Jika berbicara mengenai politik orang Melayu di Singapura, nama beliau bukanlah asing di dalam sejarah perjalanan politik orang Melayu di Singapura sekitar 50 dan 60an. Othman Wok merupakan satu sosok yang tidak asing lagi di dalam era sejarah politik Melayu di Singapura.

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 dan berasal dari keturunan Orang Laut. Beliau membesar seperti kebanyakan orang Melayu yang lain pada ketika itu di kampung kelahirannya. Othman juga antara generasi Melayu terawal yang mendapat tawaran pendidikan untuk belajar Bahasa Inggeris daripada kerajaan British. Sejak di bangku persekolahannya, Othman memang berminat untuk menjadi wartawan.

Setelah p3rang tamat, Othman menyertai Utusan Melayu dan bekerja sebagai wartawan . Tidak lama kemudian, beliau menerima tawaran daripada Yusof Ishak untuk menjadi penyunting akhbar tersebut. Pada tahun 1950, Othman telah dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan British dan menyambung pelajarannya di London School Of Journalism.

Sekembalinya beliau dari London dan menjelang pertengahan tahun 50an beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung Singapore Printing Employees Union (SPEU) yang memperjuangkan hak kebajikan pekerja khususnya dari segi gaji dan sosial. Dari situlah beliau mula mengenali Lee Kuan Yew. Beliau juga turut menjadi antara pengasa Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Selepas tertubuhnya Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada tahun 1954. Othman menyertai parti tersebut dan menjadi pengantara diantara masyarakat Melayu dan parti politik itu. Di awal penubuhan PAP, beliau terlibat di dalam bahagian lidah rasmi PAP, Petir, sesuai dengan pengalamannya di dalam Utusan pada sebelumnya.

Pada tahun 1959, beliau disokong oleh Ahmad Ibrahim untuk menjadi Ketua Cabang bagi kawasan Tampines//Geylang Serai. Pada tahun yang sama, beliau bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kampong Kembangan. Walaubagaimanapun, beliau kalah tipis di dalam pertandingan tersebut.

Empat tahun kemudian, beliau memenangi kerusi bagi Parlimen Pasir Panjang dan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Editor di Utusan Melayu bagi menumpukan karier beliau ke arah politik.  Beliau menjadi ahli parlimen berbangsa Melayu pertama di Singapura selepas kemenangan beliau. Beliau terus dilantik menjadi Menteri Kebajikan Sosial dalam penggal itu. Beliau banyak menjaga kebajikan rakyat khususnya umat Islam di Singapura.

Di bawah pentadbirannya, beliau telah menubuhkan Pejabat Urusan Haji Singapura bagi memudahkan pengurusan Haji bagi rakyat Singapura yang beragama Islam. Penubuhan Jabatan ini telah menjadi batu asas bagi penubuhan Majlis Ugama Islam Singapura yang ditubuhkan pada 1968.

Othman juga menfokuskan dalam bidang kebajikan dari segi sukan. Buktinya, Stadium Nasional pertama di Singapura telah berjaya dibina pada tahun 1973. Othman juga memperkasakan undang-undang kebajikan masyarakat Melayu bagi menjamin kebajikan mereka melalui penubuhan Pentadbiran Undang-Undang Muslim dan sebuah yayasan untuk mendirikan masjid-masjid di Singapura.

Pada tahun 1977, beliau telah dilantik menjadi Menteri Tanpa Portfolio dan dilantik sebagai Duta di Indonesia dan Papua sehingga tahun 1980.  Beliau dianugerahi Pingat Bintang Jasa Utama dari kerajaan Indonesia dan bersara pada tahun berikutnya. Setelah persaraan beliau, Othman dilantik menjadi salah seorang ahli Majlis Presiden bagi Hak Minoriti dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan.

Pada tahun 1990, Othman telah dikurniakan Pingat Kebesaran Sang Nila Utama bagi menghargai jasanya. Beliau banyak mengisi masa dengan menulis buku menjelang dekad 90 an dan awal 2000 termasuklah biografi dirinya yang diterbitkan pada tahun 2000. Bagi mengenang penglibatannya di dalam bidang kewartawanan, Othman dianugerahkan Anugerah Tokoh Wartawan Dunia Melayu oleh Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian.

Pada 17 April 2017, Othman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Umum Singapura akibat sakit tua. Beliau telah dik3bumikan di Pusara Chua Chu Kang pada keesokkan harinya dan mendapat penghormatan sebagai seorang pahlawan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.