Mengecas Telefon Bimbit Menggunakan Nafas Sendiri

405

Titisan air mungkin bukan sumber tenaga pada anda tetapi ia mampu membentuk keelektrikan statik yang dipanggil sebagai hygroelectricity – dikatakan merupakan sumber caj elektrik yang menghasilkan kilat. Caj dalam titisan air ini dapat dialihkan ke zarah kecil seperti habuk.

Sekumpulan penyelidik telah menunjukkan tenaga seperti ini dapat dihasilkan melalui grafin – karbon dua dimensi. Lubang kecil dalam struktur grafin menyerap air kemudian berlakunya proses pengionan yang menjana arus elektrik.

Walau bagaimanapun struktur grafin tersebut terlalu besar dan tegar untuk dijadikan sebagai aplikasi teknologi berskala kecil seperti telefon bimbit. Untuk menyelesaikan permasalahan ini, sekumpulan penyelidik dari Tsinghua University dan Beijing Institute of Technology telah menghasilkan penjana daripada filem grafin oksida nipis yang mampu merenggang dalam pelbagai skala struktur.

Untuk menghasilkan penjana hygroelektrik yang fleksibel, para penyelidik ini menggunakan laser untuk memaparkan corak pada grafin oksida yang telah ditelakkan pada permukaan filem. Mereka mampu mengembalikan struktur dan sifat asal grafin tulen dengan membuang sebahagian besar oksigen. Filem tersebut dapat dilipat dan direnggan tanpa menghilangkan kemampuannya untuk menuai elektrik.

Menyembur titian air ataupun menghembuskan nafas pada permukaan penjaan tersebut dapat menghasilkan voltan setinggi 1.5 V – sama nilai dengan bateri AA.

RUJUKAN:

  1. Yang, C., Huang, Y., Cheng, H., Jiang, L., & Qu, L. (2019). Rollable, Stretchable, and Reconfigurable Graphene Hygroelectric Generators. Advanced Materials31(2), 1805705.
  2. https://www.newscientist.com/article/2186434-graphene-generators-could-let-you-recharge-a-phone-with-your-breath/
  3. New Scientist ISSUE 3206 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.