Mengapa Sultan-Sultan Uthmaniyyah Tidak Pernah Menunaikan Haji?

3,741

Empayar Uthmaniyyah amat terkenal sebagai antara kerajaan Islam yang memainkan peranan sebagai Khalifah, sekaligus memegang gelaran sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’ (Mekah dan Madinah). Semenangnya dua kota suci itu sangat terjaga dengan baik sepanjang pemerintahan Uthmaniyyah, contohnya, ketika teknologi elektrik kali pertama muncul di Istanbul, Sultan Abdülhamid II memerintahkan agar tempat pertama yang akan menerima bekalan elektrik adalah di Masjidilharam.

Segalanya sangat sempurna dan baik sekali semasa Uthmaniyyah berkuasa sehinggalah tercetusnya Rev0lusi Arab yang menyaksikan kejatuhan dominasi Uthmaniyyah di Semenanjung Arab hasil hasutan pihak British. Namun di sebalik kesempurnaan ini, timbul satu persoalan, mengapa Sultan-sultan Uthmaniyyah tidak pernah menunaikan ibadah Haji?

Ini adalah soalan yang sering diajukan dan kesempatan terbaik untuk menjawab soalan ini adalah dengan merujuk kepada konflik yang melibatkan tentera Janissari dengan Sultan Osman II, kerana jawapannya ada dalam Insiden pembvnuhan Osman II.

Pertama sekali, kita harus merumuskan hvkum wajib menunaikan Haji (fardhu) adalah tertaklvk sah mengikut beberapa syarat, namun oleh kerana syarat-syarat ini berbeza mengikut mazhab, jadi penulis menyenaraikan syarat menunaikan Haji mengikut mazhab Syafie yang tidak ada banyak perbezaan yang ketara dengan mazhab-mazhab lain.

Syarat-syarat Menunaikan Haji Mengikut Mazhab Syafie:

  1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadah Haji yang mereka kerjakan.
  2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  3. Berkemampuan dengan syarat:
  4. Mampu membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
  5. Ada kenderaan pergi dan balik.
  6. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
  7. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
  8. Perjalanan yang aman (selamat).

Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.


Pember0ntakan tentera Janissari terhadap Osman II berpunca dari kecurigaan mereka terhadap hasrat sultan mahu menunaikan Haji

Baik, selepas penjelasan ringkas ini, mari kita mencari jawapan kepada persoalan mengapa Sultan Uthmaniyyah tidak pergi menunaikan haji:

Menurut Perundangan Islam, al-Jihad adalah fardhu kifayah bagi umat Islam.  Atas sebab ini, seorang Muslim selaku individu, boleh memilih untuk menunaikan haji, yang merupakan fardh al-ain, kecuali jika terdapat anc4man bah4ya yang jelas dari musuh yang membenarkan Jihad, yang merupakan fardhu kifayah

Oleh itu, Jihad tidak akan menjadi penghalang bagi individu Muslim untuk menunaikan haji, dengan pengecualian sekiranya timbul syarat bagi orang-orang Muslim yang akan pergi menunaikan haji itu dapat atau berupaya mengatasi anc4man musuh.

Dan di sinilah keputusan untuk para khalifah dan sultan berbeza dengan individu Muslim yang lain. Iaitu, Jihad, yakni seorang pemerintah Uthmaniyyah sentiasa berada dalam keadaan di mana keberadaannya di tanahair sendiri adalah sangat perlu agar sebarang anc4man ser4ngan musuh dapat diperhatikan, ini berdasarkan kedudukan geografi Empayar Uthmaniyyah selaku satu-satunya kerajaan Islam di Eropah Timur yang sentiasa dikelilingi kerajaaan musuh.

Dan dengan keputusan itu, ia telah menjadi penjamin dalam memastikan keselamatan umat Islam dan jika atau ketika diperlukan dalam pertempvran, ia menjadi kewajiban mutlak (fardhu ain) bagi Khalifah dan Sultan.

Abu Hurairah pernah menceritakan sabda Rasulullah S.A.W. yang menyebut bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah ditanya, Amal apakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Beriman kepada Allah dan rasul-Nya”. Baginda ditanya lagi, Kemudian apa? Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah”. Baginda ditanya lagi, Kemudian apa lagi? Baginda menjawab, “Haji Mabrur”. (Hadis Riwayat Bukhari).

Mekah Al-Mukaramah.

Sebabnya jelas: Melindungi nyawa, harta benda dan kesucian umat Islam adalah antara hak masyarakat, atau maslahah umum yang juga dikenali sebagai Hukukullah, iaitu, ia adalah pengabdian yang berkaitan dengan orang ramai.

Kadang-kadang maslahah umum menjadi lebih penting daripada tanggungjawab peribadi.  Dan ini adalah kes yang sama di sini.

Semua Sultan Uthmaniyyah hingga Selim II menghabiskan separuh hayat mereka dalam kempen Jihad ke jalan Allah. Pada hakikatnya, para ilmuan Islam mengeluarkan fatwa (penghakiman) bahawa Sultan harus memilih Jihad yang menjadi kewajiban mereka sebagai fardhu ain dalam kualiti Hukukullah (hvkum umum) dan memelihara perintah duniawi untuk menunaikan Haji sebagai hvkum wajib bersifat peribadi.

Ketika Bayezid II berniat untuk pergi menunaikan haji semasa dia masih seorang Gabenor di Amasya, dengan surat yang bertandatangan di bawah oleh Wazir Agung dan beberapa negarawan terkemuka yang lain, dia dinasihatkan untuk kekal di atas takhta tanpa meninggalkan kedudukannya walau sesaat sama sekali dan meninggalkan urusan haji kepada orang ramai atau mereka yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran negara atau sebaliknya dia akan menyebabkan mvsuh terdorong untuk menyer4ng orang Islam.

Demikianlah juga, Sultan Osman II, yang dengan nekad dan bersedia untuk menunaikan haji dengan harga yang dia bayar dengan nyawanya sendiri.

Pember0ntakan Terhadap Sultan Osman II

Pada tahun 1620, Sultan Osman II terlibat dalam Ekspedisi ke Hotin. Tetapi ramai tenteranya tidak mahu berper4ng. Manakala sebahagian tentera Uthmaniyyah yang lain gagal menawan kubu parit musuh dan ini mematahkan semangat dan moral tentera Uthmaniyyah.

Oleh itu, tentera Uthmaniyyah gagal memperoleh kejayaan dan kemudian mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Hotin.  Menurut perjanjian;

Sultan Osman II

“Lehistan dan Empayar Uthmaniyyah tidak akan menyer4ng antara satu sama lain, dan akan membayar 40,000 dukat kepada Crimean Inn seperti sebelumnya.”

Sultan Osman II berpendapat punca kegagalan ini adalah kerana keengganan tentera untuk berper4ng. Dia cuba membubarkan pasukan elit Janissari tetapi apabila pihak Janissari mendengar berita ini, mereka amat marah. Dan mereka dilaporkan pernah menyatakan ‘’Sekiranya Sultan tidak lagi menginginkan kami, maka kami juga tidak menginginkan Sultan ini!”.

Osman II ingin mewujudkan angkatan tentera baru yang akan dianggotai oleh anggota tentera dari Anatolia, Mesir dan Syria.

Sultan Osman II cuba mengirimkan hasrat dan perintah ini secara rahsia kepada pentadbir Haleb, Erzurum, Şam dan para bangsawan Mesir. Tetapi janissari mengetahui perkara ini melalui orang mereka yang berada di istana dan ini adalah saat terakhir yang amat genting bagi kedua belah pihak. Osman II ingin pergi ke Anatolia untuk mengumpul dan memeriksa angkatan tenteranya yang baharu. Pada waktu ini, pember0ntakan berlaku di Lubnan.

Sultan Osman tahu inilah peluang terbaik untuknya, inilah alasan yang kukuh untuk menghapuskan Janissari, Dan dia mengatakan bahawa dia akan pergi ke Lubnan untuk mencegah pember0ntakan. Tetapi wazir agung dan Sheikh al-İslam mengatakan bahawa tidak perlu bagi Sultan untuk pergi ke Lubnan bagi mencegah pember0ntakan kecil.

Selanjutnya, sultan memutuskan untuk pergi menunaikan haji sebagai alasan (sebenarnya dia mahu mengumpulkan angkatan tenteranya). Sehingga saat itu, tidak pernah ada seorang pun dari semua Sultan Uthmaniyyah yang pernah menunaikan Haji.

Wazir Agung dan Sheikh al-Islam ingin menghentikannya tetapi dia berkeras. Para bangsawan yang sudah sedia maklum akan hasrat Sultan telah pun bersedia dan sedang dalam perjalanan menyambut dan mengiringi Sultan. Tetapi Sultan tidak pernah sempat pergi menunaikan haji.

Pada 20 Mei 1622, Sultan Osman II telah ditangkap oleh pember0ntak dan dibawa ke penjara bawah tanah Yedikule, di situ, dia telah dihvkum bvnuh dengan dijerut leher mengikut tradisi dinasti Uthmaniyyah oleh tentera Janissari. Dia menjadi Sultan Uthmaniyyah yang pertama dibvnuh akibat pember0ntakan.

Jelas sekali, Osman II terk0rban kerana mengabaikan fatwa yang diisukan oleh Essad Effendi, Sheikh-al Islam Uthmaniyyah ketika itu merangkap bapa mertuanya sendiri, berikut adalah petikan keputusan fatwa berdasarkan pandangan ahli Fekah (al-Fiqh):

 “Ibadah Haji tidak menjadi kewajiban bagi Sultan; mereka lebih sesuai kekal di atas takhta mereka dan melaksanakan keadilan agar tidak timbul hasutan”. 

Sekali lagi, Aziz Mahmud Hudai, tokoh paling terkenal pada masa itu, menyokong fatwa itu, beliau dengan bersungguh-sungguh memperingatkan Osman II agar mematuhi fatwa itu. Bahkan, kenyataan Yahia Effendi, yang ditegur oleh Sultan kerana memprovokasi pihak tentera dalam hal itu dan kemudian dilantik sebagai Shaikhulislam, sesungguhnya sesuai dengan kriteria fekah Islam:

“Wahai Sultan kami yang didoakan kebaikan oleh para ulamak dari kejauhan buat Tuanku dalam usaha mencabar para penyangak. Walaupun begitu, kami tidak mahu bersetuju dengan hasrat Tuanku yang mahu menunaikan Haji, kerana nenek moyang Tuanku tidak pernah melaksanakannya, mereka tidak melakukan ziarah yang diberkati itu.  Sultan sebelum ini telah meng0rbankan keinginan sepenuh hati mereka untuk menunaikan ibadah Haji yang suci demi untuk menjaga ketertiban dunia. Adalah salah untuk meninggalkan Mamaliq al-Makhrusah (Empayar Uthmaniyyah yang dirahmati, dilindungi Allah) dengan wujudnya kemungkinan bahawa musuh mungkin muncul dan menimbulkan hasutan di seluruh negara. Oleh itu, jika kami salah dalam menilai hal ini, kami sedia menanggung dosa-dosa kami kerana menghalang Tuanku, sekiranya ada.”

Sementara di sisi lain, ungkapan-ungkapan berikut merangkumi khabar angin yang tersebar di kalangan orang ramai dan tentera, terutamanya pihak Janisari yang menganggap ini adalah tugas mereka untuk melindungi negara dari sebarang bah4ya.

Persepsi sebegini sebenarnya telah menimbulkan masalah ini: Janissari juga didorong oleh desas-desus bahawa  Sultan merancang mahu menubuhkan pasukan tentera baru untuk menggantikan mereka. Janissari telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Osman dengan mengatakan:

“Kamu ingin pergi menunaikan Haji, kamu ingin membubarkan kor Janissari dan Kavalri. Kamu mempunyai cita-cita untuk mengumpulkan angkatan tentera yang baru! Kami dengar kamu akan membawa tentera dari Sham (Syria) dan Aleppo. Kami tidak boleh menerima ini. Duduklah di istana anda dan lakukan seperti yang seharusnya dilakukan oleh seorang Padishah/jadilah seperti seorang Padishah! Jika tidak, hal ini akan jadi berbeza!”

Sebagai penjelasan mengenai syarat wajib memiliki tubuh badan yang sihat, beberapa ahli hvkum Islam telah menyatakan bahawa walaupun seseorang itu sihat tubuh badan, tetapi jika dia dipenjara atau dalam ketakutan dengan pentadbir z4lim yang menghalangnya daripada melakukan haji akan menghalang pelaksanaan haji.

Dan oleh itu kita pun tiba pada kesimpulan bahawa Sultan atau para pembesar yang berada dalam situasi yang sama juga akan dianggap terkurung dan bahawa Haji adalah wajib bagi Sultan hanya jika dari harta peribadinya sendiri selain barangan awam, dan selagi alasan itu masih ada, dia mungkin tidak boleh menunaikan haji hingga ke saat kem4tiannya.

Dan situasi ini berada dalam satu abad di mana teknologi pengangkutan belum begitu canggih seperti yang ada pada zaman kita dan kerja ibadah Haji boleh memakan waktu sekurang-kurangnya tiga bulan.

Oleh itu, ini bermaksud, apabila tidak mengetahui tentang Undang-Undang Islam, kita akan mendorong satu persoalan dan menganggap bahawa Sultan Uthmaniyyah seharusnya wajib menunaikan kewajipan Haji.

Sebenarnya, tidak ada keperluan untuk mempersoalkan mengapa Sultan Uthmaniyyah, yang menghabiskan separuh dari kehidupan mereka di barisan hadapan, melancarkan Jihad sejauh Mesir tetapi tidak pergi menunaikan Haji, kerana bagi seorang Sultan yang melaksanakan kempen mengetuai angkatan tentera sebagai Mujahid (Pahlawan Islam), mereka tidak boleh disamakan dengan tentera yang meninggalkan negaranya sendiri selama tiga bulan untuk berbakti kepada negara.

Pember0ntakan Janissari menggulingkan Osman II

Contoh akibat yang paling ketara adalah reaksi bukan sahaja dari pihak tentera tetapi reaksi masyarakat terhadap Osman II. Sekali lagi, para sarjana Islam pernah menyatakan bahawa Haji tidak wajib selama 20 tahun setelah 326 Hijrah / 937 M kerana pember0ntakan kelompok Karamita, yang menganc4m keselamatan laluan perjalanan jemaah Haji, ini membawa kita kembali kepada salah satu daripada syarat Haji iaitu keamanan/keselamatan dalam perjalanan.

Maka pember0ntakan itu menimbulkan bah4ya bagi jemaah Haji kerana mereka mungkin akan berhadapan dengan anarki dalam perjalanan mereka.

Kesimpulannya, para ulamak pada waktu yang sesuai dengan zamannya itu telah merujuk kepada hvkum Islam untuk tidak mewajibkan bagi Sultan Uthmaniyyah menunaikan ibadah Haji.

Rombongan Haji yang membawa mahmal Uthmaniyyah

Walaupun begitu, mereka tetap menghantar orang lain sebagai wakil menggantikan mereka atau membayar badal haji (upah haji). Adakalanya mereka akan mengirim rombongan bersama mahmal dan beberapa hadiah-hadiah lain sebagai ganti. Namun, dikatakan bahawa Sultan Abdülaziz pernah secara sembunyi melaksanakan ibadah haji melalui penyamaran. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang catatan sahih mahupun dokumen untuk membuktikan perkara ini.

RUJUKAN:

Farooqi, N. (1988). Moguls, Ottomans, and Pilgrims: Protecting the Routes to Mecca in the Sixteenth and Seventeenth Centuries. The International History Review.

Faroqhi, Suraiya (2014). Pilgrims and Sultans: The Hajj Under the Ottomans (Library of Ottoman Studies). B. Tauris.

Dr. Ahmed Akgündüz – Why Did The Ottoman Sultans Not Perform The Hajj Pilgrimage? (link broken)

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.