Hari ini Maggi boleh dikatakan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Malah bagi pelajar, Maggi adalah peneman terbaik dikala susah berbanding teman wanita sendiri. Rapatnya rakyat Malaysia dengan Maggi ni sehinggakan semua jenis mi segera dipanggil Maggi. Ramen bernasib baik kerana tidak turut dipanggil Maggi.

Jenama lain macam Mi Sedaap, Indo Mi dan Mamee semuanya dibantai kena panggil Maggi. Padahal Maggi ini bukan setakat mi segera sahaja malah terdapat beberapa produk lain seperti sos, serbuk perasa dan paste. Persoalannya kenapa boleh jadi begitu?

Sebenarnya, panggilan Maggi kepada semua jenis mi segera adalah sangat tepat dengan visi dan misi pengasas jenama ini. Hal ini kerana pengasas iaitu Julius Maggi menubuhkan Maggi adalah untuk membantu golongan pekerja ketika era revolusi perindustrian memasak makanan dengan  cepat. Menariknya, produk pertama bukanlah mi segera tetapi adalah sup kacang. Julius Maggi berpendapat sup kacang tersebut akan membantu golongan pekerja mendapat nutrisi seimbang biarpun tanpa masakan yang kompleks.

Julius Maggi

Di Malaysia pula, Maggi muncul dengan sos tomato dan cili sebagai produk pertama. Beberapa tahun selepas itu barulah Maggi muncul dengan produk mi segera. Mi segera daripada Maggi hadir ke Malaysia tepat pada masanya iaitu ketika negara ini dalam fasa peralihan ke perindustrian.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Bermakna kilang semakin banyak dibina dan rakyat mula memenuhi tawaran pekerjaan di bandar-bandar perindustrian. Waktu bekerja di kilang pula biasanya adalah 12 jam termasuk overtime. Oleh sebab itu, ramai pekerja kilang tidak sempat untuk memasak dan membeli makan yang akan mengambil masa begitu lama.

Ditambah lagi golongan wanita juga turut memenuhi permintaan kerja di kawasan perindustrian sehingga mereka tidak miliki masa untuk memasak. Mahu tak mahu mereka perlu dapat makanan yang mudah dan ringkas. Dari sini Maggi sudah nampak bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah yang pernah melanda Eropah ketika revolusi perindustrian.

Apa yang Maggi buat adalah memberikan fokus kepada golongan pekerja dan wanita. Jika mereka berjaya menakluk dua golongan ini, bermakna Maggi akan bersinar di Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat itu Maggi menghasilkan begitu banyak iklan yang menampil wanita sibuk bekerja sehingga tidak sempat nak makan. Penyelesaian yang diberi adalah mi segera Maggi yang mudah dan cepat. Maggi juga memberikan fokus kepada kanak-kanak yang memang bersifat agak kurang sabar dengan semua perkara.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Maka, Maggi telah menghasilkan iklan yang menggambarkan kanak-kanak ingin makan dengan cepat. Dialog “Mee Maggi, cepat dimasak, sedap dimakan!” memberi makna bahawa Maggi adalah penyelesaian kepada sifat kurang sabar itu.

Berbekal tiga jenis target pelanggan tersebut, sedikit demi sedikit Maggi mula sinonim sebagai mi segera di minda rakyat Malaysia. Di samping itu nak sebut perkataan “mi segera” itu memang agak sukar, frasa Maggi adalah yang terbaik. Jadi bermula dari situlah mi segera mula dikenali sebagai Maggi.

Sekarang ni cuba bayangkan kalau Maggi tidak memasuki pasaran Malaysia. Rasa-rasanya panggilan apa yang akan kita gunakan untuk mi segera?

RUJUKAN:

Jen. (2020, Oktober 23). How did we get Maggi in Malaysia? Salt & Lada. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply