Zhuge Liang tidak dapat dinafikan, antara tokoh paling penting dalam penulisan sejarah China. Kebijaksanannya menjadi tema utama dalam karya-karya sastera sejarah seperti puisi dan novel sejarah oleh para pengarang China pada masa silam. Salah satu kebijaksanaannya ialah mempraktikkan satu strategi yang melibatkan peperangan psikologi ketika ditugaskan menjaga Kota Xicheng.

Pada waktu itu adalah zaman Tiga Kerajaan. Zhuge Liang sedang bertahan di sebuah kota dengan pasukan yang kecil (2500 askar). Dikatakan dia hanya bersama pasukan yang kecil itu adalah kerana sebelum itu dia telah menghantar satu pasukan besar untuk menentang pasukan Cao Wei yang dipimpin oleh Sima Yi di satu lokasi, namun pasukan itu tidak menemuinya.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah Sima Yi dengan balatenteranya yang besar (150,000 askar) telah menuju ke arah Kota Xicheng, lokasi di mana Zhuge Liang sedang berada ketika itu bersama pasukan kecilnya, melalui arah yang berlainan.

Apabila mendengar khabar berita yang amat menggemparkan ini, Zhuge Liang sedar bahawa kedudukannya amat kritikal. Tidak mungkin dia sempat mengundurkan pasukan yang dihantar sebelum itu untuk bersama-sama mempertahankan kedudukannya. Setelah berfikir masak-masak, Zhuge Liang memutuskan untuk menggunakan strategi secara psikologi bagi menghadapi balatentera Sima Yi.

Zhuge Liang pun mengarahkan semua askar bersembunyi, bendera-bendera diturunkan dan membuka pintu gerbang selebar-lebarnya, sehingga menimbulkan satu kesan seolah-olah kota tersebut telah ditinggalkan secara tergesa-gesa.

Ketika Sima Yi dan pasukannya tiba di Kota Xicheng, alangkah terperanjatnya dia apabila melihat pintu gerbang dibuka seluas-luasnya. Sima Yi tiba-tiba merasa pelik dengan situasi itu ditambah pula keadaan kota yang kelihatan lengang. Ketika dia sedang berfikir-fikir tentang suasana yang ganjil itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi alat muzik kecapi dimainkan. Keadaan bertambah mencurigakan apabila Sima Yi melihat Zhuge Liang sedang tenang duduk di atas benteng kota sambil bermain kecapinya.

Setelah berfikir dan mempertimbangkan semua perkara, Sima Yi membuat kesimpulan bahawa itu semua adalah satu perangkap yang sedang dibikin oleh Zhuge Liang. Zhuge Liang tambahan pula terkenal sebagai pakar strategi dan orang yang bijaksana. Jadi, situasi yang dihadapinya sekarang berkemungkinan besar adalah untuk mengumpannya masuk ke dalam kota yang ditunggu oleh pasukan Zhuge Liang yang bersedia untuk mengepung pasukannya dan mengalahkannya.

Setelah mempertimbangkan demikian, Sima Yi mengarahkan balatenteranya berundur.

~Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.