11 Mac 2011 dianggap satu detik hitam bagi Jepun. Pada hari itu, gempa bumi sekuat 9.0 skala Richter menggegarkan negara itu disusuli dengan gelombang tsunami yang mengor_ba.nkan 15,900 orang dengan angka kema_tian seterusnya akibat peny_akit dan b_nuh diri ialah 3,775 orang. Sehingga hari ini, 2,500 orang masih lagi belum ditemui.

Tahun ini dianggap signifikan kerana ia merupakan ulang tahun ke-10 b.en_cana tersebut. Upacara peringatan sepatutnya diadakan pada tahun lepas bagi ulang tahun kesembilan tra.ge.di tetapi terpaksa dibatalkan berikutan situasi pandemik Covid-19. Beberapa hari lepas, upacara peringatan diadakan bukan saja di Tokyo tetapi di kawasan-kawasan yang terkesan dengan tra.ge.di.

Rajah 1: Upacara peringatan peringkat kebangsaan di Tokyo, Jepun pada 11 Mac 2021. Sumber: Behruz Mehri – Pool/Getty Images.

Satu daripada legasi musibah tersebut ialah loji nµ.klear Fukushima Daiichi yang rosak teruk akibat gempa dan tsunami. Kema_lan.gan nuklear yang menimpa loji tersebut merupakan yang terburuk sejak insiden Chernobyl pada tahun 1986. Sehingga hari ini, 40,000 penduduk yang menetap di kawasan berhampiran loji masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka kerana isu pencemaran radioaktif.

Menurut sumber kerajaan, kerja-kerja membersihkan bahan nµ.klear yang cair di bahagian dalam tiga reaktor rosak dijangka mengambil masa antara 30 hingga 40 tahun. Bagaimanapun, ramai pakar menyifatkan tempoh tersebut sebagai terlalu optimistik tanpa mengambil kira skala kerosakan pada reaktor berkenaan.

Perlu diingat, semasa tsunami melanda reaktor tersebut, ia mem.us_na.hkan sumber bekalan tenaga dan sistem pe.nyeju.kan sekaligus mengakibatkan ketiga-tiga reaktor mengalami leburan. Beberapa bangunan juga mus_nah akibat let_u.pa.n hidrogen. Kerja pembersihan dijangka lebih sukar kerana sesetengah rod jatuh ke bahagian bawah bekas pelindung dan bercampur dengan asas konkrit di bawahnya. Pemilik reaktor, TEPCO merancang melaksanakan ujian lengan robotik dengan tujuan mengambil rod yang cair tetapi terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Satu lagi isu yang bakal dihadapi Jepun ialah isu penyimpanan air penyejuk reaktor. TEPCO dalam satu kenyataan memberi amaran mereka bakal kehabisan ruang simpanan untuk menyimpan air tersebut pada tahun hadapan. Air tersebut telah dirawat dengan hampir semua elemen radioaktif telah dibuang kecuali tritium.

Baca juga: Perlepasan Air Fukushima Daiichi Ancam Industri Perikanan Jepun – https://theoutlook.asia/perlepasan-air-fukushima-daiichi-ancam-industri-perikanan-jepun/

Jepun merancang untuk melepaskan air tersebut ke laut kerana ia sudah diisytiharkan selamat oleh mereka dan agensi nµ.kle.ar antarabangsa. Bagaimanapun, negara-negara jiran seperti Korea Selatan dan pemain industri perikanan membantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut.

Sejak tra.ged.i itu berlaku, banyak bandar telah dibina semula termasuk Ishinomaki. Semasa t.rage.di 2011, bandar tersebut menyaksikan 3,2.00 orang t.erbu_n.h dan 418 lagi hilang. Kini, pembangunan kembali rancak tetapi populasinya sudah berkurangan kepada 20,000 orang didorong oleh migrasi dan bilangan kadar kema_tian.

Bagi sesetengah bandar dan perkampungan, pembangunan semula tidak menjamin kembalinya kemakmuran ekonomi di kawasan mereka. Ini mendorong ada yang terdesak mencari peluang pelaburan baru dan luar biasa seperti kisah dua kampung berebut menjadi lokasi tempat simpanan air penyejuk Fukushima. Kisah ini turut disentuh dalam artikel di bawah.

Suttsu, Kamoenai Berlumba Jadi Chernobyl Baru? – https://theoutlook.asia/suttsu-kamoenai-berlumba-jadi-chernobyl-baru/

Sedar bahagian timur lautnya amat terdedah kepada anc_a.man tsunami, Jepun mula membina benteng tsunami yang besar di kawasan pesisir pantainya. Benteng sepanjang 270 kaki itu yang diperbuat daripada konkrit dan menelan belanja 1.35 trilion yen (RM51.9 bilion). Bagaimanapun, ramai penduduk bimbang dengan kehadiran tembok ini, ia bakal memusnahkan potensi bandar atau perkampungan mereka sebagai tempat tarikan pelancong.

Rajah 2: Bangunan dan kawasan perumahan berhampiran sebuah benteng laut di Miyako. Sumber: Kim Kyung-hoon/Reuters.

RUJUKAN:

Machemer, Theresa. (2021). Remembering the Fukushima Nu.cle.ar Dis.ast.er Ten Years Later. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.