Mengapa Sistem Juri Tidak Diamalkan Di Malaysia?

2,392

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kalau nak faham lebih lanjut tentang sistem juri, selalunya kita dapat lihat sistem juri ni dalam adegan cerita mat saleh atau kalau anda seorang penggemar cerita Law and Order, anda mungkin perasan yang keputusan tidak dibuat oleh hakim tapi dari pihak juri. Persoalannya, mengapa Malaysia tidak menggunakan sistem juri?

Tapi sebelum tu, apa itu sistem juri? di British, sistem juri ini dianggap berkait rapat dengan sistem demokrasi, di mana pihak juri akan dilantik dari golongan masyarakat tempatan untuk menilai sesebuah prosiding. Ini untuk menggalakkan orang awam menyesuaikan diri dalam sistem penghakiman.

Pihak juri akan dipilih secara rawak melalui latar belakang, dan yang paling penting, mereka tiada hubungan baik atau buruk dengan tertuduh. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya “Influenced trial” di mana juri mungkin akan terpengaruh untuk memberi kuputusan secara tidak adil. Al maklumlah, kita semua ini hanya manusia biasa yang mudah tergoda dengan bisikan simpati atau dendam.

Kedudukan juri pula terdiri daripada nombor ganjil dan bukan nombor genap untuk mengelak dari berlakunya keputusan seri. Pada hari terakhir prosiding, juri-juri akan berbincang dan membuat undian sama ada tertuduh bersalah atau tidak. Ini bermakna, tugas peguam bukanlah untuk meyakinkan hakim tapi sebenarnya, pihak juri. Antara sebab kenapa peguam selalu panggil saksi yang emosional adalah untuk meyakinkan juri dengan kisah sedih mereka.

Kalau juri yang memberi keputusan, apa pula fungsi hakim? Fungsi hakim dalam konteks yang lebih meluas adalah untuk membimbing juri dan mengawal keadaan prosiding supaya ianya berjalan dengan lancar. Selain itu, hakim juga akan menetapkan jenis hukuman yang sesuai untuk tertuduh memandangkan pihak juri hanya laymen dan hakim lebih arif dalam undang-undang dan hukuman apa yang patut dijalani tertuduh.

Kembali kepada persoalan kenapa Malaysia tiada sistem juri, sebenarnya, Malaysia pernah ada sistem juri. Kebanyakan negara yang pernah di jajah British juga menggunakan sistem juri seperti Hong Kong, India dan Singapura. Namun, India dan Singapura masing-masing telah berhenti menggunakan sistem ini pada tahun 1959 dan 1969.

Kembali kepada cerita Malaysia pernah menggunakan sistem juri, ingatkah anda dengan kes Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail? Ini antara kes yang paling popular di Malaysia sehingga terbitnya filem Dukun. Disebabkan kes ini terlalu kontroversi dan rumit, ia menjadi salah satu faktor mengapa Malaysia menghapuskan sistem juri.

Terdapat pelbagai tuduhan yang mengaitkan kes ini dengan kejadian mistik, kerana akar umbi kes ini juga melibatkan ritual antara tertuduh bersama m4ngs4, iaitu Mazlan Idris seorang ahli politik. Tambah lagi seram, badan m4ngs4 dik3r4t 18 dan ditanam berdekatan rumah Mona Fendy.

Memandangkan sebelum prosiding berjalan lagi dah ada banyak cerita belakang tentang Mona Fendy, ianya menyebabkan beberapa ahli juri dan juga saksi menjadi takut, sampai ada yang trauma untuk menghadiri prosiding dan beri keterangan. Namun, bukan itu sahaja yang membimbangkan.

Mona Fandey

Liputan media dan cerita belakang yang tersebar semasa prosiding masih berjalan sedikit sebanyak mempengaruhi pihak juri untuk membuat keputusan yang tidak adil atau bias.

Selepas keputusan diperintah mahkamah, sistem penghakiman Malaysia mengambil keputusan untuk menghapuskan sistem juri demi mengelak dari berlakunya perkara yang sama lagi. Maklumlah, negara kita masih popular dengan penggunaan ritual untuk kepentingan masing-masing.

Namun kini, Malaysia telah beralih sepenuhnya kepada sistem Trial by Judge, bermaksud keputusan datang sepenuhnya dari Hakim dan tiada pihak lain yang berhak membuat keputusan.

Ekoran perkembangan teknologi yang amat pesat, eloklah kita tidak lagi menggunakan sistem juri kerana, ianya hampir mustahil jika kita katakan pihak juri mampu bertahan sepanjang prosiding berjalan tanpa dipengaruhi tulisan atau media yang asyik mengulas tentang situasi-situasi semasa.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.