahwin, bukan diingati kerana cinta dia dengan gadis itu.

Pada malam sebelum beliau dipancung, beliau menulis sepucuk surat kepada perempuan tersebut yang ditandatangani, “From Your Valentine”. Hari ini telah diterima sebagai “Hari Kekasih” bersempenakan gantian kepada kepercayaan Rom dimana pada 15 Februari, rakyat-rakyat Rom akan menyambut majlis Lupercalia yang dianugerahkan kepada dewa Rom.

Hari inilah yang dibawa kepada 14 Februari untuk menghormati Paderi Valentine. Dan pada tahun 496 Selepas Masihi, Pope Gelasius I telah mengisytiharkan 14 Februari sebagai “Valentine’s Day”. Budaya ini telah tersebar ke seluruh Eropah pada Zaman Pertengahan, kemudian menyusup ke koloni-koloni Amerika Syarikat.

Namun, umat Islam diharamkan untuk menyambutnya atas hujah bahawa ia merupakan sebuah upacara keagamaan, bukannya perayaan kebudayaan sesuai dengan sabda nabi di bawah:

Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu.” Riwayat Abu Daud (4031)

Comments

comments