Mengkaji Naratif Berbeza Setiap Pages Mengulas Isu Semasa

559

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dalam satu-satu berita, selalunya ia akan dihurai mengikut perspektif dan naratif yang berbeza sehingga menimbulkan persepsi yang pelbagai. Berikut merupakan ‘kajian’ saya berkenaan manhaj penulisan beberapa page favourite. Jemput baca, dan jangan la serius sangat.

Contoh kes : “Seorang lelaki jatuh basikal”

Caption page :

– Berita Harian Online
#BHNasional : Kemalangan Basikal, Angkara Perbuatan Sendiri – Sumber Bernama”

– Harian Metro
#ShahAlam : Kejadian Jatuh Basikal, Penduduk Setempat Berasa Gusar”

– Sinar Harian
“Kemalangan Basikal, Penunggang Dipercayai M4buk”

– Astro Awani
“Kemalangan M4buk Merunsingkan Penduduk Melayu Di Taman Berkenaan”.

– MalaysiaKini
“(VIDEO) Penunggang basikal yang dikatakan m4buk memiliki kad OKU. Orang Melayu usah timbulkan isu perkauman”.

– Al Jazeera English (diterjemah)
“LOCKDOWN : Ribuan rakyat bangkit melakukan protes terhadap kerajaan Malaysia yang menafikan hak kebebasan bersosial selepas perintah berkurung.”

– The Patriots
“Sejarah Jatuh Basikal Yang Agung : Oleh admin Halim Efendi”

– Ajar
“Teori Graviti Quantum : Misteri Di Sebalik Basikal Jatuh Sendiri”

– Ebit Lew
“Masyallah…. menangis saya lihat. Ni mungkin Tuhan nak uji kita, nak ampunkan dosa-dosa kita. Banyakkan bersabar. Allah Sayang 🥰

– Rotikaya
“Alahai adik ni. Jatuh basikal pun masih comel 😘

– Siakap Keli
“Viral kejadian jatuh basikal, netizen dakwa ia disengajakan demi meraih publisiti.
Kredit : https://instagram.com/khairiasyraf_17

– Era (Malaysia)
“Meme Jatuh Basikal : Lelaki Ini Kaji Cara Pelbagai Page Buat Caption”

– Aliff Syukri Terlajak Laris
“Baiskel ni saye beli harga Rm20k ringit tau. Murah sagat ke baiskel saye ni sampai boleh jatuh sendiri macamni”

– Kisah Rumah Tangga
“Slm min… tlg haid nama saya… suami saya ustaz… dia nak kawen baru, tp nafkah saya dia tak bagi… Jadi saya xbagi dia kawen… Dia pukul dan ceraikan saya… Kemudian dia eksiden… saya dilema, patut tak saya rujuk semula dgn suami saya yg patriaki tu?”

– The Sukan
“Jatuh Basikal : Umpama ManU sengaja menewaskan diri bagi memberi laluan kepada City memintas Liverpool”

– Amran Fans
“Aku tengok isu jatuh basikal tu sebijik macam perangai parti satu tu. Dulu tuduh orang rasuah, sekarang diri sendiri sama-sama tebuk atap. Takdirr!”

– Si Rashid
“Ini Amran. Amran suka phitnah. Bila kena kecam, Amran akan buat-buat tanya dah makan ke belum. Jangan jadi seperti Amran”

– HarakahDaily
“Iktibar jatuh basikal, usah campak diri ke lembah kebinasaan. Terus istiqamah dalam perjuangan.”

– Najib Razak
“Lid mana Lid? Saya tak mahu tulis panjang-panjang. Saya lukis bagaimana cara PH jatuh basikal.”

– Dr Mahathir
“Basikal jatuh ni semua salah Najib.”

– Anwar Ibrahim
“Sudagha… Rakyat perlu dibela dengan ‘adil. Perkara ini perlu dibahas dalam agenda reformasi. Ini sual prinsip!”

– BeautifulNara
“Petua orang tua, jangan main di luar ketika senja. Khuatir diganggu jin”

– Public Health Malaysia
“Insiden jatuh basikal, gangguan jin hanya mitos”

– MKN
“RM0 PKP-Rakyat Malaysia dinasihatkan sentiasa jaga keselamatan diri. Jangan lupa SOP seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka ketika berbasikal. Pastikan otak tidak diletakkan di lutut.“
———

* P/s : Begitulah cara media memanipulasi satu-satu berita. Dengan hanya satu berita yang sama ini, pelbagai persepsi boleh dibina. Bergantung pada cara olahan untuk disensasikan. Terkadang sampai lari dari cerita sebenar. Cerita asal simple sahaja.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.