Mengikut mitos gladiator yang kita selalu lihat dalam filem seperti Gladiator (2000), gladiator terdiri daripada golongan banduan yang dipaksa bertarung sehingga m.ati. Pertarungan mereka merupakan hiburan bagi orang ramai terutama golongan hartawan dan berkuasa Rom. Tetapi benarkah hasil pertarungan ini berakhir dengan kema.ti.an atau itu hanya mitos belaka?

Bagi pengasas kumpulan penyelidikan dan lakonan semula gladiator ACTA, Brice Lopez, beliau percaya ia merupakan satu mitos semata-mata. Ini berdasarkan penyelidikannya berkenaan gladiator pada era Rom selama 27 tahun. Sebaik melihat dan merasai pengalaman memakai replika pelbagai peralatan gladiator yang dipaparkan dalam buku dan filem, Lopez merasakan mana-mana gladiator yang turun berlawan mahu membu.n.uh lawan mereka.

Ini kerana kelengkapan perisai mereka seperti pelindung lengan dan kaki serta topi perisai, sama seperti kelengkapan ten.te.ra Rom. Selain itu, pe.da.ng yang digunakan hanya berukuran satu kaki sahaja. Ini menunjukkan semasa mereka bertarung, kedua-duanya memberi komitmen untuk persembahan terbaik kepada para penonton dan bukan saling berbu.nu.han seperti dimomokkan dalam banyak filem dan siri televisyen bertemakan Rom.

Tambah Lopez lagi, hanya segelintir sahaja yang mempunyai latar belakang sebagai penje.na.yah atau tawanan pe.ra.ng bila ia diperkenalkan seawal 300 SM. Sebaliknya, majoriti gladiator merupakan pahlawan profesional sama seperti pengamal seni mempertahankan diri profesional hari ini. Malah, ada ahli keluarga yang menunggu mereka di luar gelanggang sebelum mereka turun berlawan.

Sesiapa yang bergelar gladiator tahu mereka boleh menjadi kaya dan satu persembahan memukau cukup untuk mengangkat mereka sebagai wira rakyat. Bagi para banduan, jika mereka menunjukkan prestasi memuaskan di gelanggang, ia boleh menjadi tiket kebebasan mereka.

Kebanyakan gladiator menghabiskan masa sama ada berlatih atau terlibat dalam pertandingan pameran. Dan paling penting, daripada 10 orang gladiator yang turun bertarung, sembilan akan terus hidup dan bertarung pada hari berikutnya.

Bagi para pengkaji arkeologi Rom, cara terbaik memu.sn.ahkan mitos gladiator ialah melihat tapak-tapak arkeologi di negara-negara yang pernah menjadi jajahan takluk empayar berkenaan. Salah satu tempat yang mengandungi bukti terbaik golongan gladiator ialah di Pompeii, selatan Naples, Itali. Semasa era Rom, ia dikenali sebagai kota yang maju sebelum tertanam selama ribuan tahun akibat letusan gunung berapi Vesuvius pada 79 Masihi.

Selepas diekskavasi oleh pengkaji-pengkaji arkeologi, terdapat banyak tinggalan menarik yang berkait dengan budaya gladiator. Terdapat sebuah amfiteater yang boleh memuatkan 22,000 orang penonton dengan satu bahagian berlatarbelakangkan Vesuvius.

Amfiteater Pompeii

Dan di pinggir Pompeii, terdapat sebuah kawasan yang dipercayai merupakan tapak sebuah sekolah gladiator lama. Ini berdasarkan penemuan banyak perisai gladiator oleh pasukan arkeologi pada tahun 1766. Ramai pengkaji percaya ramai penonton akan menonton mereka walaupun semasa menjalani sesi latihan. Bagi Katherine Welch dari Universiti New York, beliau melihat perihal mereka boleh diibaratkan seperti bintang terkenal moden.

Kenyataan ini disokong dengan penemuan grafiti-grafiti sekitar Pompeii yang dilihat sebagai tanda sanjungan dan pujaan gladiator pilihan mereka. Misalnya, satu grafiti menggambarkan seorang gladiator baru bernama Celadus the Thracian sebagai pahlawan yang digilai wanita selepas menang tiga perlawanan pertamanya.

Grafiti yang menyebut nama Celadus the Thracian.

Dan terbaru pada 2019, pengkaji arkeologi menemui fresko dua orang gladiator di sebuah lorong sempit di utara Pompeii. Salah seorang gladiator digambarkan mengalami kecederaan teruk berbanding lawannya lalu memilih mengangkat jari telunjuknya. Isyarat ini seperti dipaparkan dalam banyak gambaran gladiator merupakan isyarat bendera putih seperti mana seorang lawan menepuk lantai atas sebab sama.

Fresko dua orang gladiator di Pompeii. Sumber: Taman Arkeologi Pompeii

Seperti perlawanan sukan moden seperti bola sepak dan ragbi hari ini, perlawanan gladiator turut mempunyai ritual pra-perlawanannya yang tersendiri. Penonton dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimainkan para pemuzik apabila mereka mengambil tempat duduk. Gladiator akan membawa topi perisai dalam perarakan pra-perlawanan di mana ia diketuai oleh editor atau penaja perlawanan.

Menariknya, perlawanan gladiator turut diadili oleh pengadil yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan bersifat kesukanan kepada kedua-dua pihak. Ini dibuktikan menerusi penemuan sebuah tembikar kecil di Belanda. Pada tembikar berkenaan, terdapat gambaran si pengadil mengangkat tongkatnya untuk menghentikan perlawanan bagi membolehkan seorang gladiator menggantikan pe.da.ngnya yang rosak semasa perlawanan.

Bagi ahli arkeologi Alain Genot dari muzium antikuiti Arles, ini jelas menunjukkan perlawanan gladiator merupakan satu sukan berstruktur dan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Jika ada sekalipun perlawanan sampai ma.ti, ia dianggap luar biasa dan langsung tidak disebut dalam rekod-rekod Rom.

Seperti ahli sukan moden hari ini, statistik gladiator diketahui menerusi coretan pada dinding-dinding atau ukiran pada batu nisan mereka. Statistik ini termasuklah rekod kemenangan, kekalahan dan seri mereka di gelanggang. Contohnya, satu grafiti menunjukkan Valerius yang menang 25 perlawanan menentang Viriotas, gladiator berbekalkan pengalaman sebanyak 150 perlawanan.

Gladiator bukan sekadar hiburan kepada rakyat Rom. Malah, dalam banyak teks Rom, ia dilihat sebagai gambaran terbaik kejantanan dan moral orang Rom. Di sebalik status mereka, mereka masih dianggap golongan bawahan sama seperti bapa/ibu ayam, pelacur dan pelakon.

Dalam undang-undang Rom sendiri, gladiator bukan dikelaskan sebagai individu tetapi harta oleh penaja mereka. Atas sebab itu, nyawa seseorang gladiator di gelanggang berada di tangan penaja lebih-lebih lagi bila berdepan situasi telur di hujung tanduk. Ada juga kes di mana orang Rom sanggup menyerahkan kebebasan atau kerakyatan mereka semata-mata ingin bergelar gladiator.

Kebiasaannya, orang yang melakukan perkara ini bertujuan untuk menyelesaikan hutang atau lari dari kepompong kemiskinan. Bagi golongan penje.na.yah pula, hukuman gladiator dilihat jauh lebih baik daripada hukuman konvensional. Ini kerana jika mereka bertarung dengan baik dan konsisten, peluang dibebaskan oleh penaja mereka amat tinggi.

Sementara bergelar gladiator, mereka boleh memanfaatkan peluang menjana pendapatan lumayan. Ada juga sesetengah gladiator yang turut mengambil upah sebagai pengawal penaja mereka. Bagi sejarawan Perancis Meryl Ducros, mereka akan berkhidmat sebagai gladiator untuk tempoh tertentu sebelum dibenarkan kembali menjalani kehidupan normal.

Pandangan Ducros turut menyokong bukti-bukti arkeologi Rom yang menggambarkan mereka amat mementingkan keluarga. Pada satu monumen yang diekskavasi di Perancis, satu inskripsi berbunyi, “Pompeius the retiarius, pemenang kejohanan sebanyak sembilan kali, dilahirkan di Vienna, usia 25 tahun. Isterinya bertahan dengan kejayaan suaminya dengan membelanjakan wang yang dimilikinya.”

Ada juga memorial gladiator yang memaparkan rekod mereka di gelanggang dan gambaran peralatan dan sen.ja.ta yang digunakan. Menurut Kathleen Coleman dari Universiti Harvard, ia merupakan tanda mereka berbangga sebagai gladiator sebagai satu pekerjaan dan memusnahkan mitos gladiator terdiri daripada golongan penje.na.yah.

Senjata dan baju zarah besi para gladiator yang ditemui di Pompeii.

Bagi orang Rom, pelbagai sumber digunakan bagi memastikan persembahan di gelanggang seperti Colisseum sentiasa menggamit kehadiran penonton. Ekskavasi di situ misalnya mendedahkan penggunaan helah pintu perangkap, lif, win dan tanjakan yang diuruskan oleh ratusan juruteknik pentas dan pengendali haiwan. Misalnya, salah satu pintu perangkap akan membolehkan haiwan-haiwan buas dikeluarkan untuk tujuan pemburuan yang diatur atau venationes.

Kebiasaannya, venationes merupakan acara pemanas badan sebelum perlawanan gladiator bermula. Sistem sama turut digunakan dalam banyak amfiteater di seluruh empayar yang melambangkan kehebatan budaya Rom. Bagi setiap acara, ia diatur dengan rapi dengan tujuan memastikan penonton tidak senang duduk dan terhibur dengan persembahan yang disediakan.

Untuk perlawanan gladiator, lawan bagi gladiator mestilah diatur secara seimbang. Misalnya, lawan bagi gladiator yang dilengkapi dengan jaring, trisula dan pisau kecil ialah gladiator lengkap memakai kelengkapan perisai seberat 45 paun. Dan usah terkejut melihat kelibat gladiator wanita di gelanggang kerana penampilan mereka turut direkodkan dalam teks-teks Rom.

Bagi gladiator berpengalaman, lawan mereka kebiasaannya ialah gladiator yang berstatus veteran. Ini membolehkan gladiator baru yang masih bertatih dalam dunia berkenaan berlawan dengan gladiator setaraf mereka. Bagi orang berpengalaman, ini dilihat dapat meningkatkan peluang mereka keluar dari gelanggang dengan selamat.

Menurut Jon Coulston dari Universiti St Andrews, ini berlaku kerana mereka sudah menjalani pelbagai bentuk latihan sekaligus menjadikan mereka lebih pantas dan lasak bila beraksi. Dan jangan mengada-ada nak sewa gladiator melainkan si penyewa mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi.

Tambah Welch, sekiranya gladiator yang disewa ma.ti semasa pertarungan, maka si penyewa perlu membayar ganti rugi penuh kepada pemilik gladiator. Gladiator amat berharga disebabkan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menampung kos latihan mereka.

Disebabkan kos penganjuran perlawanan yang tinggi di seluruh empayar, ia mula memberi kesan kepada kantung kewangan Rom. Menjelang abad kedua Masihi, sebagai cara mengekang perbelanjaan tinggi membabitkan gladiator, satu dekri dikeluarkan untuk pengetahuan seluruh empayar ketika itu. Dekri ini dipahat pada sebuah tablet gangsa yang kini dikenali sebagai Tabula Gladiatoria.

Terjemahan teks Tabula Gladiotoria.

Menerusi dekri yang dibuat pada 177 Masihi, ia pada dasarnya menetapkan had wang yang boleh dibelanjakan penaja untuk perlawanan gladiator termasuk yuran gladiator. Seorang gladiator boleh dibayar sehingga 15,000 sesterces, lebih daripada gaji tahunan yang diterima ten.te.ra Rom. Suku daripada yuran itu akan dibayar terus kepada gladiator dan dibuat secara ansuran.

Kema.ti.an bila beraksi di gelanggang bukan perkara biasa tetapi sudah dijangka oleh setiap gladiator bila mereka turun ke gelanggang. Kebiasaannya, gladiator ma.ti akibat luka pertarungan atau jangkitan pada luka yang dirawat. Kebiasaannya, gladiator yang ma.ti ini mendapat penghormatan penonton dan diberi pampasan lumayan atas jasanya itu.

RUJUKAN:

Curry, Andrew. (2021). Two gladiators enter—only one leaves alive, right? Think again. National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.