Mengapakah Voldemort Sering Gagal Membunvh Harry Potter?

4,340

Pra-tempah hanya di Shopee

Dalam filem mahupun novel bersiri Harry Potter, kita disajikan dengan pelbagai pertarungan Harry Potter dengan Lord Voldemort dari Sorcerer Stone hinggalah Deatlhy Hallows.

Dari permulaan 7 siri (bagi novel) dan 8 siri (bagi filem) sudah berjalan, Lord Voldemort masih gagal membvnvh Harry Potter meskipun You-Know-Who ini seorang ahli sihir yang dikenali kerana kuat dan gagah atas ilmu sihir yang dikurniakan padanya.

Beberapa peminat telah menyimpulkan berbagai-bagai teori punca Lord Voldemort gagal membunuh Harry Potter?

  • Sacrificial Protection

Ini bukanlah teori tetapi yang sebenar-benarnya. Sacrificial Protection oleh Lily Evans menggagalkan rancangan Voldemort untuk m3mbunuh Harry Potter pertama kalinya apabila menggunakan Killing Curse. Semua tahu bahawa ‘counter’ bagi Killing Curse, hanyalah satu iaitu Sacrificial Protection degan kuasa cinta dan kasih.

  • Core Tongkat Sihir Yang Sama

Apabila Harry Potter pergi ke Ollivanders pertama kalinya, Mr.Ollivander menyatakan bahawa tongkat yang memilihnya mempunyai core yang sama dengan tongkat sihir Voldemort.

Maka, teori peminat adalah tongkat jika berlawan mempunyai nilai kekuatan dan kelemahan yang sama. Itulah punca mengapakah Voldemort beria-ia mahukan Elder Wand kerana kuasanya; dan juga kerana ingin memiliki core tongkat sihir yang lain dengan tongkat sihir Harry Potter.

  • Harry Masih Mempunyai Sisa Sacrificial Protection

Ini juga salah satu teori. Dikatakan Harry masih menyimpan sisa Sacrificial Protection yang diberikan ibunya sewaktu kecil. Kita tahu, Harry tidak d1bunvh dengan Killing Curse ketika kecil, jadi sisa Sacrificial Protection yang dimilikinya ketika besar juga menghalang dia dari d1bvnuh You-Know-Who.

  • Dia Ialah Salah Satu Horcrux Voldemort

Sewaktu Lily Evans dibvnvh oleh Voldemort, sedikit kuasa Voldemort dipantulkan semula ke dirinya sehingga tidak sengaja dia memberikan jiwanya kepada Harry Potter sehingga menjadi Horcrux. Apabila perkara ini terjadi, apa-apa sihir yang dikenakan oleh Lord Voldemort tidak berkesan kerana dia seperti m3mbunvh jiwanya sendiri.

  • Dia Ialah Master Of D3ath

Harry Potter pernah memegang ketiga-tiga komponen D3athly Hallows iaitu The Elder Wand, Resurrection Stone dan The Cloak Of Invisibility. Seperti yang diketahui, sekiranya seseorang menjadi Master of De4th, dia ialah immortal atau hidup abadi.

  • Tongkat Elder Wand Di Tangan Voldemort Sebenarnya Milik Harry.

Ketika Dumbledore dibvnvh, tongkat berpindah ke tangan Snape. Kemudian Snape dibvnvh pula oleh Voldemort. Itulah tanggapan Lord Voldemort tongkat Elder Wand berpindah sekiranya tuannya d1bunuh.

Malangnya, teorinya hanyalah sia-sia. Lord Voldemort tidaklah sebegitu bijak kerana Elder Wand tidaklah dipindahkan melalui p3mbvnuh4n tetapi apabila tongkat telerpas dari pemilik asal menyebabkan orang yang mengenakan sihir menjadi pemilik baru.

Pemilik asal selepas k3m4ti4n Albus Dumbledore ialah Draco Malfoy sebelum berpindah milik ke Harry pada akhirnya. Menyebabkan ketidak sesuaian pemilik dengan tongkat sihir, sehingga tongkat sihir bertindak membelakangkan tuan mereka.

  • Darah Harry Potter Mengalir Dalam Tubuh Voldemort (Teori Paling Terkenal)

Dalam Harry Potter and Order Of Phoenix, Voldemort dihidupkan kembali atau regeneration atas ‘Regeneration Potion’ yang dibina dari tiga perkara; Bone Of The Father, Flesh Of The Servant dan Blood Of The Foe. Peter Pettigrew mengelar tangan Harry Potter bagi mengambil darah Harry Potter (Blood Of The Foe) menyebabkan darah harry Potter mengalir dalam jiwa Lord Voldemort.

Apabila hal ini berlaku, maka sukarlah bagi Lord Voldemort hendak menumpaskan Harry Potter.

Artikel dikirimkan oleh MYPotterhead untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.