Mengapa Manusia Suka Membina Bangunan Tinggi?

860

https://bit.ky/kombowww

Hampir setiap bandar raya mempunyai mercu-mercu tanda dibina begitu tinggi. New York City misalnya mempunyai 6,000 bangunan tinggi, yang 274 daripadanya menepati ciri-ciri pencakar langit.

Begitu juga Hong Kong, Shenzhen dan Dubai. Semua negara berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Burj Khalifa, Shanghai Tower dan Abraj al-Bait Clock Tower merupakan tiga bangunan paling tinggi di dunia.

Shanghai Tower

Tidak lama lagi, Jeddah Tower, Merdeka PNB118 dan Goldin Finance 117 akan menyertai senarai bangunan pencakar langit dunia.

Menara 118

Bangunan-banguan tinggi sebenarnya menunjukkan cita-cita sebuah negara tanpa had dan sempadan. Jepun sebagai contohnya merupakan sebuah negara untuk 126.5 juta orang.

Untuk memuaskan semua orang, tanah pula tidak mencukupi. Mereka boleh saja bina ikut suka di China dan Korea Selatan (yang menghadapi masalah populasi sendiri). Tetapi sempadan menjadi masalah.

Mesir juga berdepan dengan situasi lebih kurang. Saiz republik tersebut besar. Tetapi majoriti rakyat mencari kesenangan yang hanya ada di beberapa bandar sahaja.

Tidak perlu tengok jauh – Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pun sudah cukup jelas. Apabila tanah tidak cukup, bina saja bangunan secara meninggi.

Seni Bina Melambangkan Prestij

Amerika Syarikat asalnya mendominasi carta dengan bangunan-bangunan tinggi. Empire State Building dan Willis Tower masih mencakar langit New York City.

Kepesatan bandar raya tersebut mungkin memustahilkan projek menara baharu. Ini memberikan kelebihan kepada negara-negara Asia. Setiap zaman, ada saja negara yang ingin mencabar rekod ketinggian. Burj Khalifa merupakan mercu pertama yang mencecah paras 800 meter. Arab Saudi pula enggan kalah dan mengusahakan projek Jeddah Tower, mungkin melepasi paras satu kilometer.

Banyak manfaat diperolehi daripada perlumbaan ini. Kemegahan pencakar langit menunjukkan tahap kejuruteraan dan kebudayaan dalam sebuah masyarakat.

Bangunan-bangunan tinggi juga membuktikan bahawa sebuah bandar sangat pesat dan maju. Jika sebuah bandar tidak perlu bangunan-bangunan tinggi, nescaya semua bangunan sedia ada akan terbiar kosong.

Secara langsung, ia dianggap prestij sesebuah tempat. Kuala Lumpur akan hidup seperti biasa tanpa Menara Berkembar PETRONAS pun. Tetapi dengan adanya sepasang menara megah tersebut, status ibu negara Malaysia lebih kerap disebut.

Kesan Buruk Menara Tinggi

Apabila terlalu ramai orang menetap di satu kawasan kecil (seperti menara tinggi), ia akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran.

Bayangkan pula bangunan-bangunan tinggi di bina di sesuatu tempat, dan datang saja waktu bekerja atau balik rumah, semua berpusu-pusu di jalan raya. Inilah punca kesesakan lalu lintas.

Infrastruktur yang lemah menghantui banyak negara hari ini. Amerika Syarikat tidak terkecuali – malah negara inilah paling teruk terkesan.

Pembangunan pesat ini sepatutnya perlu meningkatkan kualiti hidup. Tetapi semakin ramai berada di sebuah tempat, semakin banyak pula kadar jen4y4h yang berlaku.

Cabaran hidup bandar raya mungkin memainkan peranan di sebalik perkara ini. Penyelidikan tiga tahun yang dijalankan Universiti New York menunjukkan perkaitan antara ketinggian bangunan dan kadar j3n4y4h.

Bangunan tiga tingkat mempunyai 30 jen4y4h bagi setiap 1,000 keluarga. Bangunan tujuh tingkat pula mencatatkan 41 jen4y4h. Dan bangunan 13 hingga 30 tingkat, kadar j3n4y4h ialah 68.

Selain daripada jen4y4h, kawasan bangunan tinggi juga menunjukkan kadar kemurungan yang tinggi. Persekitaran urbanisasi ini meninggalkan kesan buruk kepada perasaan dan ketenangan jiwa.

Perkara ini secara berperingkat mendorong kepada gangguan mental yang dialami penduduk-penduduk bandar.

 

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.