Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) untuk sesi 2017 telah menutup tirainya di Persekutuan Malaysia. Pada tahun 2019, Republik Filipina telah dipilih menjadi tuan rumah kepada acara dwitahunan tersebut.
Masa berlalu, negara Filipina menjalankan tanggungjawab mereka sebagai tuan rumah bagi temasya Sukan SEA untuk sesi tahun 2019. Nyanyian lagu “Lupang Hinirang” dinyanyikan secara solo oleh seorang penyanyi bernama Lani Misalucha.
Gaya yang dipersembahkan oleh penyanyi kelahiran Manila, Filipina tersebut menarik perhatian kami. Hal ini kerana, wanita berusia 50an tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan sepenuh hati.
APAKAH ITU LUPANG HINIRANG?
Lupang Hinirang adalah lagu kebangsaan bagi negara Republik Filipina. Irama dan senikatanya masing-masing digubah pada tahun 1898 dan 1899. Iramanya digubah oleh Julián Felipe (1861-1944) manakala senikatanya oleh José Palma (1876-1903).
Senikata yang asalnya dalam Bahasa Sepanyol ataupun Bahasa Kastila tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa inggeris dan Bahasa Tagalog. Senikata berkenaan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1940an dan akhirnya Tagalog pada tahun 1956.
Selepas tahun 1956, lagu Lupang Hinirang telah diubahsuai sebanyak beberapa kali. Senikata yang dinyanyikan pada masa kini merupakan gubahan pada 12hb Februari 1998.
Kedua-dua perkataan tersebut adalah dalam Bahasa Filipino.
Bahasa tersebut telah dipiawaikan daripada Tagalog. Tagalog telah dituturkan lebih 23 juta orang di sana. Perkataan “Lupang Hinirang” secara harfiahnya bermaksud “Tanah Terpilih”.
SENIKATA LUPANG HINIRANG
Senikata yang terdapat dalam Lupang Hinirang adalah “Bayang magiliw, Perlas ng Silanganan, Alab ng puso, Sa Dibdib mo’y buhay”. Senikata itu bermaksud “Negara tercinta, Mutiara dari timur, Semangat membara terus menyala dalam dada”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Selain itu, “Lupang Hinirang, Duyan ka ng magiting, Sa manlulupig, Di ka pasisiil” adalah senikata yang terdapat dalam Lupang Hinirang. Senikata itu bermaksud “Tanah pilihan, lahir daripada keberanian, tak akan pernah jatuh ke tangan penjajah”.
Di samping itu, “Sa dagat at bundok, Sa simoy at sa langit mong bughaw, May dilag ang tula, At awit sa paglayang minamahal” adalah senikata yang terdapat dalam Lupang Hinirang. Senikata itu bermaksud “Di lautan dan pergunungan, di angin sepoi langit membiru, di situ terdapat puisi indah, dan lagu pembebasan yang tercinta”.
Kemudian, “Ang kislap ng watawat mo’y, Tagumpay na nagniningning, Ang bituin at araw niya, Kailan pa ma’y di magdidilim” adalah senikata yang terdapat dalam Lupang Hinirang. Senikata itu bermaksud “kilauan benderamu, bercahayakan kejayaan, bintang dan matahari bersinar, tidak akan pernah redup”.
Akhir sekali, “Lupa ng araw ng luwalhati’t pagsinta, Buhay ay langit sa piling mo, Aming ligaya na pag may mang-aapi, Ang mamatay ng dahil sa iyo” adalah senikata yang terdapat dalam Lupang Hinirang. Senikata itu bermaksud “tanah matahari, kejayaan dan cinta, hidup adalah syurga bersamamu, ini sebuah kebahagian, bila datang penyerang, kami akan rela m4t1 demi engkau”.
KOGNAT FILIPINO-MELAYU
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kognat” telah ditakrifkan sebagai “kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuknya dalam bahasa lain”.
Perbendaharaan kata dalam Filipino sangat sukar dicari kognat dalam Bahasa Melayu. Hal ini, penggeseran bunyi dan makna yang berbeza. Ditambah pula dengan ejaan yang berbeza.
Contoh perkataan dalam Bahasa Filipino adalah “bayang”. Perkataan tersebut bermaksud “tanah”, “bangsa” ataupun “negara”. Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “bayani”. Untuk pengetahuan, kata dasar tersebut adalah sepadan dengan perkataan “berani” dalam Bahasa Melayu.
Selain itu, “langit” adalah antara perkataan dalam Bahasa Filipino. Perkataan tersebut bermaksud “langit”. Untuk pengetahuan, kata dasar tersebut adalah sepadan dengan perkataan “langit” dalam Bahasa Melayu.
Di samping itu, “bughaw” adalah antara perkataan dalam Bahasa Filipino. Perkataan tersebut bermaksud “biru”. Untuk pengetahuan, kata dasar tersebut adalah sepadan dengan perkataan “biru” dalam Bahasa Melayu.
Kemudian, “minamahal” adalah antara perkataan dalam Bahasa Filipino. Perkataan tersebut bermaksud “cinta”. Perkataan tersebut berasal daripada kata dasar “mahal”. Untuk pengetahuan, kata dasar tersebut adalah sepadan dengan perkataan “mahal” dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya, “bituin” adalah antara perkataan dalam Bahasa Filipino. Perkataan tersebut bermaksud “bintang”. Untuk pengetahuan, kata dasar tersebut adalah sepadan dengan perkataan “bintang” dalam Bahasa Melayu.
Akhir sekali, “mamatay” adalah antara perkataan dalam Bahasa Filipino. Perkataan tersebut bermaksud “m4t1”. Perkataan tersebut berasal daripada imbuhan “mang” dan kata dasar “patay”. Untuk pengetahuan, kata dasar tersebut adalah sepadan dengan perkataan “m4t1” dalam Bahasa Melayu.
KOGNAT FILIPINO DALAM BAHASA SERUMPUN
Perkataan “araw” membawa maksud “hari” ataupun “matahari” dalam Bahasa Tagalog. Perkataan berkenaan berakar daripada Proto-Austronesia iaitu *qalejaw. Untuk pengetahuan, perkataan “araw” dalam Bahasa Tagalog adalah sepadan dengan perkataan “tadau” dalam Bahasa Kadazandusun.
Kawan-kawan yang bertutur dalam bahasa Austronesia, adakah anda dapat menemui kognat dalam Lupang Hinirang? Contoh bahasa Austronesia adalah Melayu, Jawa, Malagasy, Hawaii dan sebagainya. Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah isikandungan dalam lagu “Lupang Hinirang”. Sejujurnya lagu tersebut adalah lagu keempat yang terbaik pernah kami iaitu penulis dengari selain Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Hatikva.
Apakah yang kami tertinggal tentang lagu Lupang Hinirang? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah. Semoga bermanfaat.
TAMAT
RUJUKAN:
PM Najib declares Sea Games 2017 closed. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://www.google.com/…/pm-najib-declares-sea-games…
LIVE: 29th SEA Games Closing Ceremony: National Anthem of the Philippines – ‘Lupang Hinirang’. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://m.youtube.com/watch?v=oTYtHG7JanU
The Philippine National Anthem. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://www.philembassy.org.au/the…/national-anthem
Republic Act No. 8491. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari http://www.officialgazette.gov.ph/…/republic-act-no-8491/
Ethnologue: Tagalog. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://www.ethnologue.com/language/tgl
Filipino National Anthem – Lupang Hinirang (English translation). Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://lyricstranslate.com/…/filipino-national-anthem…
Lagu Kebangsaan Filipina – Lupang Hinirang. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://youtu.be/xHlpvIZiGow
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kognat. Dicapai pada 19hb Oktober 2020 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kognat