“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al Baqarah: 216)

Potongan ayat diatas berkisar tentang manusia yang menyukai sesuatu tetapi perkara itu buruk untuk dia. Wajib untuk dia meninggalkan perkara yang buruk itu.

Tapi, apa yang saya nak tulis ini ialah, perkara yang buruk itu terpaksa kita terima dan kita tiada pilihan. Bagaimana?

Revolusi industri 4.0 dan peningkatan graduan segar membuatkan anda kurang bebas memilih kerjaya. Lalu mereka terperangkap dalam satu ruang dimana anda tidak menyukai kerjaya itu namun terpaksa diteruskan dek bebanan hutang dan komitmen hidup.

Kesihatan mental.

4 dari 10 rakyat malaysia mengalami masalah tekanan mental (murung,skizofrenia dan lain-lain).

Salah satu punca tekanan mental ialah manusia yang terlalu berahsia, bijak menyembunyikan masalah dan terlalu takut menghadapi masalah.

Menang dalam terpaksa.

Berbalik kepada permasalahan anda tidak suka tetapi anda terpaksa. Kadang-kadang mengalah lebih baik dari anda terus berjuang tapi anda tahu anda bakal kalah. Sekalipun anda menang, tiada sedikit pun rasa manis dalam menang itu. Anda tidak pernah peduli dan anda sekadar berjuang dalam keterpaksaan.

Jangan terlalu paksa diri sendiri sedangkan jiwa tidak menyukai. 100 kali anda mencuba, anda sekadar mencuba. Dalam hati penuh rasa meminta diakhirkan perlawanan itu. Mati.

Mengalah?

“Mengalah bukan bererti kalah.”

Dalam permainan catur, anda akan undur selangkah sekiranya buah lawan begitu menekan anda. Undur setapak dua dan cuba untuk merancang semula perlawanan.

Ramai yang takut untuk berundur dan terus berjuang dengan buah itu. Akhirnya tewas dan terpuruk sendiri mengenang derita.

Gagal menyerang dari raja, cuba dari arah permaisuri.

Ada seribu satu jenis pekerjaan dalam dunia ini. Carilah yang sebaiknya.

Mengadu dan teman.

Norma manusia, perlukan teman, perlukan tempat mengadu. Pasca moden, pelbagai tempat khas untuk meminta kaunseling.

Istilah psikososial merujuk kepada interaksi sistem dalaman yang berlaku dalam diri setiap individu pekerja, merangkumi aspek emosi, pemikiran dan tingkah laku yang sering berhubung kait dan bertindak balas dengan persekitaran tempat atau orga­nisasi mereka bekerja.

Kesihatan mental dalam salah satu aspek penting dalam kerjaya. Peningkatan ponteng dan cuti sakit dijadikan sandaran yang pekerja tidak berpuas hati dalam sesuatu hal dalam organisasi. Jika pekerja terlalu memendam rasa, diakhir nanti ialah tekanan perasaan melampau.

Ketenangan jiwa dapat dicapai hanya apabila kita berpuas hati dan berasa gembira dengan diri kita. (Focal Point, 2011)

Rujukan:

1. Brian Tracy (2011) Focal Point. PTS Profesional Publishing.

2. Wan Nor Haryati (2016) Berita harian. FOMEMA diarah pertingkat saringan mental pekerja asing.

3. Utusan Malaysia (2017) Psikososial dan kesihatan mental pekerja.

4. New Straits Times (2017) Depression not sign of weakness

5. New Straits Times (2017) Depression: 40% of Malaysians will suffer from mental health issues in their lifetime.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.