Mengenali Orkes A Hizadin

249

Orkes A Hizadin adalah antara sebuah sebuah orkes dari Kuala Lumpur yang memainkan muzik bergenre alternatif rock. Mereka bermula pada hujung 2016. Single pertama “Kejayaan” diterbitkan dan Orkes A Hizadin ditubuhkan melalui grup WhatsApp untuk debut pertama di Rantai Art Fest 2016.

“Orkes A Hizadin memainkan lagu daripada hati. Setiap lagu adalah diari hati dan berdasarkan watak dan karakter sebenar yang hidup.”

Kalau hendak diceritakan dari segi pakej dari rupa dan personaliti, Orkes memiliki semuanya. Malah mereka juga ada kelab peminat yang dinamakan sebagai Pakatan Orkes. Jika anda mendengar kesemua lagu-lagu di dalam album mereka, anda akan mendapati terdapat sedikit ‘bunyi’ Hujan. Contohnya anda boleh mendengar lagu Remaja, intro ada sedikit ‘bunyi’ dari lagu Hujan – Lonely Soldier Boy. Satu contoh lagi, lagu Rezeki juga sedikit dipengaruhi dengan lagu Hujan – Ahmoi Chantek. Mungkin Orkes A Hizadin berkiblatkan Hujan? Anda boleh nilai sendiri.

Siapa di sebalik Orkes A Hizadin ini?

Amir – Vokalis

Ully – Rhythm

Nash – Bassist

Syahid – Lead guitar

Saufi – Drummer

Untuk pengetahuan anda, Amir merupakan seorang Raingers dan Ully pula adalah seorang ‘producer engineer’ dalam Kamar Seni Studio milik AG Coco.

Orkes A Hizadin juga ada mengeluarkan lagu berbaur politik. Jika anda mendengar lagu 2.6 Bintang, sememangnya apabila anda melihat tajuknya, ia berbaur politik. Namun, dengan elemen satira dalam liriknya, lagu ini berjaya menceritakan kesusahan rakyat marhaen hidup di kota Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak lagu 2.6 Bintang ini mungkin merujuk kepada 2.6 billion 1MDB.

“Lagu dalam album Orkes A Hizadin ni adalah mengisahkan kehidupan ‘remaja’ yang ‘merajuk’ kerana hilangnya ‘2.6 bintang’ ketika perjalanan menjemput ‘rezeki’ menuju ‘kejayaan’.”

Terdapat lima lagu di dalam album Orkes A Hizadin iaitu:

  1. Remaja
  2. Merajuk
  3. 2.6 Bintang
  4. Rezeki
  5. Kejayaan

Lagu-lagu mereka sesuai untuk anak-anak muda yang ingin mencari kelainan dalam muzik. Ia mudah diterima ramai kerana mempunyai semangat motivasi. Mereka sewajarnya diberi peluang untuk didengari. Album pertama mereka merupakan sesi ‘pengenalan’ buat mereka. Irama lagu mereka yang ‘catchy’ pasti dapat memikat hati pendengar. Semoga pendengar dapat menerima semua lagu mereka dengan terbuka.

Setakat ini mereka telah mengeluarkan tiga MV rasmi iaitu Kejayaan, Merajuk dan juga 2.6 Bintang.

“Kita nak sampaikan kepada audiens. Genre yang kami bawa ini jarang sekali bawa lirik tentang ketuhanan, kehidupan. Jadi saya nak approach orang dengan genre yang ‘update’ tapi dengan lirik tentang kehidupan.” Kata Amir, vokalis utama dalam temuramah Orkes A Hizadin di Selamat Pagi Malaysia, TV1 pada 17 September 2018.

Baru-baru ini juga mereka telah melancarkan kolaborasi merchandise mereka bersama Stickybox dalam acara Dunia Remaja Showcase pada 4 Mei 2019 di Angkasa Event Space, Cheras. Malah lagu Kejayaan juga digunakan sebagai lagu pembukaan untuk siri animasi Komik Misi. Juga lagu ‘Merajuk’ menjadi OST drama di TV2. Kini, lagu hit mereka yang menjadi siulan remaja ialah ‘Menunggu’.

Ayuh kita menyokong Pakatan Orkes!

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.