Isu yang tercetus semasa Mira Filzah mengenakan busana bukan Melayu memang menarik untuk dikupas lagi. Bagi yang tidak tahu, Mira telah dituduh mengaut keuntungan menggunakan unsur kebudayaan minoriti.

Cuma menariknya Mira Filzah memakai pakaian Hindi; yang gelabah terasa pula bangsa Tamil. Mungkin semangat Indianisasi yang memain peranan. Apa-apa pun hipokrasi ini sebenarnya tiada tempat pun di Malaysia, melainkan jika benar ada isu berbangkit.

Untuk pengetahuan semua, ada beza antara perkongsian budaya dan penj4rahan budaya (cultural appropriation). Jika seorang Tamil memakai busana Melayu semasa Aidilfitri, itu hanyalah semangat untuk menyambut bersama.

Tetapi kalau model-model Cina misalnya digunakan dalam anjuran tayangan fesyen Tamil, itu penj4rahan budaya. Yalah – ramai saja warga Tamil yang tampan dan cantik untuk dijadikan model.

Lebih sesuai jika mereka saja mengenakan pakaian Tamil. Tetapi pilih pula Cina. Tidakkah gila namanya? Memang gila pun. Tetapi benda inilah Melayu mengharungi setiap masa sejak entah bila. Islam telah menjadi sebahagian dengan Melayu sebelum kemerdekaan lagi.

Ratusan hingga ribuan tahun dahulu, Melayu menimang sistem kesultanan yang tersergam dengan ciri-ciri Islamik. Jadi Islam takkan boleh terputus dengan Melayu pada hari ini.

Mungkin sebab itulah budaya Melayu dij4rah dan dir4mpas tanpa henti. Bukan main lagi selama ini produk-produk makanan tertentu diletakkan ciri-ciri Islam semata-mata untuk memancing Melayu.

Sedangkan pengeluar-pengeluar produk ini bukan Islam pun. Tulisan Jawi yang dipandang hina dan enteng boleh saja digunakan bagi tujuan pemasaran produk. Gambar masjid selamba dicetak pada bungkusan, pun atas tujuan pemasaran produk.

Dan perkara ini dibutakan mata saja, sedangkan dengan jelas ia menj4rah budaya Melayu untuk mengaut keuntungan yang bukan main banyak. Contoh paling mudah ialah Pau Ahmad. Ia dikatakan kuih pau halal sejak tahun 1985.

Pau Ahmad ialah jenama dimiliki PA Food. Maklumat lebih lanjut boleh didapati dalam laman sesawangnya, jelas sekali menggunakan simbol kubah masjid.

Pengasas syarikat ini pula bernama Ding Hong Sing yang diapit Vincend Liew, Nikko Ding, Cooldy Ding dan Loh Wei Haur. Produk mereka sememangnya berkualiti dan halal, yang dijamin oleh Fadhlin Ahmad Zaki.

Tiada masalah pun jika ingin beli Pau Ahmad. Malah jika kena dengan selera, kalian digalakkan beli. Walaubagamanapun jelas sekali teknik pemasaran yang menggunakan logo masjid memberikan “sense of belonging” kepada Pau Ahmad. Ia menyerap kebudayaan Melayu yang merupakan sasaran utama syarikat.

Berkenaan dengan isu perkauman pula, tidak adil jika PA Food diboikot kerana setakat ini tiada pun pertikaian terhadap syarikat ini. Malah Puan Anita yang sudah 10 tahun bekerja dengan PA Food siap dikalungkan anugerah “Staff of the Year” sebanyak lima kali.

Bukan Pau Ahmad sahaja harus ditekankan. Banyak lagi produk bukan Melayu di Malaysia menggunakan nama Melayu.

Tidak terhad pada makanan sahaja, minyak rambut pun ada juga. Tetapi setakat ini berapa tuduhan dilemparkan terhadap mereka? Bahawa ini ialah r4mpasan budaya untuk kepentingan perniagaan.

Kalau berasa iri hati terhadap Mira Filzah, tidak perlu ungkit pasal budaya. Harus diselidik dulu pembekal lehenga tersebut, kerana tiada istilah r4mpasan budaya dalam negara ini.

Jika tabiat buruk ini dibiasakan, kaum Melayu ada sebab jauh lebih banyak untuk mengaduh. Tentu sekali ia boleh menjauhkan lagi hubungan antara kaum, sampai penjual nasi lemak Tamil pun silap haribulan boleh runsing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.