Mari Mengkaji Hantu-Hantu Melayu

1,161

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RO Winstedt dalam bukunya ada menyentuh mengenai kepercayaan hantu orang Melayu. Katanya orang Melayu percaya akan kewujudan hantu bermula dengan kepercayaan animisme waktu dahulu. Mereka mempercayai setiap perkara di sekitar mereka ada benda hidup yang lain. Mereka mempercayai adanya semangat (spirit)  seperti jin, iblis, syaitan dan hantu. RO Winstedt memberi contoh hantu kopek yang dipercayai menyorok kanak-kanak yang selalu berkeliaran pada waktu senja.

Hantu itu akan menyorokkan kanak-kanak di dalam dadanya dan akan kembalikan apabila ada dukun yang akan berhubung untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Pada masa itu hantu digelar sebagai mambang. Ingat lagi satu adegan di dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee bertajuk “Pendekar Bujang Lapok”. Adegan di mana Ramlee, Ajis dan Sudin duduk di ruangtamu belajar mantera isim untuk pergi menuntut ilmu di tempat di mana mambang berada?

“Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin. Mambang berasal dari gunung si mambang. Berdampinglah denganku wahai si mambang. Hanya itulah pesanku mambang.”

Seperti dibincangkan sebelum ini, orang Melayu sangat percaya dengan kuasa ghaib sama ada baik ataupun jahat. Secara umumnya 5 jenis makhluk ghaib yang dipercayai oleh orang Melayu adalah;

1. Semangat

2. Penunggu

3. Orang bunian

4. Jin dan Syaitan

5. Hantu

Bermula dengan panggilan jembalang, semangat dan penunggu pada zaman Animisme lagi. Ketika itu orang Melayu menganggap setiap tempat seperti pokok, hutan, laut atau batu yang besar mempunyai penunggu yang perlu dijaga dengan baik. Maka akan diadakan upacara “acak” iaitu menjamu penunggu yang tinggal.

Kemudian dengan kedatangan Hindu Buddha, diubah menjadi dewa dewi yang menjadi penunggu di tempat tertentu. Dewa dewi ini ada yang baik dan ada yang jahat. Bagi menghormati dewa dewi ini maka tempat ibadat akan dibina di tempat tertentu. Dewa dewi ini akan disembah untuk mendapat pertolongan dan juga menghindari nasib yang tidak baik seperti gangguan hantu.

Kedatangan Islam merubah fikiran orang melayu bahawa makhluk hantu ini berasal dari Syaitan dan jin. Bagi mereka hantu adalah jelmaan syaitan dan jin kafir yang hendak menakutkan mereka. Tetapi masih ada yang membawa amalan nenek moyang dari zaman animism dan hindu Buddha. Menurut Mc Hugh ( 1955 ), Hantu orang melayu boleh dikategorikan kepada 3 jenis utama iaitu Hantu Besar, Hantu Peliharaan dan Hantu menghuni kampung atau rumah. Ianya boleh dijelaskan melalui jadual di bawah ;

Jenis Ciri ciri Contoh
Hantu Besar Hantu tinggal di laut, bumi dan Hutan.

Sangat berkuasa dan jahat.

Tinggi 10 hingga 15 kaki

Sangat berkuasa di tempat tinggalnya

Hantu Pemburu

Hantu Lembong

Hantu Hutan

Hantu Peliharaan Berhubung dengan manusia

Boleh melakukan kerja jahat untuk manusia

Boleh dipelihara

Susuk badan lebih kecil

Digunakan untuk melangsaikan dendam, hasad dengki dan kez4liman

Pelesit

Polong

Toyol

Langsuir

Hantu menghuni rumah atau kampung Hantu yang duduk di tempat tertentu seperti rumah kosong

Menganggu manusia

Pontianak

Hantu Keramat

 


RUJUKAN:

Amran Kasimin. 2009. Sihir: Suatu Amalan Kebatinan. Penerbit UKM.

RO Winstedt. 1925. Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic. London. Constable and Company Limited.

Mchugh. 1955. Hantu hantu. Ghost Believe In Modern Malaya.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.