Menjawab Tuduhan Poligami

1,215

Ramai para pejuang pemikiran Barat atau sekular liberal mempertikaikan poligami dalam Islam. Pelbagai tuduhan yang mereka berikan yang pada pendapat mereka tidak memberi kemuliaan bagi wanita. Para pejuang atas nama wanita di barat adalah pendusta, kononnya mereka membela wanita dengan menolak poligami tetapi mereka bersetuju atau halalkan pelacuran, menyimpan wanita dan kelab-kelab hiburan yang penuh dengan wanita. Mereka juga boleh meniduri wanita-wanita itu bila-bila masa yang mereka mahukan. Selain itu, mereka adalah juara yang perjuangkan hak pelacuran, gay, lesbian dan lain-lain atas nama hak asasi manusia.

Di sana ada suara sumbang berkata kepada para lelaki , “perkahwinan hanya satu, tetapi boleh menyimpan kekasih beribu“, oleh sebab itu pusat-pusat pelacuran diberi lesen. Kamu boleh tidur dengan mana – mana perempuan yang kamu mahu serta beberapa malam yang dikehendaki, boleh melanggan di pusat hiburan atau menjadi simpanan kamu dalam waktu yang kamu mahu.

Apabila kamu tak mahu, kamu tinggalkan mereka. Apa yang penting cinta haiwaniah itu dibeli dengan wang. Mereka berpendapat cinta tulus yang menjaga hak tiada layak diberi pada wanita-wanita tersebut dan adakah itu definisi membela wanita yang kamu laungkan seluruh dunia?

Kemudian kamu menentang kaum lelaki muslim yang mempunyai kemampuan ekonomi yang mana mereka juga mahu berseronok dengan wanita sebagai penghibur dan penenang jiwa tetapi mereka jadikan wanita-wanita tersebut sebagai isteri yang sah, dicintai, ditunaikan haknya dengan sebaiknya dan menjaga kehormatan mereka sebagai wanita yang mulia.

Tidakkah pelik namanya, kamu membenarkan bermain ramai wanita atas nafsu dan seks semata-mata tanpa ada tanggungjawab. Kemudian kamu mengkritik sistem Islam yang tak benarkan berfoya-foya dengan wanita dengan sesuka hati walhal mereka menjadikan para wanita sebagai isteri yang sah agar wanita tersebut terpelihara akan maruah dirinya. Siapakah yang membela wanita , Islam atau sistem kamu?

Poligami sebagai Solusi

Allah adalah pentadbir alam dan yang mencipta insan, apabila Allah mengharuskan poligami dalam syariat Islam bukan bermakna Islam mengalakkan umatnya berpoligami sebgagai keutamaan malah memberi syarat yang ketat dan ancaman azab jika tidak benar dalam amalkan poligami. Poligami diharuskan Islam adalah dalam bentuk salah satu penyelesaian sosial dalam sistem masyarakat, ia hanya kasih sayang kepada para hambaNya atau sebuah kerajaan apabila menghadapi beberapa situasi yang perlu kepada penyelesaian yang tepat berlandaskan fitrah.

Penulis mahu bertanya kepada sistem seluruh dunia yang ada, apakah penyelesaian yang kamu cadangkan apabila kamu berdepan dengan situasi ini :

1. Seorang berkahwin dengan wanita namun dalam layari bahtera ruman tangga, si isteri menghadapi sakit yang tak boleh lahirkan zuriat. Suami pula amat mahukan zuriat kerana suami seorang sultan, orang alim, seorang usahawan yang miliki empayar perniagaan untuk diwarisi, seorang pahlawan yang mahu turunkan ilmunya melalui benihnya. Namun dalam masa yang sama dia amat mencintai isterinya dan isterinya amat mencintai suami. Mereka enggan mahu berpisah sama sekali.

Maka apakah penyelesaian yang terbaik buat mereka ? menceraikan isteri dan kahwini wanita lain atau tetaplah dengan isterinya dan ambil keharusan poligami dengan kahwini wanita yang boleh bagi zuriat padanya? Akan tetapi jika mereka mahu ambil anak angkat atau apa jua kaedah yg ada, silakan.

2. Dua wanita yang amat saling mencintai antara mereka dan mereka berdua mencintai lelaki yang sama lantaran sifat mulia pada diri lelaki tersebut dan mereka tak boleh terima lelaki lain. Mereka sanggup menjadi isteri pada lelaki tersebut secara bersama. Apakah solusi penyelesaian terbaik untuk mereka? monogomi atau poligami?

3. Ditempat yang ramai wanita dan lelaki amat sedikit akibat perang atau bencana dan lainnya, apakah penyelesaian terbaik dalam sistem keluarga dan masyrakat?

4. Wanita yang miliki kerjaya dan sibuk hingga tak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai seorang istri dengan baik samada aspek zahir dan batin, apakah penyelesaian terbaik untuknya ? bercerai atau membenarkan atau pejamkan mata suami melanggan wanita lain atau poligami..?

5.Negara yang dilanda perang yang mengakibatkan ramai lelaki terkorban. Lantaran itu, ramai para isteri yang masih muda menjadi ibu tunggal dan anak jadi yatim, apakah yang sesuai untuk mereka ?

Ini adalah beberapa contoh permasalahan masyarakat yang berlaku, maka Islam memberi pilihan keharusan poligami jika itu memberi kebaikan kepada mereka dan tiada paksan untuk penganut Islam mengamalkan jika mereka ada pilihan-pilihan yang lain.

Terdapat juga kes yang melibatkan keharusan poligami walaupun bukan dalam keadaan bukan seperti contoh di atas tetapi melibatkan hajat dan jiwa. Contohnya :

1. Seorang ulama’, masyaikh, ahlu bait (keturunan Rasulullah), pemimpin atau Sultan mahu zuriat yang ramai sedangkan isterinya tidak mampu memberikan melainkan beberapa orang sahaja.

2. Seorang wanita yang takut dirinya tak dpt tunaikan tanggunjwab dengan baik akan suaminya dan ingin membantu urusan suaminya, maka demi damaikan hatinya dia melihat poligami sesuai dengannya.

Banyak kes yang boleh kita contohi, ‘content’nya poligami diharuskan bukan untuk sewenangnya tetapi sebagai salah satu penyelesaian yang diberi Allah agar wujudnya kebaikan.

Beberapa perhatian

Poligami atas keperluan dan kemahuan amat berbeza, justeru itu banyak kepincangan dalam poligami yang dilakukan kaum lelaki yang tak layak hingga berlakunya kerosakkan dalam institusi keluarga dan seterusnya masyarakat. Mendirikan rumah tangga yang kedua dengan meruntuh rumah tangga yang pertama hingga terabai anak-anak dan berlaku zalim pada isteri pertama adalah lari dari matlamat Allah dalam syariat poligami.

Tujuan keharusan poligami adalah untuk membina masyrakat yang salaman apabila menghadapi isu-isu tertentu bukannya menambah lagi kerosakkan institusi keluarga dan masyarakat. Demi keadilan pada wanita, Islam hanya memberi batasan empat isteri sahaja kerana ia berdasarkan kemampuan lelaki, namun Islam dengan tegas amat menganjurkan umatnya jika tiada keperluan dan dibimbangi tak boleh berlaku adil, maka KAHWIN SATU adalah lebih baik. FirmanNya :

‎وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) SEORANG saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa’ : 3]

Maka atas hujah yang diberikan, apakah keharusan poligami suatu yang mezalimi dan merendah wanita, jangan tengok kepada para lelaki yang fasik dalam amalkan tetapi lihat kepada dasar dan tujuan keharusan poligami jika kita benar mahukan kebenaran.

Sistem Islam yang indah ini akan bersinar keindahan apabila ia disatukan dengan rukun iman yang kukuh. Disitu mereka menjadi insan masyarakat yang berjiwa besar serta miliki impian yang besar di akhirat yakni SYURGA yang indah. Maka konsep kefahaman mereka tentang dunia adalah berbeza dengan mereka yang tak beriman, tak mencintai Allah dan Rasul serta merindui Syurga ,

Justeru itu mereka samada lelaki dan wanita dididik hidup cintai mujahadah, tiada pentingkan diri, utamakan kebahagiaan orang lain, suka membantu mereka yang memerlukan dan cinta membahagikan akan nikmat yang mereka perolehi. Poligami bukan hal yang dianggap negatif bagi masyarakat yang cintakan Syurga bila dilihat di situ ada keperluan, justeru itu tiada kepelikan di zaman Nubuwwah apabila para wanita berebut meminang untuk suami mereka untuk para teman wanita yang kematian suami di medan Jihad demi terus terbina institusi keluarga yang baik. Ia adalah satu ibadah dalam penyelesaian permasalahan secara bersama sebagai satu masyarakat dalam membantu sistem sosial negara. Perbuatan isteri meminang kawan-kawan perempuan untuk suami mereka masih berlaku di zaman sekarang.

Apa yang penting hidup ini jangan mementingkan hanya untuk kebahgiaan diri sahaja tanpa menoleh melihat impian mereka yang lain apalagi jika mereka teman baik dan rakan seperjuangan. Mereka juga inginkan kehidupan yang miliki suami dan mendengar suara anak-anak. Islam datang membawa rahmat bagi kaum wanita dengan syariat poligami bagi mereka yang layak baik suami dan isteri.

Sesungguhnya TUHAN tidak sama sekali akan meninggalkan diri mu yang berkorban demi merenggut cintaNya.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.