Menjawab KPN Berikutan Kononnya Tiada Saksi Melihat Arwah Adib Dipukul

2,027

Ketua Polis Negara masih berdegil nak jaja cerita kononnya arwah Adib bukan m4ti dibvnuh, tapi kemalangan, atas sebab kononnya “tiada saksi yang nampak arwah Adib dibvnuh”.

Di bawah undang-undang jenayah, hanya kerana tiada orang nampak, bukan bermaksud jenayah itu tidak dilakukan.

Saya ambil contoh kes pembvnuhan yang masyhur, Sosilawati. Dalam kes itu, bukan sahaja tidak ada saksi yang nampak Sosilawati dibvnuh, bahkan mayat Sosilawati pun sampai ke sudah tidak dapat ditemui. Tetapi polis dalam kes itu menyiasat bukti-bukti sampingan (circumstantial evidence), atau dalam istilah fiqh, bukti qarinah, dan akhirnya pelakunya berjaya didakwa dan disabitkan.

Takkan saya nak kena syarahkan kepada Ketua Polis Negara apa itu circumstantial evidence, baru PDRM nak akur dengan keputusan Inkues?

Benda ni benda asas.

Kalau dibaca Alasan Penghakiman Mahkamah Koroner setebal 52 halaman, Hakim dah jelaskan dengan penuh panjang lebar, bahawa walaupun tiada saksi yang nempak secara terus Adib dibvnuh; tetapi bukti-bukti ‘circumstantial’ terlalu banyak untuk merumuskan bahawa Adib sememang telah dibvnuh.

Dalam hiruk-pikuk rusuhan di Kuil tersebut, tiga orang saksi nampak seseorang dikerumuni, sambil disepak-terajang. Salah seorang daripadanya kata, apabila dia datang dekat, dia nampak dengan mata kepala bahawa orang yang dikerumuni itu adalah arwah Adib (walaupun dia tidak nampak kejadian ketika mana Adib dipvkul).

Ini juga disokong dengan keterangan daripada saksi pakar Patologi, Prof Shaharum, yang membuat kajian forensik, bahawa memang jelas ada kesan Adib ditarik keluar dari van, diseret, dan kemudian dipvkul. Ini disokong lagi oleh rakaman video yang menunjukkan para perusuh menyerang kenderaan Bomba. Juga disokong lagi oleh keterangan Ketua Balai Bomba Subang Jaya dan pegawai IJN, yang mengesahkan bahawa ketika dia melawat Adib di IJN, Adib ada memaklumkan kepadanya bahawa dia ditarik dan dipvkul.

Kesemua bukti-bukti ini, walaupun bukan bukti “ada orang nampak”, tetapi adalah bukti-bukti “circumstantial” yang sangat kukuh.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Saya bukan nak persoalkan kenapa PDRM tak jumpa-jumpa lagi pembvnuh Adib, tidak, bukan itu yang saya maksudkan.

PDRM perlu terus menyiasat, dan kalau tak jumpa, terus lagi menyiasat dan mencari siapakah pembvnuhnya. Tetapi jangan sesekali nafikan dan ubah jalan cerita, seolah-oleh Adib tidak dibvnuh; hanya semata-mata untuk menutup kegagalan pihak polis mencari pembvnuhnya.

Kita faham tidak semua kes jenayah akan berjaya diselesaikan. Jika tidak berjaya cari pembvnuhnya, maka kes ini perlu terus jadi kes yang tidak diselesaikan, tetapi jangan nafikan hakikat bahawa arwah m4ti dibvnuh. Ini yang kita bantah.

Contohnya seperti pembvnuhan tokoh korporat Maarof Zakaria di tahun 40an dulu (sila google bagi yang tak tahu). Sampai hari ini pembvnuhnya masih belum ditemui, tetapi tiada siapa yang menyangkal bahawa dia m4ti dibvnuh, walaupun pembvnuhnya tidak ditemui.

Kita juga jangan lupa bahawa dalam Alasan Penghakiman setebal 52 muka surat, selain mengesahkan bahawa Adib m4ti dibvnuh, Hakim Koroner juga telah menegaskan bahawa pihak polis telah melakukan kesalahan:

“Saya juga membuat dapatan bahawa kem4tian arwah ini turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan PDRM dan FRU mengawal rusuhan dan memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pasukan bomba yang dianggotai arwah Adib yang hadir ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.”

Maka Ketua Polis Negara tidak harus cuba menutup kebenaran-kebenaran ini.

* ”Kalau kau ada bukti sangat, silalah bagi dekat PDRM” — jawapan saya, ini bukan soal ada bukti atau tak ada bukti. Hakikatnya semua bukti itu telah tersedia ada dalam Alasan Kehakiman dan ekshibit-ekshibit Mahkamah, tetapi masalahnya PDRM tak kaji dan teliti, dan kemudian mudah-mudah tukar naratif kata Adib kemungkinan bukan dibvnuh.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.