Di dalam sesebuah filem, watak sampingan amat penting untuk menyerikan sesebuah filem itu dan juga sebagai alat sokongan agar sesebuah mesej di dalam filem itu dapat difahami oleh penonton.

Baru-baru ini, tular seseorang dari pihak pengurusan Le Tour De Langkawi (LTDL) dikaitkan dengan rupanya. Rata-rata Netizen menyamakan beliau dengan seorang pelakon pembantu yang terkenal semasa era kegemilangan perfileman Melayu di Singapura, iaitu seniman H.M Busra

HM Busra atau nama sebenarnya Mohamed Busra Bin Hashim merupakan anak jati Semenyih, Selangor. Beliau telah dilahirkan pada 1933. Sekitar 1950an, beliau telah ke Singapura dan bekerja sebagai pekerja am di Studio Jalan Ampas.

Pada 1953, beliau diberi peluang untuk berlakon sebagai pelakon tambahan di dalam filem Ayer Mata. Sejak daripada itu, beliau terus diberi peluang untuk berlakon did alam filem-filem keluaran Studio Jalan Ampas.

Walaupun beliau sering membawa watak kecil, namun watak beliau sentiasa diingati hingga ke hari ini. Antara watak beliau yang ikonik semestinya watak lelaki yang bermain trumpet dan membuat bising sewaktu Bujang Lapok membaca skrip.

Beliau terus menerus berlakon di dalam kebanyakan filem keluaran Jalan Ampas sehinggalah studio ditutup pada 1967.

Setelah studio ditutup, beliau pulang semula ke Semenyih dan memulakan perniagaan membuat kicap dan menternak ayam.

Dalam kesibukan beliau sebagai peniaga beliau sempat mengarahkan sebuah filem yang berjudul Dunia Terbalik yang mana filem ini sebagai debut buat 4lmarhumah Julie Dahlan di dalam arena filem negara.

Selain itu, beliau juga sempat berlakon di dalam filem Langit Tidak Selalu Cerah. Menerusi filem itu, Busra telah tercalon bagi Anugerah Pelawak Terbaik semasa Pesta FilemMalaysia ke-2.

Ketika malam berlangsungnya Pesta Filem Malaysia ke-2 yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur, HM Busra hadir pada malam itu dan terpaksa pulang awal kerana kepenatan.

Beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Seniman S. Sudarmadji yang duduk di sebelahnya.

Setelah majlis tamat, ketika hendak pulang, S.Sudarmadji ternampak kereta milik HM Busra tersadai di persimpangan Jalan Loke Yew. S. Sudarmadji merapati kereta tersebut dan mendapati HM Busra dalam keadaan n4zak. Sudarmadji segera mendapatkan ambulan.

Namun, sekembalinya beliau ke kereta Busra, beliau mendapati HM Busra telah menghembu5kan n4fasnya yang terakhir. Apabila pihak keluarga HM Busra mengetahui berita ini, kakaknya terkejut dan men1nggal dunia serta – merta. All4hyarham HM Busra kemudian dik3bumikan bersama kakaknya di Tanah Perkub0ran Islam

Semenyih. All4hyarham yang meningg4l ketika usia 48 tahun meningg4lkan seorang balu dan 5 orang anak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.