“Ni bukan anak bapak, anak setan namanya”

Itu merupakan antara dialog-dialog yang pernah diucapkan oleh seniman AR Tompel. Pemilik nama sebenar Aman Ramli Jaafar ini tidak perlulah diperkenalkan lagi.  Keiistimewaan beliau yang bersahaja cukup membuat kita ketawa tak kering gusi.

Karier beliau seorang anak seni jauh lebih awal dari P.Ramlee. Bermula dengan menyertai kumpulan bangsawan yang diberi nama Kris Opera sebagai Tap Dancer. Setelah berhijrah ke Singapura pada 1946, beliau sering memanggung di tempat-tempat kesukaan ramai seperti New World dan Happy World. Sekitar hujung 40’an beliau menyertai Malay Film Production. Antara filem yang pernah dilakonkan oleh beliau ialah Nilam, Aloha, Rachun Dunia, Dewi Murni dan Bapa Saya. Di dalam filem-filem inilah AR Tompel mula berlakon bersama P.Ramlee.

AR Tompel di dalam filem Bapa Saya: Kredit, Repair Gambar Lama.

Pada awal 50’an, beliau telah menyertai Nusantara Film dalam diam. Bagi mengelakkan keterlibatannya, beliau menggunakan nama samara iaitu Armaya. Sepanjang di Nusantara Film, beliau telah mengarahkan beberapa buah filem seperti Perkahwinan Rahsia, Seniati Chinta Murni, Sehati Serasa, dan Sesal Tak Sudah. Beliau juga telah menjadi pengarah berbangsa Melayu pertama apabila beliau mengarahkan filem Perkahwinan Rahsia pada 1951.

Tidak lama kemudian, pihak MFP mengetahui juga keterlibatan beliau bersama Nusantara Film, beliau pun berhenti dari syarikat tersebut dan kembali beraksi di lawak pentas dan bangsawan. Namun nama beliau mula terpampang di dada akhbar apabila beliau berhijrah ke Merdeka Studio pada 1960. Kali ini, tumpuan beliau bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi lebih banyak kepada di belakang tabir seperti pengarah, cerita asal dan penulis skrip. Di sinilah karier beliau kembali melonjak dan  kembali berlakon bersama P.Ramlee seperti trilogi Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69 dan lain-lain lagi.

Pada tanggal 30 Januari 1973, beliau dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan setelah berjumpa dengan Seniman Yusoff Surya di kedai milik beliau (Yusoff Surya) di Setapak. Yusoff Surya merupakan pelakon yang memegang watak ketua Polis di dalam filem Nasib Do Re Mi.

Babak di dalam filem Do Re Mi : Kredit HAR

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. Hari ini genap 49 tahun pemergian insan ulung ini. Di dalam arena filem klasik melayu, tidak salah jika saya mengatakan AR Tompel juga layak tarafnya bersama P.Ramlee kerana kerjaya beliau yang bermula dari penyanyi, penari joget, pelakon dan pengarah.

Sebuah artikel di majalah mengenai pemergian AR Tompel. Kredit: Anda Reka

Alfatihah ARMAYA @ Aman Ramli Jaafar @ AR Tompel

(24 Oktober 1918 – 30 Januari 1973 )

RUJUKAN:

P.Ramlee, Erti Yang Sakti

Blog Mustafa A.R

Temubual bersama Datuk Dr Ahmad Nawab.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.