Mengimbau Insiden Terperangkap Pasukan Bola Sepak Di Gua Thailand

1,176

Terdapat sebuah gua di bahagian utara negara Thailand yang terletak di daerah Chiang Rai, iaitu gua Tham Luang. Gua ini merupakan satu tarikan kepada orang ramai dan pada kebiasaanya, terdapat ramai orang dari serata Thailand dan juga luar negara untuk berkunjung ke gua ini untuk menjalankan satu aktiviti lasak sambil meneroka jauh kedalam gua ini.

filename-vnth10-261-jpg
Tham Luang Cave – Tripadvisor

Daripada pintu masuk, terdapat satu laluan (passageways) yang amat dalam sehingga mencapai jarak 6 batu. Komposisi batu yang berada di dalam gua ini adalah daripada jenis batu kapur. Laluan yang adakalanya sempit, dan berpusing-pusing ini menghubungkan puluhan kawasan yang lebih besar di dalam gua ini. Kawasan tersebut dipanggil sebagai chamber.

Pada 23 Jun 2018, sekumpulan kanak-kanak daripada satu kelab bolasepak tempatan dibawa untuk menerokai gua ini oleh jurulatih mereka sebagai satu sambutan hari jadi untuk salah seorang kanak-kanak ini. Pada masa yang sama, musim hujan sudahpun bermula. Setelah mereka semua masuk ke dalam gua tersebut, hujan lebat dan ribut mulai melanda kawasan ini.

090718_thaicaveboys_env
Pasukan bolasepak dan jurulatihnya – 9News

Setelah mereka semua tidak pulang daripada latihan bola sepak, para ibu bapa kepada kanak-kanak ini mulai risau. Setelah mereka semua (para ibu bapa) membuat panggilan sesama sendiri untuk bertanyakan ke manakah gerangannya anak-anak mereka dan hanya selepas itu, barulah mereka mengetahui bahawa kesemua daripada kanak-kanak ini mengunjungi gua Tham Luang bersama jurulatihnya.

Setelah mereka semua berkunjung ke pintu masuk gua tersebut, mereka mendapati bahawa basikal kepunyaan anak-anak mereka disamping dengan beg dan kasut boot bolasepak ditinggalkan di laluan masuk gua ini. Apa yang membuatkan mereka bertambah risau adalah mereka dapat melihat arus air memasuki gua tersebut dengan cepat lantaran hujan berpanjangan sejak malam itu. Mereka mulai menghubungi pihak berkuasa untuk membantu anak-anak mereka yang berada jauh di dalam gua tersebut.

C
Basikal dan kasut but yang ditinggalkan di pintu masuk gua Tham Luang – The Thaiger

Beberapa ibu bapa yang terlalu risau mula membuat keputusan untuk memasuki gua tersebut. Malangnya, mereka tidak mampu untuk memasuki gua tersebut untuk lebih dalam memandangkan aras air yang mulai naik disamping dengan kelengkapan yang dipunyai mereka tidak sesuai untuk meneroka jauh ke dalam gua yang dibanjiri air ini. Beberapa orang pasukan penyelamat juga cuba membantu.

Pada lebih kurang jam 1.00 pagi, Governor daerah Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn membuat keputusan untuk menghentikan usaha mencari buat sementara waktu memandangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka semua. Narongsak memberitahu, mereka bukanlah terus menamatkan usaha menyelamat, sebaliknya megatakan bahawa dia perlu menunggu lebih ramai orang daripada agensi yang mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk menyelamatkan mangsa.

000_17B9IN
Musim Hujan yang kelihatan seperti tiada kesudahan – The Times

Akan tetapi, hujan lebat masih lagi belum berhenti, dan hal ini menyebabkan air hujan mula membanjiri laluan di dalam gua. Terdapat satu sungai yang terletak di bahagian utara gua ini, dan airnya mulai melimpah masuk ke dalam gua. Juga, daripada bahagian selatan kepada gua ini, paras air mulai meningkat. Buat masa ini, tiada apa-apa petunjuk bahawa kesemua 13 orang mangsa masih hidup ataupun tidak. Mereka kekal optimistik, dan tidak akan berundur diri selagi mereka tidak mengetahui dengan pasti bahawa keadaan mangsa di dalam gua tersebut.

Pada hari berikutnya, beberapa orang yang mempunyai pengalaman dalam menjelajah gua di seluruh dunia yang digelar sebagai cavers tiba di gua Tham Luong. Salah seorang cavers ini adalah Verne Unsworth, yang berasal dari Britain. Dia mempunyai pengalaman tinggi dan telah menghabiskan masa bertahun-tahun membuat kajian dan meneroka Gua Tham Luang.

Setelah berbincang buat beberapa waktu, Verne dan pasukannya mulai mendaki gunung yang menempatkan gua ini. Dia tahu terdapat satu lagi pintu masuk gua tersebut dan cuba untuk melihat kebarangkaliannya untuk masuk ke dalam gua menerusi laluan tersebut. Kemudian, Noppadon Upopakham, iaitu profesional caver tempatan tiba bersama pasukannya untuk membantu.

Apabila beberapa cavers bersama Noppadon ini cuba untuk masuk dan melihat sendiri keadaan dalam gua tersebut, terutama sekali pada paras air, dia mendapati bahawa pada sesetengah laluan, paras air meningkat sehingga ke paras leher mereka, dan ada beberapa kawasan di mana paras airnya lebih tinggi sehingga menjejak siling gua ini. Maka, daripada sinilah mereka mendapati bahawa orang yang paling sesuai untuk menyelamatkan kesemua mangsa ini adalah penyelam berpengalaman yang mempunyai kepakaran di dalam penyelaman di dalam gua, atau dipanggil sebagai cave divers.

Sebagai satu lagi langkah menyelamat sementara menunggu cave divers untuk tiba ke kawasan tersebut daripada negara asing, kerajaan Thailand menghantar pasukan tentera elit negara mereka, iaitu Thai Navy Seals. Salah seorangnya adalah penyelam berpengalaman merangkap doktor perubatan di dalam pasukan tentera negara Thailand, iaitu Lt Colonel Dr Pak Loharachun. Dua persoalan yang paling penting masih lagi menjadi tanda tanya kepada mereka semua, iaitu keadaan mangsa yang terperangkap di dalam gua tersebut sama ada mereka masih hidup ataupun tidak dan juga lokasi mereka semua secara spesifik.

800_cb323349992b88fa0c9c2b3b4a9c9e26
Lt Colonel Dr Pak Loharachun – nationthailand

Hujan masih lagi berterusan, dan pasukan penyelamat ini mula membincangkan mengenai kebarangkalian lokasi mangsa merujuk kepada satu peta yang telah dilakar oleh beberapa cavers yang berasal dari Perancis. Walaupun peta ini dilakar pada tahun 1980-an, tidak banyak perubahan yang berlaku daripada segi laluan dan chamber yang berada di dalam gua ini yang mempunyai kedalaman sejauh 6 batu..

Merujuk kepada peta ini, walaupun hujan lebat masih lagi tidak henti-henti, terdapat beberapa chamber dan kawasan yang dikira sebagai kering dan tidak dinaiki air. Justeru, mereka mulai membuat anggapan tentang lokasi mangsa yang berada di dalam gua ini. Salah satu kawasan yang berada di dalam gua tersebut, yang dipanggil dengan nama Pattaya Beach menjadi satu kemungkinan besar bahawa kesemua mangsa menjadikan kawasan ini untuk kekal kering dan pada masa yang sama mempunyai ruang yang sedikit luas berbanding kawasan lain. Ruang besar sebegini juga boleh mengelakkan kemungkinan untuk para mangsa tidak mendapat udara yang mencukupi untuk mereka bernafas.

Namun, lokasi ini terletak sejauh 2 kilometer daripada pintu masuk gua ini dan paras air masih lagi tinggi menyebabkan kesukaran untuk mana-mana pasukan menyelamat tiba. Kegelapan, dan keadaan air yang keruh menyukarkan lagi usaha para penyelamat untuk cuba pergi ke Pattaya Beach ini. Dalam hari-hari berikutnya, pasukan Thai Navy Seals ini cuba menyelam sejauh mana yang mungkin.

Satu tali diletakkan di dalam gua sebagai panduan untuk memudahkan para penyelam dan mengelakkan mereka daripada sesat kerana keadaan di dalam gua ini amat kompleks, dan ditambah pula dengan keadaan air yang keruh dan gelap boleh menyebabkan seseorang berasa disorientated yang mempunyai kemungkinan yang amat tinggi untuk mereka maut.

Satu lagi masalah yang kritikal adalah jumlah udara yang terhad di dalam tangki penyelam ini yang akan mengehadkan lagi kedalaman yang mereka boleh capai. Hal ini adalah kerana mereka hanya boleh menggunakan 50% sahaja jumlah udara untuk pergi ke dalam gua kerana 50% lagi udara perlu digunakan untuk mereka keluar semula daripada gua ini.

Setakat itu, tiada lagi mangsa yang ditemui mahupun m4yat, menandakan 2 kemungkinan iaitu mangsa masih lagi hidup tetapi berada pada lokasi yang lebih dalam ataupun mangsa sudahpun m4ti, dan m4yat mereka terletak jauh lagi lebih dalam.

eac0c9debe982f2535d3463366b7d07e
Perancangan pemasangan waterpump untuk mengepam air keluar daripada gua ini – Meawww

Keadaan hujan yang tak henti-henti turun mengakibatkan paras air semakin tinggi. Pam berskala industri digunakan untuk menyedut air keluar daripada gua tersebut dalam usaha untuk menurunkan paras air untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat.

Usaha mereka nampak tidak berhasil apabila paras air masih lagi meningkat tetapi pada kadar yang sedikit perlahan Pasukan penyelamat ini juga tidak pasti tentang keadaan di Pattaya Beach itu sama ada ruang tersebut telah dibanjiri air ataupun masih lagi kering.

72 jam kemudian, risiko untuk mangsa menghadapi dehidrasi amat tinggi kerana air yang berada di dalam gua tersebut tercemar dan tidak sesuai untuk diminum. Hal ini menekan lagi tekanan pada pasukan penyelamat bagi mereka mempercepatkan lagi usaha untuk menyelamatkan mangsa ini.

Pada hari keempat, cerita ini terbebas di media daripada seluruh dunia. Hal ini merupakan satu kebaikan memandangkan lebih ramai orang yang berpengalaman dalam usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam gua tiba untuk menghulurkan bantuan. Insiden ini menjadi satu usaha menyelamat di peringkat antarabangsa.

Pintu masuk alternatif yang terletak di atas gunung tidak menjaminkan bahawa sistem laluan tersebut bersambung dengan sistem laluan di mana mangsa berada. Walaupun terdapat peta yang cukup lengkap pada bahagian pintu masuk gua ini yang utama, namun, tiada peta yang menunjukkan laluan alternatif ini.

5b455830c0229b1b008b45fa
Anggota Navy SEALS Thailand – Business Insider

Thai NAVY Seal, sama seperti pasukan elit tentera laut di seluruh dunia memang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam penyelaman, namun, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menyelam di dalam gua. Kerajaan Thai mula meminta dan merayu untuk mana-mana insan yang mempunyai kepakaran dalam penyelaman gua untuk membantu mereka.

Pada hari ke lima, Rick Stanton dan John Valentin tiba daripada Britain. Mereka merupakan ahli daripada British Cave Rescue Council dan Penyelam Penyelamat (Rescue Diver) bertaraf dunia. Mereka berdua terus memakai peralatan menyelam dan cuba menganalisis keadaan yang mereka bakal tempuhi. Eric Brown dan Yvonne Karadzic juga tiba. Mereka juga merupakan cave diver yang bertaraf dunia berdasarkan pengalaman yang mereka ada.

TELEMMGLPICT000168260214_trans_NvBQzQNjv4BqhKq8QifK-P1o-YGUZkIFVHBSm7lDAYsKPDo8uK6PfZI
Rick Stanton (kiri) dan John Volanthen merupakan penyelam bertaraf dunia – Telegraph UK

Daripada sini, bukan sahaja kepakaran mereka yang diperlukan, malahan, mereka ini semua mempunyai peralatan yang istimewa, khusus untuk usaha menyelamat di dalam gua. Selain itu, pihak kerajaan Thailand menghubungi Amerika Syarikat untuk meminta bantuan. US Airforce Para Rescue Troops secara sukarela menawarkan bantuan. Kumpulan elit yang diketuai oleh Major Dr Charles Hodges ini sememangnya dilatih untuk menyelamat mangsa tak kira apa dalam keadaan apa sekalipun. Mereka tiba dan terus membuat perjalanan ke gua ini.

Satu lagi insan yang ingin membantu, iaitu Thanet Natsiri yang merupakan jurutera groundwater membawa idea untuk merendahkan paras air yang berada di dalam gua ini. Selain daripada pam, dia cuba mencari jalan untuk mengalihkan aliran sungai menjauhi kawasan gua. Beratus meter paip digunakan untuk mengalihkan aliran sungai ini, dan usaha ini ternyata berjaya apabila paras air di dalam gua tersebut mulai untuk stabil walaupun hujan masih lagi berterusan.

Pada hari ke-7, risiko kebuluran mulai muncul kepada mangsa ini dan ketahanan mental mereka ditakuti semakin lemah sekiranya mereka masih hidup. Usaha Thanet mengalihkan aliran sungai ini mulai menunjukkan kejayaan apabil paras air untuk setengah batu pertama ke dalam gua ini berjaya diturunkan melebihi daripada 50%. Hal ini menjadikan setengah batu pertama ke dalam gua boleh berjalan sahaja tanpa menyelam.

5b3b928232245c1a008b4800-1136-852
Peta Laluan di dalam Gua daripada atas – The Forbes

Tangki udara juga dihantar jauh ke dalam gua ini untuk memudakan usaha menyelamat di samping menyingkirkan risiko untuk penyelam yang kehabisan udara. Mereka melonggokkan tangki ini pada satu kawasan yang menjadi checkpoint untuk para penyelam yang dinamakan sebagai chamber 3.

Pada hari ke-10, selepas berjam-jam di dalam laluan gua yang sempit dengan keadaan air yang mengganggu pandangn penyelam ini, akhirnya Rick Stanton berjaya tiba di Pattaya Beach. Malangnya, tiada seorang pun mangsa yang berada di situ. Dengan tekad dan usahanya, Rick meneruskan lagi penyelaman untuk mencari mangsa ini dan dalam beberapa puluh meter di hadapan, dia menemui satu kawasan yang mengandungi air pocket.

Selepas menyuluh pada kawasan ini, Rick akhirnya berjaya menemui kesemua mangsa yang terperangkap di dalam gua ini. Hal ini menjadi satu kejayaan yang amat besar buat pasukan penyelamat. Mereka semua berada lebih daripada 305 meter ke dalam daripada Pattaya Beach. Keadaan mangsa yang masih hidup ini membuatkan kesemua ibu bapa gembira dan bersyukur, namun, hal ini merupakan 50 peratus sahaja penyelesaian di mana mereka perlu memikirkan kaedah untuk membawa kesemua mangsa keluar daripada gua tersebut.

thailand-soccer-team-boys-coach-rescued
Imej yang membuatkan kesemua para ibu bapa dan pasukan penyelamat lega – Time

Sementara perancangan dibuat, Lt Colonel Dr Pak Loharachun mulai menyelam ke arah kawasan yang menempatkan kesemua mangsa ini untuk memeriksa mereka daripada dan memberikan bantuan perubatan. Dia bersyukur kerana kesemua mangsa ini walaupun kebuluran, namun mereka semua masih boleh bergerak dengan normal dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Keadaan kesemua mangsa ini yang masih normal sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan untuk membawa mereka keluar daripada gua.

Lt Colonel Dr Pak Loharachun juga membawa makanan dan membuat keputusan untuk tinggal bersama mereka sementara menunggu tindakan pasukan penyelamat yang seterusnya tiba. Kelakuan Dr Pak ini adalah sebagai pertolongan daripada segi sokongan moral dan menghilangkan perasaan stres dan takut mangsa-mangsa ini. Sebenarnya, meletakkan mangsa dalam keadaan yang tenang sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan kadar pernafasan mereka semua.

_102389400_thai_cave_camp_976-nc
Kem Penyelamat yang berada di luar Gua – BBC

Walaupun chamber yang mereka tinggal ni agak luas, keadaan udaranya dipercayai menjadi semakin bahaya kerana kekurangan oksigen di samping peningkatan jumlah gas karbon dioksida yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak ini. Juga, pada awalnya, iaitu dalam masa 10 hari sebelum mereka dijumpai, jurulatih yang terperangkap bersama-sama kanak-kanak ini mengajar cara untuk meditate, juga sebagai satu cara untuk menjimatkan penggunaan oksigen di dalam kawasan tersebut.

Ibu bapa mangsa yang terselamat menulis beberapa keping surat dan diberikan kepada pasukan penyelam untuk disampaikan kepada mangsa dan khasnya, untuk jurulatih anak-anak mereka yang melalui perkara ini dengan tabah di samping memberi jagaan yang baik kepada anak-anak mereka.

Sekarang, para penyelamat mula berbincang dengan satu sama lain mengenai pelan menyelamat. 3 kaedah dibincangkan dengan teliti mengenai risikonya. Antara pelan yang dibincangkan adalah

becde1add2a7a5691ba2be2d87655250
3 Pelan Utama Pasukan Penyelamat – Telegraph
  • Memberi bekalan makanan dan keperluan asas kepada kesemua mangsa yang terperangkap yang dihantar melalui kumpulan penyelam-penyelam ini. Hal ini adalah untuk memberikan masa sehingga musim hujan berlalu. Akan tetapi, disebabkan semasa itu, musim hujan baru sahaja bermula, untuk menunggu perubahan musim ini mengambil masa berbulan-bulan lamanya.
  • Menghantar penyelam dan membawa keluar seorang demi seorang melalui laluan yang sempit dan berbahaya. Risiko amat tinggi kerana sekiranya mereka memberikan kelengkapan menyelam yang terbaik sekalipun untuk mangsa-mangsa ini, mereka tidak mempunyai pengalaman, apatah lagi ada yang tidak pernah menyelam pun sebelum ini. Kesan kalustrofobik, ditambah pula dengan jarak yang jauh untuk keluar semula daripada mulut gua ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa cemas dan panik. Dalam penyelaman gua, cemas dan panik bermaksud m4ti.
  •  Mengorek laluan alternatif daripada atas gunung menggunakan gerudi berkapasiti tinggi untuk membuat laluan yang membolehkan mereka keluar melalui cara alternatif. Akan tetapi, proses penggerudian ini boleh mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai ke arah kanak-kanak tersebut.
_102289763_maptahi2-nc
Laluan Gua Yang Menempatkan Kesemua Mangsa – BBC

Perbincangan demi perbincangan dilakukan, dan setelah kesemua ahli pasukan penyelamat ini bersetuju bahawa faktor masa merupakan faktor yang menentukan hidup atau m4ti kanak-kanak ini, mereka membuat pilihan nombor dua, iaitu high risk rescue dive.

Masa menjadi satu perkara yang amat kritikal kerana pertama; keadaan udara di dalam gua tersebut semakin rendah kandungan oksigennya kerana mangsa-mangsa ini terperangkap melebihi 10 hari disamping dengan ketibaan pasukan penyelamat yang juga menggunakan oksigen di dalam gua tersebut setelah mereka keluar daripada air.

Dua: walaupun paras air semakin rendah, namun, ramalan cuaca tidak dapat ditentukan dengan 100 peratus ketepatan. Pada bila-bila masa sahaja hujan boleh turun dengan lebatnya, dan menyebabkan keseluruhan kawasan gua dimasuki air, yang membawa risiko kepada kanak-kanak tersebut seperti hypoxia akibat kelemasan ataupun hypothermia akibat suhu air yang terlalu sejuk disamping keadaan nutrisi mangsa yang rendah akibat tidak makan pada masa yang agak lama.

Percentage-effects-of-oxygen-deficiency-e1511963174944
Peratusan Oksigen dan Gejala Yang Akan Dialami Oleh Mangsa – Safety Check Guides

Satu alat yang boleh menganalisis kandungan oksigen di dalam udara menunjukkan kadarnya berada pada 15%, iaitu rendah daripada kandungan oksigen normal yang berada pada 21%. Kepekatan oksigen pada 15% ini tidaklah boleh mengakibatkan apa-apa kesan kepada mangsa, tetapi, kepekatan oksigen ini semakin hari akan menjadi semakin rendah. Satu lagi elemen gas yang berbahaya di dalam udara adalah gas karbon dioksida.

Untuk mengatasi masalah ini, para penyelamat membina satu sistem untuk membawa satu per satu tangki gas ini ke dalam gua. Pada hari ke-14 usaha menyelamat, salah seorang penyelam berpengalaman dan bekas Thai Navy SEAL, Saman Kunan yang baru sahaja menghantar 3 tangki udara ke dalam gua ini tidak semena-mena pengsan dan berhenti bernafas semasa dalam perjalanan keluar daripada gua tersebut.

Saman_Kunan
P/O Saman Kunan – abc.net

CPR dilakukan pada jam 8.30 malam dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk membantunya, namun, dia akhirnya disahkan men!nggal dunia pada jam 1.00 pagi. Gabungan kekurangan oksigen iaitu hipoksia bersama dengan kandungan gas karbon dioksida yang tinggi iaitu hypercapnia/hypercarbia disyaki menjadi salah satu punca kem4tiannya. Hal ini menyebabkan moral dan motivasi pasukan penyelamat dan penyelam gua menjadi rendah pada awalnya.

Akan tetapi, kesemua anggota penyelamat menjadi semakin bersungguh-sungguh dan tekad untuk memastikan kem4tian Saman ini tidak menjadi satu perkara yang sia-sia. Mereka mulai berbincang semula tentang kaedah yang sesuai dan membuat perancangan yang baru. Sesetengan ahli pasukan penyelamat membuat cadangan untuk menunggu sahaja musim hujan berlalu.

5a622ea255346.image
Metereologist Daripada Weather Decision Technology yang memberi sokongan daripada segi ramalan cuaca – Tulsa World

Tetapi, perkara ini tidak praktikal. Satu lagi bantuan dihulurkan daripada pihak Weather Decision Technologies yang bertempat di Norman, Oklahoma. Beberapa pakar metereologist daripada syarikat berkenaan memberikan satu berita buruk kepada pasukan penyelamat, iaitu angin monsun yang membawa hujan bersamanya baru sahaja bermula di kawasan utara Thailand.

Hujan dijangka menjadi semakin lebat pada hari ke sehari dan pada masa yang sama, durasi musim ini akan berkekalan sehingga 4 bulan lamanya. Hal ini secara terus menyingkirkan kaedah nombor 1 di mana keadaan ini meletakkan kesemua pasukan penyelamat dengan satu kaedah sahaja, iaitu kaedah nombor dua yang pada awalnya tergendala seketika selepas kem4tian Saman Kunan.

ap-18181176511555
Permulaan Operasi Menyelamat Besar-Besaran – cbsnews

Pada hari ke-15, Menteri Dalam Negeri Thailand membuat pengumuman untuk memberikan kata putus mengenai kaedah untuk membawa keluar kesemua mangsa yang terperangkap dalam gua ini, iaitu pilihan yang kedua, percubaan menyelamat melalui penyelam yang berisiko tinggi,

Mereka mengetahui bahawa meletakkan kesemua 13 orang kanak-kanak yang tidak pernah menyelam dengan peralatan scuba, melalui laluan yang sudahpun menyebabkan kem4tian seorang penyelam berpengalaman adalah satu risiko yang amat tinggi. Namun, mereka tidan ada pilihan lain selalin daripada kaedah tersebut.

Rick Stanton yang merupakan penyelam daripada British Cave Rescue Council dipilih untuk mengetuai cadangan sebegini. Dia melakukan percubaan dan ujian di sebuah kolam renang yang terletak berdekatan dengan kawasan ini. Kaedah yang bakal digunakan untuk membawa keluar kesemua mangsa sememangnya tidak pernah digunakan sebelum ini, akan tetapi, kerajaan Thailand meletakkan kepercayaan kepada Rick kerana mereka tahu kebolehan, pengetahuan dan pengalaman Rick adalah yang terbaik di dunia.

Kaedah yang digunakan ini adalah dengan menghantar seorang penyelam untuk setiap seorang mangsa. Untuk memastikan mangsa ini tidak panik kerana terpaksa melalui laluan air yang keruh dan gelap, beberapa cara untuk mengatasi hal ini digunakan.

S__16400552
Jenis Full Face Maskyang DIgunakan – Khaosod English

Jenis Full Face Maskyang DIgunakan – Khaosod English

  • Mereka perlu menyediakan full face mask, iaitu sejenis mask yang membolehkan seseorang itu bernafas menggunakan hidung dan mulut. Mask sebegini berlainan dengan regulator konvensional yang biasa digunakan oleh seseorang penyelam. Keselesaan mangsa untuk bernafas dengan mudah merupakan satu langkah yang boleh mengatasi perasaan cemas, takut dan panik.
  • Posisi mangsa akan disangkutkan dengan cara di mana bahagian kepala mangsa akan berada pada dada anggota penyelamat. Kedudukan sebegini penting untuk memastikan apa-apa sahaja yang menghalang laluan, seperti bongkah batu yang berada di siling akan dilanggar oleh anggota penyelamat terlebih dahulu.
  • Kesemua mangsa ini akan diberikan ubat sedatif untuk memastikan mereka tidak menggelupur sekiranya terdapat sesuatu keadaan yang mencemaskan. Keadaan panik ini bukan sahaja membahayakan nyawa mangsa, malahan, nyawa anggota penyelamat juga menjadi taruhan sekiranya perkara sebegini terjadi.
nz-thaicave-120718
Ubat Sedatif yang Diberikan Kepada Mangsa – The Straits Time

Dr Pak bekerjasama dengan seorang doktor yang bernama Dr Richard Harris, iaitu seorang pakar bius dan penyelam gua yang berpengalaman yang berasal daripada Australia. Dia bertanggungjawab untuk menentukan dos yang sesuai untuk setiap mangsa ini kerana sekiranya dos terlalu tinggi diberikan, mangsa akan berhenti bernafas, dan sekiranya dos yang rendah diberikan, mangsa tidak akan kehilangan kesedaran sepenuhnya, yang boleh menyebabkan mereka panik dan menggelupur semasa dalam perjalanan keluar daripada gua tersebut.

Ubat yang digunakan dipercayai mengandungi 2 jenis penenang, iaitu Valium dan juga Ketamine. Gabungan kedua-dua ubat ini akan meletakkan mangsa dalam keadaan yang dipanggil sebagai dissociative anaesthesia yang bermaksud tiada gangguan daripada segi pernafasan setiap mangsa ini tetapi mereka tidak akan berupaya untuk berasa cemas dan gelabah akibat komponen ubat ini sendiri yang mempunyai kesan yang menenangkan.

Pada 8 Julai, iaitu hari ke-16, misi menyelamat besar-besaran akan dimulakan. Kesemua tangki udara untuk kegunaan kecemasan telahpun digantung pada beberapa lokasi yang strategik. Rope rescue system juga telahpun dipasang untuk memudahkan pergerakkan penyelam. 13 buah ambulans, satu untuk setiap seorang mangsa dihantar untuk menerima mana-mana mangsa yang berjaya diselamatkan. Antidote/Reversal agent untuk ubat sedatif yang bakal digunakan juga telah disediakan. 

Di dalam tempat lokasi mangsa itu, Dr Pak telahpun menerangkan segala pelan yang dirancang untuk membawa mangsa keluar daripada gua tersebut. Kesemua mangsa berasa sedikit lega dan sudah bersedia untuk meninggalkan gua tersebut. Jadi, pasukan penyelam daripada British Cave Rescue Council mula menyelam ke arah mangsa ini seorang demi seorang. Mereka perlu menyelam berseorangan untuk sampai ke lokasi mangsa, di mana jaraknya adalah lebih kurang 365 meter dengan laluan yang sempit iaitu di sekitar 60 cm.

ES-CAVE-RESCUE-COMPOSITE-INSET
Kedudukan dan Perancangan untuk Mengeluarkan Mangsa – The Sun

Di setiap chamber yang berasingan dan kering ataupun separa tenggelam, beberapa orang anggota penyelamat turut berada di situ untuk mengambil mangsa daripada penyelam pertama dan menghantarnya kepada penyelam yang kedua. Juga, mereka yang menunggu di lokasi ini bertanggungjawab untuk memastikan tangki udara yang digunakan oleh penyelam satu dan tua sentiasa di tukar untuk setiap mangsa disamping memastikan bahawa kedudukan full face mask yang dipakai oleh mangsa ini tertutup dengan rapi.

Terdapat beberapa masalah seperti helmet penyelam ini yang tersangkut pada bongkah batu dan juga keadaan visibility yang sangat rendah sehinggakan setiap penyelam terpaksa menggunakan tangan untuk merasai tali yang dijadikan panduan untuk mereka memastikan bahawa mereka sedang menghala ke arah yang dirancangkan. Penyelam kedua terdiri daripada Eric Brown, Yvonne Karadzic dan beberapa penyelam yang lain yang mana akan menghantar dan menyerahkan mangsa kepada kumpulan penyelam yang ketiga iaitu US Airforce Para Rescue Troops.

cave-diver-featured
Insan Yang Membantu Mangsa Daripada Seluruh Dunia – Mothership

Dengan bantuan rope rescue system yang disediakan oleh mereka ini, usaha membawa keluar mangsa menjadi semakin mudah walaupun kedudukan mereka berada pada jarak 800 meter daripada mulut gua, Mangsa yang dikeluarkan dengan segera dihantar ke hospital berdekatan. Pada hari ke-18, kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mempunyai apa-apa komplikasi jangka masa panjang.

Mana-mana anggota penyelamat yang masih perlu keluar daripada gua ini pada awalnya hampir sahaja bertukar menjadi tragedi di mana pada hari ke-18, beberapa pam yang mengalirkan air keluar daripada gua mulai rosak dan tidak berfungsi. Paras air yang semakin meningkat menyebabkan mereka terpaksa keluar daripada gua ini dan meninggalkan sahaja segala peralatan yang mereka bawa.

Infografik yang merumuskan segalanya – The Straits Time

Insiden ini menunjukkan betapa hebatnya nilai kemanusiaan yang ada daripada seluruh dunia di kala sesetengah negara menghadapi kesukaran dan memerlukan bantuan. 10,000 anggota penyelamat daripada seluruh dunia yang hadir menjadikan misi menyelamat ini yang pada awalnya nampak tidak mustahil, tetapi kini menjadi mustahil.

Lupakan pergaduhan dan peperangan kerana keadaan sehebat ini akan berjaya dicapai apabila manusia berjaya bekerjasama sepenuhnya tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

*AMARAN:

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pembetulan maklumat, saya mohon untuk diletakkan di ruangan komen mahupun DM kami secara peribadi. Mana-mana komen yang berunsurkan carutan, biadab, boleh menimbulkan pergaduhan serta tiada nilai sensitiviti dan menghormati satu sama lain akan dipadam serta-merta, terima kasih.

RUJUKAN:

  • Dokumetari NOVA bertajuk Thai Rescue Cave dengan kerjasama David H Koch Fund for Science dan Corporation for Public Broadcasting.

Pautan kes berkaitan dengan Penyelaman Daripada Penulis Yang Sama

  1. https://www.thepatriots.asia/penyelam-yang-bers3madi-selamanya-di-dasar-gua/
  2. https://www.thepatriots.asia/tragedi-byford-dolphin-oil-rig/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.