Sampai hari ini terlalu ramai dalam kalangan rakyat Bosnia (terutamanya kaum perempuan) tidak lupa. Betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan. Macam-macam mereka alami, untuk menimang rezeki sebuah negara iaitu Bosnia dan Herzegovina.

Hari ini Bosnia adalah sebuah negara merdeka, dipimpin sistem bermajlis. Dalam majlis ini, tiga ahli politik diangkat menjadi Ketua Negara. Kiranya kuasa mereka bersistem perkongsian, antara bangsa Bosniak, Croat dan Serb.

Tiga ahli Majlis Presiden ini menjaga perlembagaan, yang meminjamkan kuasa kerajaan kepada Pengerusi Jemaah Menteri (Perdana Menteri). Sistem ini berjaya mengekalkan piagam kenegeraan Bosnia sejak tahun 1996.

Untuk sampai di sini, seramai 2.2 juta orang perlu mengharungi penganiayaan luar biasa (Harsch, 2015). Dihalau keluar, hanya kerana penguasa asing tidak redha dengan keselesaan mereka.

Tidak cukup dihalau, seramai 50,000 wanita (majoriti beragama Islam) telah dirog.ol sampai hamil anak Serbia. Tiada siapa terlepas, meskipun anak kecil berusia 12 tahun.

Paling mencelakakan, anggota Serbia memaksa seorang budak lelaki berumur 14 tahun merog.ol ibunya sendiri. Kisah-kisah begini dirakamkan dalam siasatan pihak antarabangsa, bertujuan untuk mendakwa pemimpin-pemimpin Serbia ketika itu.

Pihak penyiasat ini turut mengenal pasti yang kaum lelaki turut dirog.ol juga. Dikatakan 3,000 lelaki menjadi mαηgsα Serbia sepanjang tempoh gila ini. Ramai tida berani mengaku kerana takut jatuh air muka. Diamnya mereka mengalihkan perhatian dunia untuk fokus hanya pada kezαlimαη dilakukan terhadap wanita Bosnia sahaja.

Dalam kalangan 3,000 orang ini, sebahagian besar mengalami kemurungan teruk sampai rosak sistem kelαmiη mereka (Henigsberg, 2010).

Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Yugoslavia berfungsi dengan perlembagaan sesuai untuk sebuah negara. Hakikatnya “negara” ini adalah sebuah empayar dalam rekabentuk republik, yang menyatukan enam negara lain. Dalam kalangan enam ini, hanya Serbia sahaja yang mahu meneruskan pemusatan kuasa.

Lima yang lain mahu sebuah persekutuan dengan kuasa kerajaan negeri. Inilah titik permulaan pada isu yang berbangkit, dengan Slobodan Milosevic dari Serbia menjulang hasrat untuk pembahagian Bosnia dan Herzegovina.

Slobodan Milosevic

Beliau enggan menerima sebarang cadangan untuk melonggarkan Yugoslavia. Akhirnya Croatia dan Slovenia berangkat keluar dulu dengan pengisytiharan kemerdekaan.

Bosnia kelihatan berminat untuk menuruti langkah mereka, sesuatu yang menimbulkan amarah Serbia. Api politik yang boleh dipadam melalui perbincangan akhirnya menjadi medan curahan minyak.

Begitu marak ngauman serba panas, tinggi menggunung yang tidak lagi dapat dikawal. Pada April 1992, Bosnia dan Herzegovina perlu bersedia untuk dibαηtαi Serbia. Jurang agama antara Islam dan Kristian Ortodoks menjadi cetusan untuk bersengketa.

Salah seorang ahli politik bertanggungjawab selain Milosevic adalah Radovan Karadzic. Gereja Ortodoks Greece mengampu Karadzic habis-habisan dengan pengisytiharan “salah seorang anak kesayangan Tuhan yang mengidamkan perdamaian” (Velikonja, 2003).

Karadzic (kanan).

Tidak pelik jika golongan gereja dipaksa berkata sedemikian, kerana seluruh dunia menggelar Karadzic “Penyem.belih Bosnia”. Tiada apa yang baik diceritakan tentang Milosevic dan Karadzic.

Angkatan mereka mengheret 8,000 lelaki Islam (termasuk budak kecil) ke kota Srebrenica. Di sini mereka menµmbαngkan seorang demi seorang, seolah-olah nyαwα mαηgsα mereka tiada nilai langsung.

Inilah apa yang berlaku angkara kebencian terhadap sebuah komuniti berlainan, hanya kerana berbeza pendapat tentang pembawaan sebuah negara. Sesiapa sahaja berani menggelarkan tindakan Serbia adalah sebuah pembαηtαiαη (geno.cide).

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini pihak Serbia hanya mengisytiharkan tindakan ini sebagai jeηαyαh… bukannya pembαηtαiαη. Satu-satunya cara untuk move on adalah dengan cara berlaku jujur, sesuatu yang Serbia gagal walaupun mereka sudah memohon maaf.

Perkara ini amat mengecewakan. Kerana percaturan kerajaan mereka yang menjadi punca segala-galanya. Andainya mereka bersetuju dengan kelonggaran kuasa – nescaya Yugoslavia boleh hidup sampai sekarang.

RUJUKAN:

Harsch, M. (2015). The Power of Dependence: NATO-UN Cooperation in Crisis Management. Oxford University Press. Halaman 37.

Henigsberg, N. (2010). Mental Health Consequences in Men Exposed to (ditapiskan) (ditapiskan) During the (ditapiskan) in Croatia and Bosnia. Journal of Interpersonal (ditapiskan). 25 (2): 191-203.

Velikonja, M. (2003). Religious separation and political intolerance in Bosnia-Herzegovina. Texas A&M University Press. Halaman 263.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.