https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Menjawab Soal Gundik-Gundik Dalam Harem Kesultanan Islam

1,710

Saya terbaca satu ‘posting’ di FB yang mendakwa kebanyakan sultan dalam sejarah Islam terutamanya Daulah Uthmaniyah tidak boleh dijadikan tauladan kerana mereka memiliki ramai gundik di istana.

Ini menunjukkan mereka mengamalkan penzinaan dengan bebas kerana Islam hanya membenarkan kahwin tidak lebih dari empat.

Saya percaya dakwaan itu dibuat setelah menonton drama ‘The Magnificent Century’ yang cukup mengarut. Dakwaan yang sama juga biasa dilemparkan pada sultan-sultan di Alam Melayu.

Masalah bagi segelintir orang adalah mereka membawa kefahaman dan gambaran barat atau dunia bukan Islam bagi mentafsir sejarah Islam.

Sebagai contoh, mereka mentafsir konsep Wahdatul Wujud dengan kefahaman pantheism barat. Mereka juga mentafsir hirarki sosial dalam kerajaan Islam dengan kefahaman terhadap sistem feudal Eropah.

Begitu juga, mereka mentafsir pelayan wanita di istana-istana kerajaan Islam yang diistilahkan sebagai ‘gundik’ atau ‘selir’ dengan kefahaman sistem ‘slavery’ atau ‘concubine’ dari dunia bukan Islam.

Dengan itu terjadilah fitnah ke atas sejarah. Hinggakan istilah gundik itu difahami atau dilihat dengan keadaan yang sangat negatif.

Jadi beberapa persoalan yang mereka harus jawab :-

1) Kenapa hamba-hamba wanita di istana kerajaan-kerajaan Islam difahami dengan sistem perhambaan barat bukan sistem hamba dalam Islam?

2) Kenapa hamba-hamba tersebut difahami sebagai ‘concubine’ atau ‘wanita simpanan’ bukannya ‘ما ملكت أيمانكم’?

3) Apakah hukum tentang perhambaan dalam Islam pada zaman tersebut telah mansuh?

4) Harem itu satu kawasan larangan bagi semua orang kecuali keluarga sultan. Para pembesar pun dilarang masuk bagi menjaga aurat penghuninya. Jadi bagaimana penulis-penulis sejarah atau pengarah-pengarah filem boleh dapat gambaran sebenarnya tentang suasana dalam Harem?

Namun saya tidak sama sekali menyatakan bahawa semua sultan dalam sejarah Islam itu soleh dan baik. Ada juga yang bersikap negatif.

Tapi mendakwa kebanyakan sultan dalam kerajaan Islam tidak boleh dijadikan contoh adalah dakwaan mengarut.

Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad al-Fatih, Raja Aurangzeb, Sultan Iskandar Muda dan ramai lagi jelas sekali memiliki sejarah dan keperibadian yang unggul.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.