Di dalam komuniti kecil traveler yang saya kenal, saya ini lebih sinonim dengan kata penjejak candi atau pengembara candi. Jika tidak candi, matlamat kembara saya sering berputar sekitar tinggalan sejarah. Itu niche saya, tak semua selesa dengan kegilaan ini, saya faham kenapa mereka berpendapat sebegitu. Antara soalan yang pernah saya dapat,

“Apa yang seronoknya melawat candi?”

“Apa yang kau dapat daripada melawat candi?”

“Hati-hati… jangan sampai jadi kafir.” Ada sekali dapat yang ni, teman rapat berlawak kasar.

Sebenarnya, selain daripada gambar-gambar yang ‘Instagram worthy’ (saya bukan expert bergambar), banyak yang dapat kita pelajari daripada tinggalan candi jika kita ‘pandai’ mentakrifnya dan juga rajin membuat bacaan dan kajian tentang ciri-ciri seni, ukiran, bahan binaan dan sebagainya.

Artikel ini akan memberi sedikit contoh apa yang saya perolehi hasil daripada lawatan tapak ke Sukhothai. Malangnya, penulisan ini tidaklah terperinci yang saya inginkan, hanya sekadar cukup untuk menggambarkan betapa sejarah Kerajaan Sukhothai yang panjang ada di depan mata, diceritakan oleh batu-batu lusuh yang tidak bersuara.

Replika Inskripsi Ram Khamhaeng yang terkenal

Sepanjang kewujudan kerajaan ini, pelbagai bangsa dari pelbagai negara telah di bawa ke ibukota untuk menghasilkan relief dan juga ukiran pada dinding-dinding candi dan juga membina pelbagai jenis binaan untuk kegunaan keagamaan dan pentadbiran.

Sebagai contoh, pengukir dari Tenasserim dibawa ke Sukhothai untuk membina sebahagian daripada Candi Mahathat yang terkenal. Maka terhasillah binaan stupa-prasad ala Sri Vijaya yang agak berbeza daripada binaan Khmer, Sukhothai dan Lanna. Yang menariknya, binaan ala Sri Vijaya ini agak sama dengan yang terdapat di Pulau Jawa.

Wat Phra Phai Luang menampilkan ciri-ciri pembinaan Khmer

Ukiran Khmer pula sememangnya sudah ada di Sukhothai sebelum zaman Sri Indraditya lagi. Ianya boleh dilihat pada binaan Wat Phra Phai Luang yang sudah wujud ketika bumi Sukhothai di bawah pengaruh Kamrateng Khmer. Jalan-jalan utama di Sukhothai dan sekitar ada yang dibina oleh pemerintah Khmer dan sesetengah laluan ini wujud hingga kini.

Luthai, raja Sukhothai yang keempat banyak memainkan peranan dalam penghasilan hasil seni ketika beliau memerintah. Sebagai seorang penganut Buddha Theraveda yang tegar, beliau telah membawa sami dan pengukir dari Martaban, Burma untuk ‘mengaslikan’ ajaran Theraveda di wilayah jajahan Sukhothai.

Tinggalan Wat Aranyik, antara wat terawal yang dibina atas arahan Ram Khamhaeng

Pada zaman itu, Martaban bolehlah dianggap sebagai antara pusat ajaran Theraveda yang asli, dan amat berkait rapat dengan Sri Lanka, tanah asal ajaran Theraveda ini. Banyak ukiran berseni Lankan Sinhala diukir pada zaman pemerintahan Luthai.

Tetapi sebelum Luthai berkuasa, ada seorang tokoh kurang dikenali yang bernama Si Satha atau nama penuhnya Samtet Phra Mahathera Si Satha Radha Raja Chulamani Si Ratna Lankathipa Mahasami Pen Chao. Beliaulah yang dikatakan menulis Inskripsi Sukhothai II ini. Beliau datang dari keluarga bangsawan Muang Rat dan hidup pada zaman pemerintahan Loethai (anak Ram Kamhaeng).

Si Satha telah pergi ke Sri Lanka untuk mendalami ajaran Buddha Theraveda dan beliau kembali ke Sukhothai membawa 2 buah relik penting, para sami dan para pengukir Sinhala. Pengukir-pengukir Sinhala berserta dengan pengukir dari Tenasserim (seperti yang dinyatakan di atas) telah memberi wajah baru ke atas ukiran Candi Mahathat di Sukhothai.

Wat Si Chum, di mana 500 ukiran jataka diletakkan di sini

Pada zaman Ram Kamhaeng, warga Sukhothai masih tidak cekap dalam kerja-kerja seni seperti yang dapat dilihat pada hasil kerja 500 Jataka yang kini ditempatkan di Wat Si Chum. Pada zaman Si Sathalah kerja-kerja seni di Sukhothai menampakkan kemajuan.

Sukhothai juga mendapat sentuhan seni warga Lanna dari Utara Thailand, Vietnam dan China pada zaman Luthai dan raja-raja seterusnya. Namun, kerajaan ini melemah dan akhirnya tertakluk di bawah kekuasaan Ayutthaya dan kehebatan ukiran dan seni bangsa Tai ini diteruskan oleh mereka.

Seramik Sukhothai di National Museum

Seramik Sukhothai di National Museum
Sukhothai juga terkenal dengan pembuatan seramik Sawankhalok, di mana tinggalannya telah ditemui di Lembah Bujang, Trowulan, Jepun, China dan kebanyakan lokasi perdagangan laut di Asia Tenggara dan Asia Timur tetapi topik ini terlalu dalam untuk dibincangkan di dalam artikel ini.

Kesimpulannya, tinggalan candi bukanlah sekadar batu lusuh dan buruk tetapi ianya menceritakan pelbagai rencah kehidupan masyarakat kuno. Daripada seni binanya dapat kita simpulkan apa pengaruh yang ada dan dari mana ia berasal. Bagi saya, setiap ukiran Kala, Makara, Kinara dan Naga itu ada penceritaannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Leave A Reply