Menjejak Mekah Ketika Status Terlaknat

3,850

Perkongsian gambar semasa melaksanakan ibadah umrah biasanya dihujani dengan ucapan tahniah dan lafaz “Alhamdulillah”. Malah bagi setiap kes-kes terpencil seperti keuzuran dan kem4tian, ramai yang akan mengirimkan al-Fatihah dan ada berpendapat itu ialah pemergian yang dicemburui. Begitu besarnya rahmat dan darjat pengerjaan tawaf, saie dan taqsir yang melengkapkan kesunatan bermanfaat.

Walaubagaimanapun reaksi orang ramai terhadap gambar-gambar dikongsi Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman sangatlah berbeza. Sampaikan agensi pelancongan yang menguruskan pergi-balik Muhammad Sajjad pun terpinga-pinga dengan impak sosial. Punca reaksi buruk ini agaknya semua sudah tahu. Muhammad Sajjad pergi ke umrah berpakaian jaket di atas jubah.

Namun dikatakan dalam pesawat, sudah jelas kenapa terlalu ramai orang m4r4h terhadap Muhammad Sajjad.

Kesahihan gambar ini boleh saja dipertikaikan, mungkin ini bukan gambar diambil semasa dalam perjalanan ke Jeddah. Namun di tanah suci Mekah, dengan Kaabah di belakang, Muhammad Sajjad bergambar dengan keluarganya dalam keadaan bertelekung lagi.

Ketepikan sebentar tanggapan orang ramai bahawasanya ini ialah suatu sindiran atau hinaan terhadap agama. Itu ialah suatu pendapat peribadi yang tidak memberikan kesan begitu luas. Dalam keadaan terpinga-pinga, agensi pelancongannya iaitu AlBayt dengan pantas membuat penafian bahawa mereka dibutakan wang.

Sama ada ikhlas atau tidak, itu pun bukanlah masalahnya di sini. Komen enam perenggan ini tidak cukup untuk membersihkan nama Albayt Travel pun. Namun kalau lihat secara lebih meluas lagi, Muhammad Sajjad sedang meletakkan risiko yang sangat besar terhadap Malaysia sendiri.

Ruangan komen telah ditutup.