Lagu kebangsaan merupakan suatu perkara yang menyatukan semua dengan sebuah suara patriotisme. Nilainya hanya boleh dihitung oleh golongan yang benar-benar menghargai erti sebuah perjuangan. Senang kata, alunan setiap lirik itu bagaikan menjadi pentas dimana tanahair sedang berdiri. Dan baru-baru ini tular sebuah isu yang lagu Negaraku didendangkan dalam bahasa selain daripada bahasa Melayu. Katanya ada dua situasi – bahasa Mandarin dan Arab. Seperti boleh dibayangkan, ramai tidak berpuas hati terutamanya terhadap dendangan lagu dalam bahasa Mandarin.

Kalau diambil contoh Singapura, lagu Majulah Singapura diratifikasikan sebagai nyanyian rasmi bermula tahun 1965. Lirik-lirik lagu sepenuhnya dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Namun kerajaan telah mengiktirafkan terjemahan kepada tiga bahasa rasmi Singapura iaitu bahasa-bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Memang benar ada saja negara yang lagu kebangsaannya dinyanyikan dalam beberapa bahasa. Salah satu negara yang boleh dijadikan contoh ialah Belgium yang lagunya ialah La Brabançonne (atau De Brabançonne dalam bahasa Belanda dan Das Lied von Brabant dalam bahasa Jerman). Senang kata, ketiga-tiga nama ini diiktirafkan tentang lagu “The Branbantian”. Asalnya ditulis oleh Alexandre Dechet dan Constantin Rodenbach pada tahun 1830, sebelum digubahkan oleh Charles Rogier 30 tahun kemudian yang digunakan sehingga hari ini.

Lagu kebangsaan “O Canada” (Wahai Kanada) pun begitu. Ia mempunyai dua bahasa iaitu Inggeris dan Perancis. Namun dua negara ini mengiktiraf lebih daripada satu bahasa dalam lagu yang sama, bererti ia merupakan cara lagu-lagu tersebut didendangkan. Sekaligus ianya berbeza dengan lagu Negaraku yang hanya mempunyai bahasa Melayu sahaja.

Maka sistem yang diamalkan sekolah tersebut sudahpun pincang, meskipun hujahnya jelas untuk memupuk pemahaman dari segi maksud, tujuan dan adab nyanyian. Tiada suatu lirik pun yang susah untuk difahami. Sesiapa sahaja yang mendiami Malaysia dalam masa setahun jika faham bahasa Melayu sudah boleh memahami Negaraku. Maka pendekatan sistem digunapakai, meskipun dimulakan sejak 2015 pun, tidak relevan pun.

Selama mana pendekatan ini berterusan, kesatuan negara takkan sesekali tercapai. Kepelbagaian kaum merupakan berkat yang boleh juga menjadi bala, jika semua tidak patuh pada suatu doktrin dimana cabaran-cabaran fizikal, mental, emosi, sosial dan seksual mula menghempas antara satu sama lain. Disebabkan itu kepelbagaian kaum dipandang sebagai ancaman, kerana masing-masing enggan berintegrasi seperti ajaran antarabudaya (interculturalism).

Kanada wajar dijadikan contoh mengenai keengganan masyarakat pelbagai kaum mengimarahkan ajaran antarabudaya. Dalam buku Who Gets In (Daniel Stoffman), dasar kepelbagaian kaum Kanada telah melahirkan tanda tanya kerana sifat-sifat bangsa telah mula merosakkan nilai keBaratan. Restoran tidak sepatutnya dibenarkan hidang daging anjing – dan rakyat bangsa lain tidak wajar dibenarkan bersabung ayam. Semua ini berlaku kerana rakyat pendatang tidak menghormati identiti negara Kanada.

Perkara sebeginilah yang menghantui Malaysia. Keadaan sekarang ialah diagnosis bagi simtom-simtom yang telah mula bertahun-tahun lamanya. Dengan erti kata lain, Malaysia mungkin boleh dikatakan menghidapi kanser tahap tiga. Kritikalnya Malaysia pun sebab amalan rakyat yang enggan menjemput penyatuan – sebaliknya, keengganan untuk menghormati identiti tempatan semakin mencapai takat didih.

Sebab itulah isu-isu yang dianggap kecil menjadi serius. Hasilnya jelas kenapa rakyat lebih marah bila Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin (berbanding Arab). Walaupun kedua-duanya sepatutnya salah, dua perkara jelas – menyanyi lagu Negaraku dalam bahasa asing ialah salah. Dan fabrik penyatuan rakyat semakin tercarik.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.