Siapa yang tidak kenal Empayar Uthmaniyah? Kuasa besar yang pernah mengawal tiga benua. Namun, mengapa nama mereka tidak muncul selaku penguasa di dalam sejarah Maghribi (Morocco)?

Uthmaniyah pernah cuba menawan Maghribi beberapa kali, terutamanya pada akhir abad keenam belas, tetapi sering berakhir dengan sia-sia. Pencer.obo.han mereka disekat oleh kebangkitan Dinasti Saadi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Para Sharif Dinasti Saadi percaya bahawa mereka memiliki lebih banyak hak dan keabsahan untuk memimpin dunia Islam kerana mereka mendakwa mereka memiliki da.rah keturunan nabi.

Untuk mendaki hirearki kekuasaan, mereka melawan Portugis di selatan Maghribi. Mereka mendapat momentum setelah mereka berjaya membebaskan beberapa kota dari ja.jahan Portugis.

Lalu mereka melancarkan pe.ran.g melawan kerajaan yang di ambang kejatuhan iaitu Dinasti Wattasid yang merupakan sekutu Uthmaniyah.  Mereka memasuki Fez, ibu kota Wattassid, dan menahan sultannya.

Mohammed as-Sheikh, pengasas dan Sultan Dinasti Saadi pertama (1544–57), gemar memanggil khalifah Uthmaniyah, Sultan Suleiman, sebagai “Sultan nelayan” bagi mengejek kisah pengembaraannya di lautan.

Suleiman mengirim utusannya kepada Mohammed as-Sheikh dan mencadangkan supaya  Mohammed as-Sheikh harus mengeluarkan titah bahawa nama Suleiman dimasukkan dalam doa khutbah solat Jumaat, dan duit syiling akan dicetak dengan wajahnya. Mohammed as-Sheikh menolak utusan Uthmaniyah dengan menyatakan:

“Saya hanya akan memberi tindak balas kepada sultan nelayan setelah saya sampai di Kaherah;  dari sinilah saya akan menulis jawapan saya.”

Bendera Dinasti Saadi

Dengan kata-kata ini, Uthmaniyah bertindak balas dengan membu.nuh Mohammed as-Sheikh pada tahun 1557 di bawah perintah Hasan Pasha, anak lelaki Hayreddin Barbarossa, ketika dia sedang bersiap sedia untuk menjalin hubungan sekutu dengan Sepanyol bagi menentang Uthmaniyah.

Sementara itu, mereka melancarkan kempen ketenteraan yang diketuai oleh Hasan Pasha. Mereka menyera.n.g Maghribi timur, tetapi kemaraan mereka dihentikan pada Pertem.p.uran Wadi al-Laban.

Uthmaniyah kemudian berundur ke Algeria untuk mempersiapkan barisan pertahanannya melawan Sepanyol, yang akan menyera.ng mereka dalam Ekspedisi Mostaganem (1558).

Kemudian, Empayar Uthmaniyah menghadapi tempoh kritikal yang dikenali sebagai zaman Pemberontakan dan Kebangkitan (1566–1683).  Empayar Uthmaniyah tidak stabil dengan siri peralihan takhta hingga hampir berpuluh sultan digantikan dalam satu abad.

Dalam perkembangan lain, kebangkitan dinasti Alawiyyah akhirnya menjatuhkan Dinasti Saadi.

KRONOLOGI

Hubungan antara Turki dan Maghribi bermula dengan perwakilan Ali Abu Hassun menjalinkan hubungan sekutu dengan Uthmaniyah untuk menentang musuhnya di Sepanyol dan Portugal.

Namun, masa Hassun tidak lama, Mohammed as-Sheikh, yang keluarganya menguasai Sous, melancarkan jihad menentang penja.ja.han asing. Mula-mula dia mengalahkan Portugis, kemudian dia mengalahkan Uthmaniyah dan Hassun di Tadla pada tahun 1554.

Dia memilih untuk menubuhkan perikatan dengan Sepanyol bagi menentang Portugal dan Uthmaniyah, musuh bersama dengan Sepanyol. Hassun terbu.nu.h dalam pertem.pu.ran, dan Al-Sheikh memulakan dinasti Saadi di Maghribi.

Anaknya, Abdallah al-Ghalib meneruskan per.a.ng di mana dia mengalahkan sekutu Uthmaniyah, Hasan Pasha dari Algiers dalam Pertem.puran Wadi al-Laban, tetapi kekalahan Sepanyol di tangan Algeria di Mostaganem menghalang kemenangan itu.

Tiga kuasa utama Islam pada tahun 1590, Uthmaniyah (hijau), Safawiyah (oren), dan Saadi (merah

Pewarisnya cuba merebut takhta. Adik kepada Al-Ghalib, Abu Marwan Abd al-Malik I Saadi dan abangnya, Ahmad al-Mansur telah diasingkan olehnya lalu mereka menerima perlindungan di Konsantinopel.

Dengan bantuan Uthmaniyah, mereka berjanji untuk merebut kembali takhta. Anak lelaki Al-Ghalib, Abdallah Mohammed membuat persekutuan dengan Portugis untuk menentang Uthmaniyah.

Pertikaian itu diselesaikan pada perte.mp.uran Al Quasir Kebir, atau pertemp.uran Tiga Raja. Ketiga-tiga raja iaitu Abdallah, al-Malik, dan Sebastian terb.unu.h, Ahmad al-Mansur akhirnya memimpin tenteranya menuju kemenangan.

Dia kemudian menghabiskan era pemerintahannya dengan menjalin hubungan bukan hanya dengan Uthmaniyah, tetapi dengan Portugal, Sepanyol, Perancis dan Inggeris.

Dia menolak untuk berpihak, sebaliknya memupuk kerajaannya sebagai bersifat sama rata dan rakan kepada semua. Sebaliknya, dia memanfaatkan krisis takhta Songhai untuk menye.ra.ng Gao dan menghancurkan Empayar Songhai.

Walaupun pe.ran.g saudara Saadi tercetus setelah kema.tian Al-Malik, Uthmaniyah menolak dari masuk campur, Uthmaniyah sedang bergelut dengan krisis dalaman mereka sendiri.

Apabila Sultan Murad IV mengambil takhta, dia memutuskan untuk berkempen di Ukraine dan Mesopotamia dan bukannya di Afrika. Malahan, dia menggunakan sekutunya di Crimea untuk memeran.gi Poland bagi Ukraine dan sebaliknya bertumpu pada penak.lu.kan Iraq.

Pera.n.g Venetia kemudian mengalihkan tumpuan Empayar Uthmaniyah pada zaman penyatuan Dinasti Saadi.

Maghribi bertukar tangan apabila Putera Tafilalt, Moulay Ismail ibn Sharif, memenangi pe.r.ang saudara dan mengambil alih wilayah Fez.  Uthmaniyah menyokong banyak pemberontakan terhadapnya, tetapi tidak memiliki keupayaan untuk mengambil tindakan penuh dan Ismail sering mengalahkan mereka.

Pertem.p.ura.n Tiga Raja

Namun, cubaannya melakukan se.ra.ngan balas menyebabkan kekalahannya di Algeria di Chediouïa

Uthmaniyah kehilangan tapak di Eropah kepada Habsburg, menyebabkan kemerosotan mereka bermula. Dengan kekayaan Uthmaniyah merosot, ia turut akan dirasai oleh negeri-negeri Barbary.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Maghribi terselamat dari Uthmaniyah kerana kemerosotan Uthmaniyah, tetapi sebaliknya menyaksikan mereka terpaksa menghadapi peningkatan konfrontasi dengan kuasa-kuasa besar seperti Sepanyol, Perancis, dan Britain sebagai gantinya.

RUJUKAN:

Richard L. Smith. (1987). Ahmad al-Mansur: Islamic Visionary (New York: Pearson Longman, 2006), 167; La Grande Encyclopdie du Maroc : Histoire, Italy: GEP Publishers.

T.H. Weir. The Shaikhs of XVIth Century Morocco (London: Simpkin, Marshall and Co., 1904)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.