Mengapa Huawei Diragui Dunia?

4813
views

Syarikat gergasi China ini menerima beberapa tentangan hebat daripada beberapa buah negara kebelakangan ini.

Hal ini kerana Huawei dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan China hari ini.

Perkara ini dilihat sebagai ancaman keselamatan terhadap Amerika Syarikat, negara Eropah dan negara sekutunya.

Tetapi tuduhan-tuduhan ini disangkal oleh Huawei.

Buat pengetahuan anda, Huawei merupakan pembekal alatan telekomunikasi terbesar dunia dan bercadang untuk menguasai dan memonopoli teknologi 5G.

Tekanan daripada negara-negara Eropah dan AS menyukarkan mereka merealisasikan pelan ini.

Latar belakang pengasas Huawei menambahkan kerisauan dan keraguan terhadap integriti Huawei. Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi di People Liberation Army.

Terdapat syak wasangka bahawa Huawei menggunakan alatan telekomunikasi mereka untuk mengintip negara luar.

Betul ke Huawei melakukan aktiviti pengintipan?
Pada tahun 2003, Huawei telah dituduh mencuri harta intelek sebuah syarikat AS iaitu Cisco.

Tahun lalu pula, CFO Huawei, Meng Wanzhou ditahan di Kanada kerana telah melanggar sekatan AS terhadap Iran.

Februari 2018, ketua US Intelligence Agency memberitahu senate mereka supaya tidak lagi menggunakan peralatan Huawei dan ZTE dalam agensi kerajaan. Mereka menyarankan supaya kerajaan AS menggunakan teknologi dan kelengkapan daripada syarikat AS.

Hasilnya, pada bulan Ogos 2018, Kongres AS dan President AS, Donald Trump menandatangani RUU bagi mengharamkan agensi AS penggunaan alatan telekomunikasi daripada syarikat China.

Australia dan New Zealand turut mengikuti langkah AS dengan mengharamkan penggunaan teknologi 5G Huawei di negara mereka.

Di UK pula, syarikat telekomunikasinya BT Group mengumumkan mereka tidak akan menggunakan sebarang teknologi Huawei dalam rangkaian mereka. Di Perancis juga begitu.

Tapi sehingga kini masih belum ada bukti yang jelas sama ada Huawei menggunakan teknologi mereka bagi tunjuan pengintipan.

Atau tindakan ini sekadar menghalang kebangkitan China untuk menguasai ekonomi dunia? Seperti mana perang dagangan US-China.

Adakah isu keselamatan ini direka semata-mata?

Jika anda perhatikan, syarikat China kini mula mendominasi pasaran telefon pintar dunia. Bagi tahun 2018, market share dipegang oleh Samsung(Korea Selatan) , kedua Huawei(China), ketiga Apple (AS) dan keempat Xiaomi(China).

Selagi belum ada bukti yang kukuh, tiada kesimpulan yang boleh dibuat.

Artikel adalah sumbangan page kembar The Patriots, My Two Cents.