Moving Forward As One

Menjawab Tuduhan Uthmaniyah Menjual Tanah Kepada Yahudi

3,483

Semalam beberapa orang rakan meminta saya mengulas satu artikel di FB yang bertajuk DASAR KERAJAAN UTHMANIAH PUNCA PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN. Tulisan Muhammad Faisal Sabhon(MFS). Ianya boleh di baca di sini: https://www.facebook.com/ezoegypt/posts/10224369689730495

Dalam artikel ini, saya ingin menyentuh beberapa point dalam artikel MFS yang saya rasa sangat lari dari fakta sejarah dan harus diperbetulkan.

1) Bila dilihat pada era akhir kerajaan Uthmaniyyah, sekitar pertengahan abad ke 19 jumlah penduduk Uthmaniyyah yang semakin berkurangan di sebabkan oleh faktor-faktor seperti p.eperan.gan, p.emberon.takan, kebuluran, dan sistem kesihatan yang tidak dapat merangkumi semua lapisan masyarakat. Kekurangan populasi ini selanjutnya memberi kesan kepada sektor pertanian dan juga ekonomi.

.
2) Untuk menangani masalah ini, kerajaan Uthmaniyyah pada mulanya telah mengambil polisi terbuka dalam menerima imigran, dimana tiada had bangsa atau agama untuk seseorang menetap di dalam wilayah Uthmaniyyah. Asalkan mereka setuju untuk setia kepada Sultan dan patuh kepada undang-undang.
.
3) Peluang ini telah disambut, antara lain, oleh ramai orang Yahudi, terutamanya dari Russia dan juga negara Eropah lainnya. Kebanyakan mereka mahu melarikan diri dari pogrom-pogrom yang berleluasa di sana dan ingin menetap di Palestin. Dasar Uthmaniyyah yang menerima imigran, terutamanya yang mencari perlindungan dari kezaliman menyebabkan pada mulanya mereka diterima.
.
4) Bagaimanapun, apa melihat jumlah imigran Yahudi yang ramai ke Palestin, dan menyedari bahawa ianya adalah satu ancaman kepada keutuhan kerajaan dan masyarakat Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid ke-II menitahkan untuk mengurangkan dan memperketatkan kawalan terhadap imigrasi Yahudi ke Palestin pada tahun 1884, 1887 dan 1888, termasuk menyukarkan proses jual beli tanah dan pembinaan bangunan.
.
5) Pada 1890an, sebagai reaksi kepada pergerakan Zionism, sekali lagi peraturan untuk imigrasi Yahudi diperketakan, di mana mereka hanya dibenarkan untuk menetap di kawasan selain Palestin. Tahun 1899 menyaksikan pembinaan penempatan Yahudi di Palestin telah diharamkan kerana dikhuatiri mereka akan membentuk satu negara Yahudi baru. Kerajaan Uthmaniyyah juga telah memperketatkan visa terhadap pelawat Yahudi.
.

6) Walaupun kerajaan Uthmaniyyah telah mengambil pelbagai langkah untuk membendung imigrasi Yahudi ke Palestin, ianya tidak berjaya disebabkan beberapa faktor, antaranya:

a. Ramai pendatang Yahudi yang datang Palestin sebagai ahli ibadat (pilgrim), dimana kemasukan mereka tidak boleh dihalang, tetapi kemudiannya mereka tidak pulang-pulang ke negara asal.

 

b. Orang Yahudi yang mempunyai kerakyatan negara lain mendapat perlindungan dari konsulat mereka, yang selalu campur tangan dalam hal jual beli tanah. Ini dirumitkan lagi dengan hak ‘Capitulations’ yang dimiliki negara-negara tersebut.

c. Ketidakmampuan sesetengah pegawai-pegawai Uthmaniyyah peringkat tempatan untuk menguatkuasakan sepenuhnya polisi kerajaan – samada mereka tidak kompeten, tidak kisah, atau takut di label sebagai anti-semitic.

d. Legal loopholes – pendatang Yahudi boleh membeli tanah diatas nama Yahudi Uthmaniyyah tempatan, orang Arab tempatan, atau pegawai diplomat konsulat asing.’

e. Orang tempatan sendiri yang menjual tanah kepada pendatang Yahudi.

 

7) Faktor-faktor diatas menyebabkan imigrasi Yahudi ke Palestin tidak dapat dibendung sepenuhnya. Sultan Abdul Hamid ke-II juga beberapa kali mengarahkan pegawai Istana beliau sendiri ke Palestin untuk menguruskan masalah ini, tetapi malangnya masalah ini berterusan. Akan tetapi, pada satu aspek yang lain, penghijrahan Yahudi ini tidaklah mencapai objektif mereka sepenuhnya untuk menubuhkan negara Yahudi, hasil dari tindakan Kerajaan Uthmaniyyah dan juga penentangan penduduk tempatan.
.
Artikel MFS juga mendakwa bahawa Sultan Abdul Hamid ke-II telah mengadakan perbincangan panjang dengan Sir Mark Sykes, diplomat British ke Timur Tengah antara tahun 1896 hingga 1902. Saya anggap ini adalah Mark Sykes yang terlibat dengan Perjanjian Sykes-Picot tahun 1916 itu ya?Dakwaan ini agak janggal, kerana Sir Mark Sykes ini lahir pada tahun 1879, dan jika pada tahun 1896 dia baru berumur 18 tahun. Juga mengikut rekod dia telah menyertai tentera British pada tahun 1897, dan terlibat dalam P.era.ng Boer di Afrika Selatan sehingga tahun 1902. Dia hanya ditempatkan di Kedutaan British di Istanbul pada 1905. Jadi bagaimana Sultan Abdul Hamid boleh berbincang dengan Mark Sykes, jika benarlah dakwaan MFS itu?
.
9) Theodor Herzl, pemuka Zionis, pernah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid ke-II dan menawarkan untuk membayar keseluruhan hutang Kerajaan Uthmaniyyah jika Sultan bersetuju memberikan Palestin kepada Zionis, tetapi seperti yang kita semua tahu tawaran itu telah di tolak Sultan. Jadi sekali lagi, di celah mana Sultan menggalakkan penempatan Yahudi ke Palestin?
.
10) Menyentuh sedikit berkenaan apa yang disebut dalam artikel MFS sebagai قانون الامتيازات الأجنبية , (Bahasa Turki: Ahidname, Bahasa Inggeris : Capitulations), ianya bukanlah diperkanalkan pada abad ke-19 seperti yang didakwa penulis. Bahkan ianya bermula selepas Uthmaniyyah berjaya mengalahkan kerajaan Mamluk pada abad ke-16, ketika zaman kemuncak kuasa Uthmaniyyah. Secara ringkasnya Capitulations ini memberi keistimewaan dan perlindungan kepada rakyat negara-negara tertentu untuk mengalakkan aktiviti ekonomi. Walaubagaimanapun apabila kerajaan Uthmaniyyah semakin lemah, capitulations ini telah dieskplotasi oleh kuasa-kuasa asing untuk kepentingan mereka di wilayah Uthmaniyyah, dan seperti dilihat di atas salah satunya adalah untuk membantu rakyat mereka yang berbangsa Yahudi untuk memiliki tanah di Palestin. ‘Capitulations’ ini dimansuhkan pada tahun 1914 apabila kerajaan Uthmaniyyah menyertai P.eran.g Dunia Pertama di pihak Jerman, bukannya pada tahun 1937 oleh Ataturk seperti yang didakwa MFS.
.
Jadi jelas di sini bahawa Kerajaan Uthmaniyyah, dan Sultan Abdul Hamid-II, tidaklah menggalakkan dan membantu kemasukan imigran Yahudi ke Palestin, bahkan berusaha untuk menghalangnya, walaupun menghadapi kekangan dari segi kelemahan kuasa, ekonomi, pentadbiran dan juga campurtangan asing. Tidak dinafikan pentadbiran Sultan AbdulHamid ke-II terdapat beberapa kelemahan yang boleh diambil iktibar dan dibincangkan, tetapi untuk menyalahkan mereka sepenuhnya dan mengatakan mereka menggalakkan kedatangan Yahudi ke Palestin adalah satu yang tidak jujur. Palestin akhirnya terlepas ke tangan British dan Yahudi hanya selepas dipertahankan bermati-matian oleh angkatan Tentera Uthmaniyyah ketika P.eran.g Dunia Pertama.
.
Apa-pun mari kita bersama-sama berdoa untuk saudara kita di Palestin dan berusaha untuk menyumbang kepada pengkahiran konflik di sana.
.
Sebenarnya ini adalah topik yang sangat luas, jika ada apa2 perbincangan silakan kita ke ruangan komen.
.

Gambar: Panji angkatan tentera Uthmaniyyah yang mempertahankan Gaza dari s.eranga.n pihak Berikat ketika P.eran.g Dunia Pertama.
.

RUJUKAN

1. The Well Protected Domains, Selim Deringil

2. Ottoman History, Misperception and Truth, Ahmed Akgunduz

3. A Brief History of Late Ottoman Empire, M. Sukru Hanioglu

4. Mandel NJ. Ottoman Practice as Regards Jewish Settlement in Palestine: 1881–1908. Middle East Stud. 1975;11(1):33-46. doi:10.1080/00263207508700286

5. Kale B. Transforming an Empire: The Ottoman Empire’s Immigration and Settlement Policies in the Nineteenth and Early Twentieth Centuries. Middle East Stud. 2014;50(2):252-271. doi:10.1080/00263206.2013.870894

6. Talbot M. “jews, Be Ottomans!” Zionism, Ottomanism, and Ottomanisation in the Hebrew-Language Press, 1890-1914. Welt des Islam. 2016;56(3-4):359-387. doi:10.1163/15700607-05634p05

7. Becoming Ottomans, Julia Philip Cohens

Artikel dinaikkan selepas mendapat izin penulis asal artikel ini, iaitu Lembaran Sejarah Uthmaniyah. 

Ruangan komen telah ditutup.