Sebuah kajian dijalankan oleh University of Pennsylvania bagi menjawab persoalan adakah telefon pintar telah mengubah kerelaan penggunanya dalam mendedahkan tentang dirinya kepada orang lain? Jawapannya, ya.

Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa, manusia lebih mudah mendedahkan maklumat tentang dirinya di atas talian (online) apabila menggunakan telefon pintar berbanding menggunakan komputer desktop.

Sebagai contoh, ciapan (Tweet) ataupun ulasan yang ditulis menggunakan telefon pintar lebih jujur, lebih cenderung beremosi dan lebih mudah berbincang tentang masalah peribadi.

Selain itu, apabila pengguna menerima iklan atas talian yang meminta maklumat peribadi seperti nombor telefon, manusia mudah memberikan maklumat tersebut apabila permintaan tersebut diterima daripada telefon pintar berbanding komputer ataupun laptop.

Mengapa telefon pintar memberikan kesan sebegini? Kajian tersebut menjelaskan bahawa, telefon pintar selalunya akan menyebabkan penggunanya merendahkan halangan untuk mendedahkan maklumat yang sensitif.

Hal ini mempunyai kaitan dengan ciri-ciri telefon pintar itu sendiri. Pertamanya, telefon pintar bersaiz kecil – saiz yang membuatkan kita sukar untuk melihat laman sesawang dan menaip dengan berkesan berbanding dengan komputer.

Kesukaran ini membuatkan kita lebih mudah untuk fokus dengan apa-apa permintaan ataupun tugasan yang muncul.

Pada masa yang sama, kita juga akan jadi semakin kurang sedar akan perkara-perkara yang membuatkan kita melindungi maklumat peribadi kita sendiri. Kita kurang sedar apa orang akan buat dengan maklumat peribadi yang kita berikan itu.

Kita sendiri pun tahu apa kesan bermain dengan telefon pintar. Kita terlalu fokus sehingga mengabaikan keadaan sekeliling.

Sebab kedua manusia cenderung mendedahkan maklumat diri menggunakan telefon terletak pada keselesaan dan kebiasaan kita pada telefon.

Kajian tersebut menyebut bahawa telefon pintar sentiasa bersama kita sepanjang masa dan telah melakukan pelbagai tugasan penting dalam hidup kita. Telefon pintar memberikan keselesaan kepada pemiliknya.

Telefon pintar seolah-olah menjadi kawan rapat kita sehingga kita mudah mendedahkan maklumat peribadi. Berbeza dengan komputer yang tidak sepanjang masa bersama dengan kita.

Idea ini disokong melalui analisis ke atas beribu-ribu hantaran di sosial media, ulasan atas talian, maklum balas terhadap iklan dan kajian terkawal dalam makmal. Penemuan ini memberikan implikasi yang signifikan kepada firma-firma dan pengguna.

Sekiranya mana-mana perniagaan yang mahu memahami lebih mendalam tentang keperluan dan kehendak pengguna, lebih baik difahami melalui telefon pintar mereeka.

RUJUKAN:

  1. Shiri Melumad, Robert Meyer. Full Disclosure: How Smartphones Enhance Consumer Self-DisclosureJournal of Marketing, 2020; 84 (3): 28 DOI: 1177/0022242920912732
  2. American Marketing Association. (2020, May 3). Why smartphones are digital truth serum. ScienceDaily. Retrieved May 22, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2020/05/200503092738.htm

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.