1. Pada 25 Julai 2019, akhbar bahasa Cina, Sinchew Daily telah menerbitkan sebuah laporan khas yang memetik pengetua sekolah yang tidak dinamakan, sebagai berkata guru-guru pelajar bahasa Melayu sekolah berkenaan telah menjalani sebuah program kursus pengajaran.

Dan di dalam program tersebut terdapat panduan pengajaran baharu yang menunjukkan khat Jawi telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah rendah.

Walaupun kandungan sebenar dalam buku teks tidak jelas, panduan itu dilaporkan menyebut ia bertujuan mengembangkan penghargaan seni melalui khat Jawi.

Pada hari sama, Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan menjelaskan pengenalan seni khat merujuk kepada “seni khat dalam Bahasa Malaysia” dan bukan “tulisan Jawi”.

2. Maka pada 26 Julai 2019, Kementerian Pendidikan telah mengadakan sebuah pertemuan ‘town hall’ untuk menegaskan dasar itu belum muktamad dan tertakluk kepada perbincangan dan akan menimbang pandangan pelbagai pihak.

Beberapa halaman dalam draf buku teks ditunjukkan kepada hadirin. Difahamkan halaman itu sebenarnya untuk mengajar murid menulis simpulan bahasa dalam tulisan Jawi.

3. Di dalam sesi ‘town Hall’ tersebut juga,Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching telah menerangkan, menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu SRK dan SJK Darjah 4, Kementerian Pendidikan bertujuan mengembangkan kamahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid, serta mempelajari aspek seni bahasa dan tatabahasa.

Pengenalan “seni khat” ialah salah satu cara untuk belajar seni bahasa. Selain itu, ada juga pelajaran peribahasa, sajak, lirik dan cerita.

4. Ketika pertemuan itu, sejumlah halaman dalam buku teks mengajar murid untuk menulis simpulan bahasa dalam Jawi telah didedahkan.

Di mana menurut edisi terbaru KSSR SJK Darjah 4 Bahasa Melayu bertarikh April 2018 tersebut, murid perlu belajar menulis simpulan bahasa dalam bentuk khat, dan juga mengenal dan menyebut abjad Jawi yang ditulis mereka.

Misalnya murid perlu belajar menulis simpulan bahasa “ringan tulang” dalam Jawi, yang menggunakan lapan abjad Jawi.

5. Dan buku teks BM Darjah 4 yang diperkatakan tersebut merangkumi 24 bab dengan 164 muka surat dan hanya ada bahagian kecil berkenaan seni bahasa pada setiap bab, yang pada keseluruhannya berjumlah 6 muka surat. Ada empat jenis kegiatan seni bahasa, iaitu bercerita, deklamasi sajak, nyanyian lagu dan khat. Setiap jenis seni bahasa dimasukkan dalam enam bab.

Pembelajaran khat dijangka dipelajari sebanyak lima hingga enam kali sepanjang tahun persekolahan dan tidak dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan.
.

6. Lantaran dari sesi town hall tersebut, pada 31 Julai 2019, rancangan untuk memperkenal khat Jawi dalam buku teks SJK telah menerima bangkangan sejumlah ahli politik dan kumpulan pendesak pendidikan yang terdiri daripada:

– 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Chow Yu Hui (Tras), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chong Zhe Min (Keranji), Lee Chin Chen (Bilut), Tan Hong Pin (Skudai), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Cheah Pou Hian (Jelapang), Violet Yong (Pending) and Leong Yu Man (Triang).

– Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)

– Parti Gerakan Malaysia.
.

7. Di antara sebab-sebab kenapa mereka membantah tulisan/khat jawi di dalam silibus SJK adalah kerana:

– Bimbang murid yang belajar di sekolah jenis kebangsaa (SJK) sudah pun mempelajari tiga bahasa dan pengenalan seni khat akan membebankan mereka.

– Mendakwa pengenalan tulisan “khat” merupakan usaha untuk melembagakan dan mempolitikkan tulisan Jawi.

– Dalam konteks politik Malaysia, tulisan Jawi telah dipolitikkan oleh PAS dan langkah menginstitusikannya ialah sebahagian agenda pihak konservatif di Malaysia, sebagai contoh wajib tulisan Jawi di papan tanda di Kelantan dan Terengganu sebagai contoh.

– Mendakwa pengenalan seni khat Jawi tidak akan memupuk penghargaan tetapi akan merosakkan fabrik sosial di negara ini.

– Jika tulisan jawi ada pada buku-buku teks, kementerian sepatutnya menambah tulisan Cina dan Tamil pada buku-buku teks sekolah kebangsaan.

8. Pada 1 Ogos 2019, Gerakan pula memberi sokongan kepada DAP yang membantah Tulisan Jawi di dalam silibus SJK tersebut.

Melalui presiden mereka, parti Gerakan melahirkan rasa syukur atas komitmen ramai pemimpin akar umbi DAP termasuk yang berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi khususnya di sekolah vernakular.

9. Walaubagaimanapun, pada 2 Ogos 2019, Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu kenyataan akan meneruskan rancangan untuk memperkenal tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 pada tahun depan seperti dirancang.

Kementerian telah berkata khat merupakan sebahagian daripada identiti negara dan warisan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan perpaduan,

“Pada masa sama, tulisan ini juga terdapat pada jata negara, jata negeri-negeri dan wang kertas Ringgit Malaysia.

“Sehubungan itu Kementerian Pendidikan akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat ini seperti dijadualkan, dengan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru.”

10. Pada hari yang sama dilaporkan juga bahawa, kumpulan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) dilaporkan bertekad mahu mengadakan perhimpunan membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang dirancang dilaksanakan mulai tahun depan.

Menurut laporan Sin Chew Daily, himpunan itu akan diadakan pada Isnin depan (5 Ogos) di ibu pejabatnya. Tambah laporan itu lagi, himpunan tersebut akan dihadiri lebih 10 persatuan pendidikan Cina dan Tamil.

11. Sin Chew Daily turut memetik seorang sarjana pendidikan yang enggan mendedahkan namanya sebagai berkata, tulisan jawi bukan sebahagian daripada bahasa Melayu dan tidak pernah dimasukkan dalam buku teks Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia sejak 60 tahun lalu.

Beliau telah berkata,

“Jawi is only part of ‘Agama Islam’ subject.”
.

12. Sebagai penutup, sajalah nak share gambar dokumen Permasyhuran Kemerdekaan dan Permasyhuran Malaysia yang dulunya telah ditulis di dalam tulisan jawi yang kononnya akan menjadi ‘pengoyak’ fabrik sosial di Malaysia ini jikalau diinstitusikan kelak akibat langkah Kementerian Pendidikan ini. 🙂

Sekian.

RUJUKAN:

[1] Khat art in Bahasa Malaysia curriculum not related to Jawi scripts
https://m.malaysiakini.com/news/485419

[2] Large DAP group objects to ‘khat’ in vernacular school syllabus
https://m.malaysiakini.com/news/486133

[4] Gerakan selar Nie Ching umum laksana tulisan jawi. https://m.utusan.com.my/berita/politik/gerakan-selar-nie-ching-umum-laksana-tulisan-jawi-1.945073?fbclid=IwAR3CbTXwW4eqnB_ZqV6hflpVtDFdLWJeZHvskisMK5yN5QgRq1wrLX4Vn3s

[5] Tulisan jawi: Gerakan gembira komitmen DAP. https://m.utusan.com.my/berita/nasional/tulisan-jawi-gerakan-gembira-komitmen-dap-1.947694?fbclid=IwAR3eSiHMi_PrJqwLduJclt-54XqvkDPgvJTx-ZoI5LX5Kv2tc6mCEFCgM44

[6] MOE: ‘Khat’ decision stands, appears even on banknotes
https://m.malaysiakini.com/news/486455

[7] Dongjiaozong rally against Jawi next Monday
http://mysinchew.sinchew.com.my/node/121926


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.