Mengenal Pasti Seorang Psikopat Dikalangan Kita

0
2678
views

Apa yang membuatkan mereka merbahaya? Sebab musabab ialah kerana mereka kelihatan normal.

Selama beberapa tahun, para neurobiologis telah mengenal pasti beberapa faktor yang berkait rapat dengan perlakuan keganasan di kalangan manusia iaitu:

Pertama –  kegagalan untuk menangani ketegangan serta tekanan, dan akan mempengaruhi tingkah laku ganas yang dilakukan kemudian hari. ·

Kedua –  pengabaian oleh ibu bapa atau penderaan oleh penjaga semasa zaman kanak-kanak juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keganasan oleh orang dewasa. ·

Ketiga – penyalahgunaan dadah dan alkohol ·

Keempat –  neurologis mengaitkan dengan trauma otak semasa zaman kanak-kanak – akibat kecederaan parah di kepala – kepada tingkah laku ganas di alam dewasa

Setiap satu daripada faktor ini adalah berkaitan dengan keganasan, atau kombinasi faktor yang sering dijumpai di kalangan penjenayah ganas dan pembunuh selama bertahun-tahun. Walaupun faktor-faktor ini secara saintifik dikaitkan dengan tingkah laku ganas, secara individu atau secara kolektif, harus dianggap sudah mencukupi untuk seseorang individu menjadi ganas.

Psikologi forensik telah mengenalpasti bahawa ciri-ciri utama tertentu tingkah laku ganas sangat konsisten dengan gangguan personaliti antisosial yang dikenali sebagai psychopathy (psikopat). Gangguan ini dimanifestasikan dalam ciri-ciri yang berbeza dan sifat-sifat perlakuan yang berbeza.

Waqaf Saham

Psikopat tidak di klasifikasikan sebagai penyakit mental oleh American Psychiatric Association (APA). Edisi kelima dari ‘Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), yang dikeluarkan oleh APA pada tahun 2013, menyenaraikan psikopat diletakkan dibawah tajuk Antisocial Personality Disorders (ASPD). – Kecelaruan Personaliti Anti Sosial. APA menganggarkan lebih kurang satu peratus dari populasi di U.S adalah golongan psikopat. Secara umumnya, golongan psikopat adalah bijak, fasih dan berperwatakan menarik serta menggunakan kelebihan sifat-sifat ini untuk memanipulasi orang lain untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat atau orang sekeliling.

Oleh kerana mereka sering mempunyai skil interpersonal yang kuat, golongan psikopat boleh tampil dengan perwatakan yang agak baik pada pertemuan pertama dan perkara atau taktik ini sering berjaya.  Walau bagaimanapun, sikap dan tingkah laku yang biasa ditunjukkan dikalangan psikopat adalah seperti haiwan pemangsa di alam semulajadi: Mereka cenderung untuk melihat orang lain sebagai saingan pemangsa (pemangsa lain) ataupun sebagai mangsa. Apabila psikopat melihat orang lain sebagai mangsa, mereka tidak mempunyai perasaan, dan pertalian mereka dengan orang lain memberikan mereka kelebihan yang luar biasa dalam memerhatikan tingkah laku mangsa yang disasarkan.

Lebih – lebih lagi, mereka tidak terbeban oleh kebimbangan dan emosi yang dialami oleh orang lain dalam pertembungan interpersonal. Psikopat tidak dapat untuk membentuk hubungan emosi atau merasakan perasaan empati sebenar dengan orang lain, walaupun personaliti orang lain itu bersifat menenangkan atau menawan hati mereka. Psikopat adalah kecelaruan personaliti antisosial yang paling bahaya kerana psikopat adalah sangat manipulatif dah mudah untuk mendapat kepercayaan orang lain. Mereka belajar untuk meniru emosi, walaupun ketidakmampuan mereka untuk sebenarnya merasai perasaan orang lain, dan kelihatan normal pada orang yang tidak mencurigainya.

Psikopat selalunya berpelajaran tinggi dan mempunyai kerja tetap. Sesetengah dari mereka sangat baik dalam memanipulasi dan berpura-pura mempunyai keluarga dan juga berpura-pura menjalin hubungan jangka masa panjang, dan orang disekeliling mereka tidak pernah mengesyaki sifat sebenar mereka.

Apabila melakukan jenayah, psikopat amat berhati-hati merancang setiap perincian terlebih dahulu dan sering mempunyai rancangan luar jangka yang teratur. Penjenayah psikopat cenderung untuk kelihatan tenang,kool, dan sangat teliti. Mereka melakukan hanya sedikit kesilapan dan tidak pernah terbawa-bawa dengan emosi.

Tidak menghairankan, golongan psikopat adalah terlalu ramai dari kalangan pembunuh bersiri. Apabila psikopat menjadi pembunuh bersiri, mereka berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam senarai pembunuh yang terancang oleh FBI, yang cenderung untuk menjadi ‘cold-blooded’ (tidak berperasaan dan emosi), dan perancang yang teliti.

Ted Bundy, seorang psikopat yang mempunyai fizikal yang menawan adalah satu contoh klasik daripada psikopat yang sering bersedia, petah berkata-kata dan mempunyai sifat pembunuh bersiri yang sangat tersusun. Adalah dipercayai bahawa psikopat adalah hasil daripada ‘nature’ – ‘sifat semulajadi’ (genetik) dan bukan dari sebab ‘nurture’ – dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Menurut mendiang David Lykken, seorang penyelidik genetik tingkah laku, yang terkenal dengan penyelidikannya melibatkan kembar, psikopat adalah berkaitan kecacatan psikologi kesan daripada kurang perkembangan di bahagian otak yang bertanggungjawab untuk mengawal dorongan dan emosi. Kesan daripada ganguan ini, psikopat adalah tidak berupaya untuk mempunyai perasaan empati dan tidak dapat membentuk ikatan emosi dengan orang lain.

Secara ironinya, dan yang menakutkan, adalah kebolehan yang luar biasa oleh psikopat untuk memalsukan perasaan empatinya kepada orang lain, dan membuatkan mereka amat berbahaya dan menjadi pembunuh bersiri yang berjaya. Oleh kerana mereka sangat bersifat tenang dan kelihatan tidak membahayakan, psikopat boleh menyebabkan kita tidak berjaga-jaga dan meletakkan diri kita pada risiko yang tinggi menjadi mangsa kekejaman mereka.