Mengikir Dan Memahat Gigi

385

Sebelum ini, saya pernah menulis beberapa rencana mengenai modifikasi tubuh badan manusia. Bermula dengan neck coils di sempadan Vietnam-Thailand dan foot binding di negara China. Kali ini, kita akan ke gugusan kepulauan yang terletak di Sumatera, Indonesia.

Mengikut kepada jenis-jenis modifikasi tubuh badan ini, ada yang membuat perkara itu pada kulit, pada mata, leher, kaki dan untuk rencana kali ini, pengubahsuaian ini dilakukan pada gigi.

Antara jenis-jenis pengubahsuaian yang dicatatkan dalam sejarah adalah seperti menghitamkan gigi, mengikir gigi untuk menjadikan gigi taring tidak tajam supaya nanti mereka boleh dibezakan antara haiwan dan manusia untuk pintu ke syurga yang dilakukan oleh masyarakat Bali, tetapi, sebaliknya berlaku pada masyarakat yang menetap di sebuah perkampungan yang didiami oleh suku kaum Mantawai.

Sumatran Archipelago -Freepik

Mengikut kepada pemahaman mereka, semasa awal penciptaan makhluk di muka bumi ini, untuk spesis kita ini dibahagi kepada dua, iaitu dunia manusia dan dunia alam ghaib. Terdapat roh yang mendiami dalam jasad seorang manusia, dan dunia manusia ini seringkali mendapat serangan atau ajakan untuk mereka menyertai alam ghaib.

Oleh yang sedemikian, adalah menjadi tanggungjawab seseorang manusia untuk menyeimbangkan di antara jasad dan roh. Bak kata Thanos, semua perkara di dunia ini perlu diseimbangkan. .

Tetapi, bagaimanakah cara untuk menjadikan roh dan jasad itu seimbang? Jawapannya adalah dengan cara menggembirakan roh mereka. Bagaimana nak menggembirakan roh seseorang itu pula? Jawapannya adalah dengan pelbagai kaedah menghiasi tubuh badan mereka.

Untuk lelaki, kebanyakan suku kaum ini suka membuat tatu pelbagai corak di lengan dan di kaki mereka, dan untuk perempuan pula, upacara pemahatan gigi, atau teeth chiseling.

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan – Aziankhalil.com

Pada awalnya, kebanyakan budak perempuan yang sudah bergelar wanita perlu melakukan upacara ini, yang menjadi serampang dua mata iaitu untuk tujuan menggembirakan roh mereka, dan pada masa yang sama untuk kelihatan lebih cantik dan jelita. Kejelitaan itu adalah hak milik setiap insan, eh, silap, kecantikan itu ditafsirkan dengan mempunyai gigi yang dipahat dan dikikir supaya berbentuk ala baby shark dodododooo bagi kaum Mantawai ini.

Upacara ini pada awalnya agak meluas dlakukan oleh masyarakat di sana, akan tetapi diharamkan semasa pendudukan belanda pada 1920-an. Mana-mana yang masih mengamalkan upacara yang pada mereka hanya akan merosakkan gigi dan menjadikan seseorang itu cebnderung untuk mendapat penyakit lain sebagai komplikasi prosedur yang dilakukan tanpa bius ini. Mana-mana masyarakat yang masih mengamalkan budaya ini boleh dikenakan hukuman penjara.

Teeth Chiseling Procedure – Chris Hopkins 2016

Hal ini adalah kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk eksploitasi terhadap kaum wanita pada pandangan barat. Walhal, orang barat jugalah yang mempopularkan tagline “Beauty Is Pain” sewaktu mereka sibuk mempromosikan pemakaian korset pada era yang sama. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan tanggapan perkara ini yang dianggap sebagai satu bentuk penindasan kerana hanya kaum wanita sahaja yang dikenakan prosedur teeth chiseling ini sewaktu mereka mencapai akil baligh.

Disebabkan pengharaman tersebut, dan setelah Belanda keluar daripada Indonesia, maka tradisi ini mula dilakukan semula walaupun jarang-jarang. Upacara yang dianggap sebagai trending pada masyarakat Mantawai ini juga dilakukan oleh suku kaum Kamoro di selatan tanah air negara Papua New Guinea.

Up close and personal – Chris Hopkins 2016

Di dalam satu video yang telah diterbitkan oleh National Geographic, mereka menunjukkan upacara yang dilakukan oleh isteri kepada ketua kampung yang bernama Pilongi. Pilongi berjaya mengelakkan dirinya daripada terpaksa melakukan prosedur ini semasa dia masih kecil. Walau bagaimanapun, kini dia merupakan isteri kepada seorang lelaki yang dikira berkuasa di kampung mereka, justeru, dia mempunyai obligasi untuk menjadikan dirinya cantik pada pandangan suaminya.

Hal ini bukanlah atas desakan kulawarga mahupun suaminya walaupun ketika ditemubual, suaminya berkata sebegini

“Saya menyuruh isteri saya melakukan prosedur ini dan saya yakin bahawa dia akan bertambah cantik setelah selesai sahaja upacara yang menjadi tradisi golongan marhaen di kampung kami ini.”

Kendatipun agak risau dengan prosedur yang amat menyakitkan ini, Pilongi berkata:

“Saya tidak risau akan kesakitan yang akan saya alami, kalau dia (tukang pahat) tu nak memahat atau mengikir gigi saya, saya akan mebiarkannya sahaja kerana jika saya terlalu risaukan akan kesakitan, nanti saya tidak akan kelihatan cantik”

Jadi, semasa prosedur dilaksanakan, Pilongi terpaksa menahan kesakitan. Tukang membuat prosedur ini yang dipanggil sawman telahpun mengasah setiap instrumen yang bakal mereka gunakan kerana dia mengatakan, lebih tajam alat yang digunakan, lebih kurang kesakitan yang dialami oleh ‘pesakitnya’ yang sengaja mencari sakit itu.

Saraf Dari Gigi Ke Otak – Dental Anatomy

Tiada ubat bius digunakan semasa prosedur ini, dan untuk pengetahuan anda, saraf daripada gigi ini akan membawa isyarat kesakitan ke otak melalui saraf alveolar yang dihantar ke satu jenis saraf cranial yang dipanggil sebagai trigeminal nerve yang terletak di pangkal rahang di bahagian pipi manusia. Ini antara sebab mengapa setiap kali anda sakit gigi, anda akan rasa denyutan kesakitannya tiba di kepala anda.

Mommy Shark Do do do dooo – Noisebreak.com

Sekarang, cuba anda bayangkan ada seseorang yang sedang mengambil pahat serta kikir, dan mebuat prosedur ini kepada gigi anda. Pasti rasanya amat sakit dan ngilu. Untuk prosedur yang dilakukan oleh sawman ini, satu-satunya ‘bius’ yang digunakan adalah dengan mengarahkan Pilongi untuk menggigit pisang muda. Setelah prosedur itu tamat, Pilongi berasa amat gembira.

“Sekarang, gigi saya dah tajam, pasti saya kelihatan cantik untuk suami saya, dan dia tidak akan meninggalkan saya selamanya,” katanya selepas prosedur pembedahan itu tamat.

Walaupun tradisi ini masih lagi diteruskan, namun, prosedur ini kelihatan semakin lenyap ditinggal zaman. Ini merupakan berita yang baik kerana perbuatan menyakitkan badan sebegitu, dan akan menyebabkan risiko serta jangkitan kuman pada gigi dan seterusnya akan menyusahkan seseorang untuk makan hanya untuk kelihatan cantik pada tanggapan saya perlu dihentikan, sama seperti upacara mengikat kaki yang diamalkan oleh masyarakat China.

Tetapi, ada baiknya juga apabila gigi sudah tajam sebegitu. Mana-mana suami yang ada hubungan sulit dengan wanita lain, tak perlulah dia dibelasah dan dihentak sambil direkod di dalam sebuah klinik, sebaliknya, si isteri boleh sahaja menggunakan gigi itu untuk menggigit mana-mana anggota badan suami yang patut digigit, seperti… anda fikirlah sendiri, bak kata Maya Karin, think about it.

Pautan untuk siri rencana mengenai tradisi pengubahsuaian badan manusia

  1. Foot Binding https://www.thepatriots.asia/foot-binding-amalan-pelik-kecantikan-china/
  2. Neck Coils. https://www.thepatriots.asia/sains-disebalik-leher-panjang-etnik-kayan/

RUJUKAN:

  1. Teeth Chiseling at National Geographic Official Youtube Channel https://www.youtube.com/watch?v=314KpEm88LU
  2. Chiseled Teeth https://www.odditycentral.com/videos/indonesian-tribe-believes-chiseled-teeth-make-women-beautiful.html
  3. Tooth transfigurement in Indonesia https://www.odditycentral.com/videos/indonesian-tribe-believes-chiseled-teeth-make-women-beautiful.html
  4. Picture used in this articles were taken at http://www.asworldsdivide.com/archives/3898 and http://noisebreak.com/teeth-chiseling-terrible-traditions/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.