Moving Forward As One

Mengenang Kembali Sejarah 11 September

1,166

Seperti yang kita semua sedia maklum, tanggal 11 September 2021 adalah hari ulang tahun ke-20 insiden buruk paling bersejarah buat negara Amerika Syarikat (AS), yang lebih dikenali sebagai insiden ‘September 11’ (9/11).

Insiden ini melibatkan tiga buah kawasan berasingan; 1) bangunan World Trade Centre (WTC), bandaraya Manhattan, New York, 2) bangunan The Pentagon, daerah Arlington, Virginia dan 3) sebuah padang, bandar Shanksville, Pennsylvania.

Untuk rekod, insiden 9/11 mencatatkan jumlah korban seramai 2996 orang. Angka ini termasuk 19 orang militan yang dipercayai terlibat di dalam rampasan kapal terbang; di samping lebih 6000 orang mengalami pelbagai tahap kecederaan.
Hasil siasatan rasmi mendapati bahawa, sejumlah empat buah pesawat komersil telah dirampas oleh sekumpulan 19 orang militan yang memiliki kaitan langsung dengan kumpulan pengganas terkemuka Timur Tengah; al-Qaeda.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Kesemua kapal terbang tersebut adalah pesawat komersil keluaran syarikat Boeing, yang dimiliki oleh syarikat penerbangan tempatan AS; United Airlines (N612UA & N591UA) dan American Airlines (N334AA & N644AA).

Dua buah bangunan WTC telah dirempuh pesawat yang dirampas militan, iaitu American Airlines Flight 11 (N334AA) dan United Airlines Flight 175 (N612UA); masing-masing membawa penumpang seramai 92 orang dan 65 orang, termasuk 10 orang militan.

Dalam pada itu, bangunan Pentagon yang menempatkan sektor pertahanan AS pula hampir dirempuh oleh pesawat milik American Airlines (N644AA). Rempuhan itu kemudiannya mengorbankan 64 orang penumpang termasuk enam ‘hijackers’.
Satu lagi pesawat komersil yang dirampas adalah pesawat milik syarikat United Airlines (N591UA). Pesawat malang yang membawa 40 orang penumpang itu terhempas di atas sebuah padang sekitar pekan Stonycreek Township.

Sebagai info, 2996 kem.at;ian yang direkod ketika insiden 9/11 adalah melibatkan warga yang berasal daripada 58 buah negara berbeza, antaranya; AS (2624), UK (67), Dominican Republic (47), India (41), Korea Selatan (28), Jepun (24), Filipina (16) dan Malaysia (3).

Dari segi impak ekonomi yang boleh diukur secara makro atau mikro; kemusnahan bangunan dan beberapa infrastruktur awam serta swasta berkaitan semestinya menelan kos perbelanjaan yang teramat besar.
Ini termasuk kos insuran berkait rawatan pesakit yang terselamat dan pampasan kepada keluarga mangsa terkorban, kos pemulihan insfrastruktur, pembersihan, kehilangan pekerjaan, penguncupan ekonomi dan sebagainya.

Menurut laporan terbitan portal berita The New York Times, anggaran sebenar kerugian fizikal yang ditanggung Amerika Syarikat adalah sebanyak USD $55 bilion. Jika kita mengambil kira kadar inflasi, angka tersebut dianggarkan bernilai lebih $63 bilion.

Atau lebih spesifik, kos kemusnahan bangunan bernilai $8 bilion, peralatan komputer ($6 bilion), kerosakan bangunan sekitar ($5 bilion), infrastruktur awam ($6 bilion), kos kehilangan nyawa atau ‘value of life lost’ ($24 bilion), kos rawatan kecemasan ($5 bilion) dan kos pembersihan ($1 bilion).

Bukan itu sahaja, kejadian rampasan empat buah kapal terbang (hijack) tersebut turut memberikan impak besar terhadap industri penerbangan secara amnya, khususnya dua syarikat yang terlibat (American Airlines dan United Airlines).

Pada tahun 2001 hingga 2002 sahaja, International Air Transport Association (IATA) menyatakan bahawa; jumlah kerugian keseluruhan yang ditanggung oleh industri penerbangan AS pasca insiden 9/11 adalah sebanyak $19.6 bilion.

Angka tersebut meningkat kepada $74 bilion, setelah ukurannya dipanjangkan kepada tahun 2010; yang mana kos pengurusan setiap Lapangan Terbang (Airport) di AS meningkat secara drastik.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Apa yang lebih penting adalah, insiden 9/11 telah mencetuskan P.eran.g ke atas Kepengganasan (War on Terror) yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu kuatnya di dalam pakatan North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Kajian dari Watson Institute of International & Public Affairs turut mendapati bahawa; ‘War on Terror’ telah menyebabkan AS dan peradaban dunia menanggung impak ekonomi keseluruhan berjumlah kira-kira USD$5.9 trilion atau RM24.4 trilion.

Daripada jumlah itu, P.era.ng Afghanistan (2001-2021) telah menelan kos perbelanjaan lebih $2 trilion, diikuti P.era.ng Iraq – $822 bilion (2003-2011), p.era.ng menentang ISIS – $14.3 bilion (2014-2017), pampasan veteran p.era.ng – $934 bilion dan pelbagai lagi.

Pada masa yang sama, kesemua umat Islam di seluruh pelosok dunia turut menerima impak negatif; setelah masyarakat Barat secara jumudnya memainkan sentimen jelik, yakni menuduh serta mengaitkan agama Islam dengan aktiviti kepengganasan; sekali gus mencetuskan gerakan ‘Islamophobia’ berskala besar.

Meskipun insiden 9/11 sudah menginjak usia 20 tahun, secara peribadinya; saya masih tidak nampak sebarang tanda-tanda positif untuk blok Barat menyingkirkan perasaan prejudis melampau mereka terhadap umat Islam secara total.
Tindakan sebegitu sebenarnya boleh dianggap sebagai ‘double standard’, memandangkan perlakuan ganas tidak semestinya terikat dengan ideologi agama; seperti mana yang kita dapat lihat di dalam dua siri P.eran.g Dunia besar pada abad yang lalu.

Ruangan komen telah ditutup.