Keluar melakukan Tabligh juga boleh jatuh syirik kalau kita anggap kita lah yang berkuasa memberi hidayah.

“Tak, usaha dakwah tabligh ni sebagai asbab hidayah, kita tak iktikad kita yang beri hidayah”.

Ha… gitu lah juga ubat, kuarantin dan saringan ni semua. Ianya sebagai asbab membanteras covid. Kita juga tak iktikad usaha kita ni yang memberi kesihatan.

“Tapi, tabligh ni dakwah yang ada suruhan dari hadis Nabi”.

Ha… gitu lah juga bab kuarantin. Juga ada suruhan dari hadis Nabi. Jangan pergi ke tempat wabak, dan jangan keluar dari tempat wabak.

Dalam keadaan genting gini, sepatutnya tak perlu dah kita nak terangkan bab akidah secara terperinci sampai macam ni. Benda basic macam ni adalah benda pegangan dalam hati. Benda macamni sepatutnya dah jadi suatu perkara yang Dharuri (segera faham). Para elders Tabligh dan Maulana-maulana sudah pasti telah khatam serta faham akan hal ini.

Hanyasanya segelintir golongan yang baru-baru belajar buat Tabligh atau golongan yang memang bukan Tabligh tapi berniat baik untuk membela jemaah ini cuma dengan persediaan ilmu yang kurang mencukupi sahaja yang gagal faham huraian akidah dalam isu ini. Josh mengatasi Ilmu.

Usahlah gaduh bab sama ada kita dari pecahan Jemaah Tabligh Syura Alami (SA) atau pecahan Jemaah Tabligh Maulana Saad (MS) buat masa ini kerana ada perkara lebih mustahak dari itu.

Jangan desak supaya saya dedah semuanya tentang ikhtilaf antara SA dan MS, kelak banyak aib terbongkar. Saya yang menulis ini juga adalah muhibbin (pecinta) Jemaah Tabligh dan ada mengambil sanad mutiara-mutiara ilmu dari Maulana Jemaah Tabligh dan Deobandi.

Tidak kiralah sama ada kita dari SA atau dari MS, mahupun orang awam, ketahuilah bahawa akidah para ulama Jemaah Tabligh, Deobandi, bahkan ulama Nusantara, Khurasan, Iraq, Syam, Turki, Hijaz, Yaman, al-Azhar, az-Zaytuna dan al-Qarawiyin semuanya adalah sama. Cuma huraian sahaja berbeza yang kebanyakkannya hanya bersifat Khilaf Lafzi sahaja.

Ya, memang sebagai umat Islam, haram untuk kita beriktikad Virus ada kuasa untuk sakitkan manusia. Ianya pegangan kaum Qadariyah yang kufur. Juga haram untuk kita beriktikad Allah beri kuasa kepada Virus untuk Virus itu sakitkan manusia. Ianya pegangan kaum Qadariyah yang fasiq.

Juga haram untuk kita kata Allah yang berkuasa ciptakan sakit lalu kita dilarang berusaha untuk hilangkannya kerana perlu lalui sahaja taqdir ini. Pasrah dan berserah sahaja. Ianya pegangan kaum Jabariyyah yang fasiq.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah kaum sederhana dan pertengahan (wasati) antara Qadariyah dan Jabariyah. Menurut ASWJ, secara hakikat, sakit dan sihat hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk berikan, bukannya virus dan ubat. Baik buruk semuanya datang dari Allah. Tetapi secara syariat kita wajib usaha/ikhtiyar/kasb untuk mengelak dan merawati nya.

Usaha/ikhtiyar/kasb itu pula perlu dilakukan dengan dua cara iaitu secara batin dan zahir. Secara batin adalah dengan beribadah, berdoa, berzikir, berselawat, berwuduk. Manakala secara zahir adalah dengan cuci tangan dengan sanitizer, jalani pemeriksaan, rawatan dan sebagainya.

Tak perlu gaduh sama ada nak pakai wuduk atau pakai sanitizer. Buat kedua-dua usaha sebagai umat Islam. Kemudian jangan lupa pula untuk Tawakal setelah segala usaha ini dilakukan kerana segalanya kembali kepada Allah jua. Barulah lengkap kitaran DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiyar, Tawakal).

Jangan main terus tawakal sahaja macam Jabariyah. Tapi kalau kita kata virus penyebab kematian, hanya sebagai jalan asbab dari segi hukum adat, tidak mengapa. Itu hanya bahasa di mulut, bukan iktikad di hati.

Oleh itu, kita kena faham dan jangan campur aduk antara Hukum Akal, Hukum Adat, Hukum Syariat. Jangan bertukar-takir antara Syariat dan Hakikat. Hubungkanlah antara Syariat dan Hakikat mengikut Tariqat (Jalan Tazkiah) yang sahih, maka barulah kita mencapai Makrifat.

Kalau Hakikat melanggar Syariat, maka inilah yang dipanggil “Maklipat”. Orang ”Maklipat” (Batiniyah dhalalah) ni selalunya terbalik dari golongan Sufi Makrifat, ayat Hakikat di mulut tapi tidak iktikad di hati.

Orang Makrifat sebenar, ayat Syariat di mulut, iktikad Hakikat di hati. Benda Dzauqiyah ni tak boleh dilakon-lakonkan kerana ianya hanya kurniaan khassah kepada orang yang dipilih Allah sahaja.

Orang awam tak perlu sibuk bahas bab ahwal kewalian ni secara mendalam sangat. Yang penting, kena faham tentang Taqdir (Qada Qadar) dalam huraian ilmu Sifat 20 Bab Qurah Iradah berserta Taaluqnya. Belajarlah asas-asas Fardhu Ain dalam Akidah, Fiqh dan Tasawuf dahulu.

Benar, hanya Allah berkuasa, virus (makhluk) tidak punya kuasa. Takut hanya kepada Allah. Tetapi, “takut” kepada Virus itu hanya dari segi jalan asbab. Tidak lah sama antara “takut” kepada virus dengan takut kepada Allah dari segi jalan ketaqwaan.

 

Oleh kerana kita takut kepada Allah lah, kita berusaha dari jalan asbab untuk penuhi tuntutan syariat agar wabak virus ini menghilang. “Takut” kepada makhluk, kita jauhkan diri darinya, takut kepada Allah, kita semakin hampirkan diri padaNya.

Patuhi lah ulil amri. Mereka telah berbahas panjang dengan pihak autoriti (doktor) dan para mufti. Tak perlu kita nak tuduh perintah ulil amri ini menyalahi akidah atau sebagainya. Saranan mereka tidak berkait akidah pun, kerana isu ini lebih kepada isu Fiqh. Para mufti setiap negeri juga sudah pasti mempunyai hujah dan garis panduan tersendiri untuk masyarakat patuhi.

Benar, wabak virus ini berpunca dari China, tetapi janganlah kita jadi agen penyebarnya pula. Tiada pihak yang nak salahkan Jemaah Tabligh, bahkan usaha ini adalah untuk membersihkan nama Jemaah Tabligh jua, bukan nak burukkan tabligh. Janganlah malu atau marah apabila diminta kuarantin atau jalani saringan. Sebaliknya, berbanggalah kerana orang tahu anda berjangkit di dalam majlis yang mulia, bukan dari kelab malam.

Cuma, kita perlu zahirkan bahawa Jemaah Tabligh ini golongan yang jujur dan bertanggungjawab untuk patuhi arahan ulil amri bahkan arahan pimpinan Jemaah Tabligh sendiri untuk tampil ke hospital. Bahkan sudah ramai yang sudah tampil, Alhamdulillah dan terima kasih kepada anda. Segala larangan ini merupakan ujian buat kita yang perlu dimuhasabahkan hikmahnya. Ianya hanyalah bersifat sementara, bukannya larangan buat selama-lamanya.

Jika kita enggan bekerjasama, maka tindakan sebegini hanya menjauhkan manusia dari Islam. Masyarakat memandang serong pada Jemaah Tabligh, bahkan boleh dijadikan alasan untuk mana-mana pemerintah mengharamkan gerakan Jemaah Tabligh. Sesungguhnya, janganlah kita jadi “Rebellious Devotee” kerana itu salah satu ciri kaum Khawarij yang sering menggunakan dalil-dalil yang benar tetapi dengan kefahaman yang salah (kalimatul haq, wa yuridul batil).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.