Sebut saja geisha, ramai membayangkan imej geisha yang dibawa Zhang Ziyi, Michelle Yeoh dan Gong Li dalam filem Memoirs of a Geisha. Kelompok penghibur ini dilatih selama bertahun-tahun untuk menguasai etika sosial kelas atasan, tarian, nyanyian dan bermain peralatan muzik seperti shamisen. Di Barat, geisha dipandang secara negatif dan disamakan dengan pelacur padahal peranan mereka tidak banyak berubah sejak berabad lamanya di Jepun.

Mengikut lipatan sejarah Jepun, sekitar abad keenam Masihi, kebanyakan geisha atau penghibur terdiri daripada lelaki. Tetapi semasa Era Heian (794-1185 Masihi), peranan tersebut diambil alih oleh wanita. Perubahan ini berkemungkinan ada kaitan dengan kemunculan saburuko atau penghidang wanita, kebiasaannya terdiri daripada wanita-wanita muda.

Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang berbeza. Sesetengah daripadanya datang dari keluarga miskin dan menawarkan khidmat seksual sebagai tukaran kepada bentuk barangan yang ditawarkan. Sesetengah yang lain yang mempunyai latar pendidikan yang baik memilih menjadi penghibur sosial sama seperti geisha. Dan ini dikatakan merupakan asas kepada peranan geisha yang kita kenali hari ini.

Sejak itu, geisha mula menjadi tumpuan bukan saja di istana maharaja tetapi juga dalam kalangan shogun dan daimyo (bangsawan) Jepun. Bagi mereka, geisha melambangkan kecantikan seorang wanita Jepun sejati tetapi perlambangan ini berbeza mengikut setiap era.

Semasa era Heian, lambang kecantikan seorang wanita dilihat pada perlakuannya yang elegan (perlahan dan teliti) dan tenang. Menjelang zaman pertengahan dan awal zaman moden (tahun-tahun terakhir Keshogunan Tokugawa dan era Pemulihan Meiji), ia dilihat dari segi fizikal. Kejelitaan sang geisha diperlihatkan menerusi solekan muka tebal iaitu wajah berwarna putih, bibir yang disapu gincu merah dan gigi hitam. Ya, gigi hitam!

Rajah 1: Geisha dengan alat muzik shamisen

Kebiasaannya, geisha dilatih pada usia muda dengan latihan kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun. Dahulu, wanita seawal usia sembilan tahun dihantar menjalani latihan dan ia dibuat oleh keluarga miskin bagi menjamin masa depan anak perempuan mereka. Kini, wanita seawal usia 15 tahun boleh mempelajari warisan Jepun yang terkenal itu.

Disebabkan tempoh latihan geisha yang lama, mana-mana yang berminat perlu sabar dan sedia membuat pengorbanan jika perlu. Bagi sesetengah daripada mereka, ia terlalu sukar untuk ditempuh. Ini dapat menjelaskan mengapa ramai wanita menarik diri dari latihan geisha lebih-lebih lagi pada era moden.

Semasa tempoh ini, seseorang itu mempunyai hubungan rapat dengan ‘ibu’ geishanya (guru) dan rumah tempat dia dilatih atau okiya. Sepanjang kariernya, si polan berdepan hutang tinggi berikutan perlu membiayai kos latihan dan membeli kimono-kimono baru untuk keperluannya sebagai geisha.

Semasa di okiya, okaa-san atau ketua rumah menjadi ketua pemantau setiap latihan geisha dengan setiap wanita dijangka membayar semula hutang mereka bila bergelar geisha. Atas sebab itulah, sesetengah geisha mencari seseorang yang boleh dijadikan sebagai danna atau penaung mereka. Jika mereka mempunyai danna, sekurang-kurangnya danna ini dapat membantu meringankan beban kewangan mereka.

Bagi mana-mana wanita yang teringin menjadi geisha, mereka perlu melepasi tiga peringkat di okiya: khadam rumah, perantis dan geisha sepenuh masa. Pada peringkat permulaan, mana-mana wanita yang baru masuk akan dikelaskan sebagai khadam rumah. Dan bukan sesuatu yang asing sesetengah wanita ini diberi layanan buruk oleh kelompok wanita yang lebih senior daripada mereka.

Bagaimanapun, situasi ini kadang-kadang mengeratkan lagi hubungan sesama mereka lebih-lebih lagi jika ada yang terpilih sebagai perantis geisha berstatus veteran. Dan bila mereka dilihat sudah layak bergelar geisha, mereka akan melalui satu upacara yang dipanggil mizuage atau melelong dara geisha baru. Kebiasaannya, mizuage dibuat dalam majlis-majlis berprestij dengan pelanggan dari kelas atasan membuat bidaan untuk mendapatkan geisha yang dimahukan mereka.

Mana-mana individu yang berjaya dalam sesi berkenaan akan membuat bayaran kepada okaa-san di mana ia digunakan untuk menyelesaikan hutang geisha berkenaan. Begitupun, amalan mizuage dihentikan selepas aktiviti pelacuran diharamkan semasa era Keshogunan Tokugawa.

Mungkin ada merasa hairan bagaimana lelaki berstatus elit seperti Ken Iwamura (Ken Watanabe) boleh jatuh hati kepada Chiyo (Ziyi), sang geisha merangkap protagonis Memoirs of A Geisha. Tetapi jika diteliti sejarah golongan atasan seperti daimyo dan shogun, kebanyakan mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Tidak bahagia dengan rumahtangga yang dibina, ada yang mencari kebebasan dengan bersama geisha.

Rajah 2: Chiyo (Zhang Ziyi) dan dannanya Pengerusi Ken Iwamura (Ken Watanabe) dalam filem Memoirs of a Geisha.

Jika mereka mempunyai wang dan pengaruh besar, mereka boleh mendapatkan sesi berseorangan dengan geisha tanpa membabitkan sebarang hubungan intim. Kebiasaannya, sesi berlangsung selagi mana kayu setanggi atau senkodai terba.ka.r. Jika mereka melakukannya secara kerap, maka si polan ini boleh menjadi danna kepada si geisha.

Salah satu salah faham yang timbul tentang geisha terutama selepas Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) ialah geisha sama seperti pelacur. Hakikatnya, peranan yang dimainkan mereka langsung tiada kaitan dengan aktiviti berbaur seksual.

Jika ada sekalipun hubungan seks membabitkan geisha, itu melibatkan mereka dengan danna atau penaung mereka. Kebiasaannya, danna sebegini merupakan orang berpengaruh dalam masyarakat. Dan sebarang hubungan intim berlaku dengan kerelaan si geisha dan atas rasa cinta terhadap dannanya.

Selepas tamat WWII dan Jepun diduduki oleh pihak Bersekutu, bukan sedikit rumah geisha dimus.na.hkan oleh ten.te.ra Amerika Syarikat. Disebabkan kesusahan hidup yang melanda Jepun ketika itu, sesetengah geisha mula beralih kepada pekerjaan lain.

Bagi sesetengah pelacur ketika itu, ada yang dapat meniru rupa dan perlakuan geisha semasa melayan pelanggan mereka termasuk ten.te.ra AS. Ini sekaligus menjelaskan salah faham meluas orang Barat terhadap geisha yang dianggap sebagai pelacur kelas atasan.

Hari ini, tidak banyak rumah geisha yang wujud di Jepun dengan sebahagian daripadanya terletak di Kyoto. Dan tidak seperti dahulu di mana geisha menjalani kehidupan berdisiplin, ini sama sekali berbeza dengan geisha moden. Jika mereka tidak mempraktikkan seni warisan Jepun itu, mereka mempunyai kehidupan normal seperti akses pendidikan, berkahwin dan membina keluarga.

Namun begitu, aspek-aspek geisha yang menjadikannya ikonik terus dipelihara dan dibawa ke tahap lebih tinggi. Ini sekaligus meneruskan tradisi yang telah wujud berabad-abad lamanya.

RUJUKAN:

Vuckovic, Aleksa. (2021). World of the Geisha, Japan’s Enigmatic Entertainers. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.