Mengapa Empayar Mongol Berpecah Belah?

1,586

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Istilah ‘Mongol’ sebenarnya jarang digunakan sebelum empayar itu bangkit. Sebelum Genghis Khan memulakan kebangkitannya melalui kempen-kempen ketenter4an dan menubuhkan Empayar Mongol, dia terlebih dahulu perlu menyatukan bangsa-bangsa nomad dari seluruh stepa (padang rumput), terutamanya lima suku Mongol yang mendominasi dataran tinggi Mongolia iaitu Kerait, Naiman, Tatar, Mergid dan Khamag di bawah satu gagasan atau federasi yang kita kenali hari ini sebagai Mongol.

Empayar-empayar Mongol yang terpecah.

Semenjak itu, pelbagai suku-suku nomad yang lain turut mula bersatu di bawah kuasa Mongol, antaranya Jurchen (Manchu), Turkik, Khitan, dan banyak lagi. Konsep penyatuan suku-suku nomad di bawah satu gagasan bernama Mongol ini sangat mirip dengan konsep yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka sebelum itu yang menurut catatan sejarah China, hanya dikenali sebagai Federasi Xiongnu.

Empayar Mongol hanya perlu mengambil masa selama 32 tahun melalui pemerintahan tiga orang penerus untuk berpecah sepenuhnya. Namun, semenjak bermulanya kem4tian Genghis Khan lagi empayar dengan sempadan berdampingan yang terbesar dalam sejarah dunia itu mula berpecah belah.

Kublai Khan dianggap sebagai Khan Agung yang terakhir, walaupun para pengganti dan cucu cicitnya adalah juga pernah menyandang gelaran tersebut. Kublai bagaimanapun tidak memiliki banyak pengaruh kuasa di luar sempadan Dinasti Yuan di China.

Kemuncak kekuasaan Mongol

Setelah kem4tian Kublai Khan pada tahun 1294, Empayar Mongol telah mengalami keretakan secara terbuka dan menyebabkan ia berpecah kepada empat pemerintahan kekhanan utama atau empayar yang terpisah yang masing-masing mengejar kepentingan dan memiliki objektif mereka yang tersendiri:

  • Kekhanan Golden Horde di barat laut, didirikan dan diperintah oleh keturunan anak lelaki pertama Genghis Khan, Jochi.
  • Kekhanan Chagatai di Asia Tengah, ditubuhkan dan diperintah oleh keturunan anak kedua Genghis Khan, Chagatai.
  • Ilkhanat di barat daya, didirikan dan diperintah oleh cucu Genghis Khan, Hulugu Khan merangkap anak kepada putera bongsu Genghis Khan, Tolui, dan pemerintahan diteruskan oleh keturunannya.
  • Dinasti Yuan / Kekhanan Teragung di timur (China) yang berpusat di Beijing moden, ditubuhkan dan diperintah oleh cucu Genghis Khan merangkap abang kepada Hulugu, Kublai Khan, (juga anak kepada putera bongsu Genghis Khan, Tolui).

Apakah punca yang menyebabkan empayar yang terbesar di dunia tanpa pemisahan sempadan ini tiba-tiba berpecah kepada empat kerajaan Khan?

Genghis Khan meninggal dunia pada 18 Ogos 1227. Genghis telah menamakan anak ketiganya, Ögedei, sebagai pewarisnya untuk meneruskan legasi selaku Khan Agung kedua, atau juga disebut sebagai Khagan, setelah pert3ngkaran yang sengit di antara dua anak yang paling tua di mana ia menjadi ancaman yang akan memecah belah keluarga mereka.

Maka, bagi mengelakkan pertelingk4han menjadi semakin par4h, mereka memilih jalan alternatif di mana kedua-dua anak yang paling tua itu akhirnya bersetuju untuk menyokong adik mereka yang ketiga sebagai Khan Agung, jadi, tidak ada lagi sebab untuk berlakunya perpecahan keluarga.

Tugu besar Genghis Khan di Muzium Genghis Khan, Mongolia

Kedudukan pemangku Khan pada awalnya disandang oleh anak keempat Genghis Khan, Tolui sehingga selesai upacara pemilihan rasmi abangnya Ögedei dalam satu tradisi pemerintahan Mongol yang dikenali sebagai tradisi kurultai pada tahun 1229.

Pada saat itu, Empayar Mongol memegang kuasa pemerintahan sebagai sebuah negara yang bersatu seluas dari Lautan Pasifik di Timur hingga ke Laut Kaspia di Barat. Struktur ukuran saiz empayar ini berdasarkan pemetaan merupakan sebuah empayar yang berukuran dua kali ganda lebih besar daripada Empayar Rom di kemuncaknya, dan sebuah empayar daratan bersambung yang terbesar dalam sejarah.

Empayar Mongol di bawah pemerintahan Ögedei Khan kemudiannya terus berkembang, baik di Timur dan Barat. Bashkir, Bulgaria, dan beberapa kerajaan lain di stepa barat adalah antara kerajaan terawal yang dijatuhkan Mongol. Pada tahun 1230, Khan Agung itu secara peribadi mengetuai angkatan tenter4 Mongol dalam kempen menentang dinasti Jin di China.

Panglima Mongol yang ternama, Subutai, berjaya men4wan ibu kota Maharaja Aizong atau nama cinanya, Maharaja Wanyan Shouxu dalam Pengepungan Kaifeng pada tahun 1232, kemudian Dinasti Jin runtuh pada tahun 1234 setelah tenter4 Mongol men4wan Kaizhou.

Kempen Mongol di China

Mongol kemudian mengalihkan tumpuan mereka kepada Dinasti Song, yang sebelum itu cukup mudah diperbodohkan oleh Mongol kerana Song nekad membantu tenter4 Mongol melawan Dinasti Jin yang juga merupakan sebuah kerajaan kaum nomad tetapi telah berasimilasi dengan budaya Cina Han, mereka lebih memilih untuk membantu Mongol daripada bergabung dengan Dinasti Jin menentang pencerob0han Mongol.

Di Barat, panglima Mongol yang bernama Chormaqan menghancvrkan kerajaan Turkik-Parsi di bawah pemerintahan Jalal ad-Din Mingburnu Shah, shah terakhir Empayar Khwarizmi sebelum Jalal ad-Din melarikan diri. Ini satu lagi contoh pemerintahan yang kurang bijak kerana mereka terlebih dahulu mempr0vokasi Mongol hingga menimbulkan keteg4ngan.

Hasilnya, kerajaan-kerajaan kecil di Parsi selatan secara sukarela memilih untuk menerima ketuanan Mongol, dan tenter4 Mongol mulai memandang ke arah barat ke Rusia.

Di sebalik semua kejayaan dalam kempen ketenter4an ini, keteg4ngan dalaman kian meningkat dalam pemerintahan Mongol. Batu Khan, anak lelaki merangkap pewaris kepada Jochi, melihat hubungannya dengan Güyük, anak sulung Ögedei, dan Büri, cucu Chagatai Khan, sebagai semakin buruk secara dramatik semasa jamuan meraikan kemenangan Batu Khan menewaskan Kievan Rus’ selatan. Keadaan hanya masih terkawal kerana Ögedei masih hidup.

Tenter4 Mongol diketuai Subutai mula mara ke Eropah dengan pencerob0han Mongol ke atas Poland dan Hungary. Perikatan Poles, Moravia, dan perintah ketenter4an Kristian dari Knights Hospitaller, Teutonic Knights dan Knights Templar dimvsnahkan oleh hanya satu sayap tenter4 Mongol di Legnica pada 9 April 1241, sementara 300 batu dari situ pula, tenter4 Hungary bersama sekutu-sekutu mereka dari Croatia dan Knights Templar juga turut dihancvrkan oleh satu lagi sayap tenter4 Mongol di Sungai Sajo pada 11 April 1241.

Namun, kem4tian Khan Agung, Ögedei Khan telah menghentikan sementara peluasan kuasa Mongol dan menghalang kemaraan Mongol menuju ke Vienna untuk membuka laluan mereka menyer4ng Empayar Rom Suci. Pergelvtan dalaman dinasti itu akhirnya akan memecahbelahkan Empayar Mongol, dan ia bermula dengan kem4tian Ögedei Khan.

Ilustrasi Güyük Khan menerima kunjungan bangsawan Eropah semasa upacara Kurultai

Janda Ögedei yang bernama Töregene memangku kuasa pemerintahan dengan menguasai sebahagian besar empayar. Dia berjaya mendapatkan sokongan dari ramai para bangsawan Mongol, dan anak lelaki Ögedei, Güyük, dilantik sebagai pewaris.

Tetapi Batu yang memerintah Golden Horde, yang risau akan keselamatan diri dan nyawanya berikutan hubungannya yang tegang dengan Güyük, enggan untuk turut menghadiri upacara kurultai, dengan memberi alasan bahawa dia sedang mengalami masalah kesihatan. Kedudukan pecahan sempadan yang terikat lagi buntu ini bertahan selama lebih dari empat tahun dan seterusnya menggugat perpaduan empayar.

Walaupun Batu akhirnya mengakui Güyük sebagai Khan Agung, keretakan di dalam struktur imperial telah lama bermula dan tidak dapat dielakkan lagi.

Güyük meninggal dunia pada tahun 1248, dan walaupun terdapat usaha terdesak oleh janda Güyük, iaitu Oghul Qaimish yang cuba mengambil alih kekuasaan, hasilnya adalah kegagalan, dan setelah tiga tahun bergelvt, Möngke, anak lelaki Tolui, telah terpilih sebagai Khan Agung dengan bantuan Batu Khan.

Walaupun sebahagian besar suku-suku Mongol akhirnya menerima pemilihannya, jelas bahawa pergelvtan dinasti akhirnya tetap akan memecahbelahkan Empayar Mongol.

Tetapi semasa pemerintahan Möngke Khan, isu perpecahan dinasti berupaya diselesaikan, dan Empayar Mongol terus berkembang. Möngke mengirim adiknya Hulagu ke selatan untuk menaklvk Timur Tengah dan Afrika, hasilnya, Hulagu berjaya menjatuhkan Khilafah Abassiyah di Baghdad. Abang Hulagu, Kublai pula dihantar ke China untuk meneruskan penaklvkan terhadap Dinasti Song.

Tetapi, di saat Hulagu hendak meneruskan kemaraan ke Timur Tengah terutamanya ke Syria, dia terpaksa pulang ke ibukota kerana Möngke Khan meninggal dunia pada tahun 1259, ini mengakibatkan tenter4 Mongol dikalahkan oleh tenter4 Mamluk semasa sedang mara ke barat dalam Pertempvran Ayn Jalut pada tahun 1260.

Pertempvran Ayn Jalut

Möngke Khan boleh dikira sebagai Khan Agung terakhir yang memerintah keseluruhan Empayar Mongol sebagai negara yang bersatu. Selepas kem4tian Möngke Khan, saingan untuk pemilihan dalam upacara kurultai secara serentak telah memilih dua pengganti yang berbeza, iaitu adik-adik Möngke, Ariq Böke dan Kublai Khan.

Lalu situasi ini membawa kepada Per4ng Saudara Toluid, yang berlangsung selama empat tahun.  Meskipun Kublai Khan muncul sebagai pemenang, dia juga terpaksa menghadapi penentangan berterusan dari keturunan anak lelaki Genghis yang lain. Kublai berjaya mengambil alih kekuasaan, tetapi per4ng saudara terjadi ketika usahanya yang gagal untuk menguasai kembali keluarga Chagatayid dan Ögedeid. Empayar Mongol mula berpecah akibat per4ng merebut takhta tertinggi.

Kublai tidak pernah berjaya mengendalikan seluruh empayar, dan dia dan cucunya merangkap penggantinya, Toghan Temür Khan, adalah Khan Agung yang terakhir, walaupun mereka hanya memiliki kekuasaan nominal ke atas pecahan-pecahan Empayar Mongol yang berada di luar dari sempadan Dinasti Yuan di China.

32 tahun selepas kem4tian Genghis Khan, empayar terbesar yang tidak pernah terputus sempadannya di daratan dalam sejarah manusia itu akhirnya dipisahkan menjadi empat Empayar yang berbeza. Empayar Mongol setelah kem4tian Möngke Khan terbahagi kepada empat entiti politik yang terpisah, iaitu Kekhanan Chagatai di tengah Mongol, Golden Horde di barat, Ilkhanat di Timur Tengah, dan Dinasti Yuan di China.

Namun, empat pecahan Empayar Mongol ini juga masing-masing runtuh jua akhirnya, ada yang turut mengalami perpecahan sekali lagi, seperti Golden Horde.

Kekhanan Golden Horde

Pada awal abad ke-15, Golden Horde mula berpecah belah. Menjelang tahun 1466, wilayah mereka dipecahkan kepada beberapa kerajaan yang secara kolektifnya dipanggil sebagai Great Horde, ia meliputi Kekhanan Kazan, Kekhanan Crimea, dan Kekhanan Astrakhan. Kesemuanya telah menjadi kerajaan Tatar yang berbahasa Turkik.

Pergolakan dalaman ini membolehkan negara utara Muscovy (Moscow) melepaskan diri dari penj4jahan Tatar selepas Pertempvran Agung Sungai Ugra pada tahun 1480. Kekhanan Crimea dan Kekhanan Kazakh merupakan sisa terakhir keturunan Golden Horde yang masing-masing bertahan hingga 1783 dan 1847. Kekhanan Khazan pula jatuh pada tahun 1552 dan Kekhanan Astrakhan jatuh pada tahun 1556 (semasa pemerintahan Ivan IV The Terrible).

Kekhanan Chagatai

Manakala Kekhanan Chagatai pula pada mulanya mengakui ketuanan Khan Agung, tetapi menjelang pemerintahan Kublai Khan, Ghiyas-ud-din Baraq tidak lagi mematuhi perintah Khagan. Pada pertengahan abad ke-14, Chagatai kehilangan wilayah Transoxania kepada Empayar Timuriyah yang juga merupakan kerajaan campuran Turki-Mongol berbudaya Parsi.

Wilayah yang jatuh itu kemudian dikenali sebagai Moghulistan, yang berlangsung hingga akhir abad ke-15 apabila ia berpecah menjadi Kekhanan Yarkent dan Kekhanan Turpan. Pada tahun 1680, wilayah-wilayah Chagatai yang tersisa hilang kemerdekaannya di tangan Kekhanan Dzungar dan pada tahun 1705, khan Chagatai terakhir disingkirkan dari takhta, lalu mengakhiri dinasti Chagatai.

Ilkhanat

Pada kemuncak kuasanya, Ilkhanat merangkumi wilayah-wilayah di sekitar Iraq moden, Armenia, Georgia, Afghanistan, Turkmenistan, Pakistan, sebahagian Dagestan moden, dan sebahagian Tajikistan moden.

Pemerintah Ilkhanat di pertengahan tahunnya, bermula dengan Mahmud Ghazan pada tahun 1295 yang telah mewarisi agama Islam setelah Ahmad Tegüder menjadi Khan Ilkhanat pertama yang memeluk Islam. Pada tahun 1330-an, penduduk wilayah Ilkhanat dilanda bencana akibat w4bak Black D3ath. Abu Sa’id Khan selaku Khan yang terakhir meninggal dunia pada tahun 1335.

Selepas kem4tian Abu Said Khan, empayar Ilkhanat mula berpecah belah dengan cepat dan akhirnya membentuk negeri-negeri kecil yang bersaing sesama mereka, terutamanya negeri Jalayiriyah. Namun begitu, saki baki tenter4 Mongol dibawah pimpinan Amir Temur yang berdar4h Turki-Mongol, menyatukan bekas j4jahan Ilkhanat ini dan membentuk Empayar Timuriyah yang berbudaya Parsi.

Dinasti Yuan

Tahun-tahun terakhir Dinasti Yuan dicemari dengan perebutan kuasa, kebulvran, dan penentangan dari kalangan penduduk. Secara perlahan-lahan, para penerus kuasa Kublai Khan kehilangan setiap pengaruh mereka di wilayah Mongol yang lain di seluruh Asia, sementara ramai bangsa Mongol di luar Dinasti Yuan menganggap mereka telah berubah menjadi bangsa Cina Han. Ditambah lagi dengan siri kekalahan dalam beberapa kempen terutamanya semasa ser4ngan laut terhadap Jepun dan pertempvran dengan kerajaan Singhasari di Nusantara.

Pada tahun 1351, Pember0ntakan Serban Merah yang dipimpin oleh para penyokong bekas Dinasti Song mulai dan berkembang menyebabkan berlakunya pember0ntakan di wilayah China yang dij4jah Dinasti Yuan, para penyokong Song mendirikan Dinasti Song sekali lagi pada tahun 1351 dengan ibu kotanya di Kaifeng.

Toghon Temür yang menjadi Khan ketika itu secara beransur-ansur kehilangan minat dalam politik dan berhenti campur tangan dalam pergelvtan politik. Dia melarikan diri ke utara menuju Shangdu dari Khanbaliq (Beijing hari ini) pada tahun 1368 setelah pasukan pember0ntak Míng yang diasaskan oleh Zhu Yuanzhang di selatan mula tiba ke ibu kota.

Zhu Yuanzhang yang juga bekas Putera dan panglima per4ng tenter4 Serban Merah yang menyokong Dinasti Song telah mengambil alih kekuasaan sebagai Maharaja setelah kem4tian Maharaja Song dari Serban Merah, Han Lin’er, yang telah berusaha merampas kembali Khanbaliq tetapi akhirnya gagal dan meninggal dunia di Yingchang (terletak di Mongolia Dalam sekarang) dua tahun kemudian (1370).

Yingchang kemudian ditaklvk oleh tenter4 Ming sejurus selepas kem4tiannya. Putera Liang, Basalawarmi membentuk kempen penentangan secara berasingan terhadap Ming di Yunnan dan Guizhou, tetapi pasukannya dikalahkan oleh Ming pada tahun 1381. Menjelang tahun 1387 pasukan Yuan yang tersisa di Manchuria di bawah Naghachu juga telah menyerah kalah kepada Dinasti Ming.

Saki baki dinasti Yuan berundur ke Mongolia setelah kejatuhan Yingchang ke tangan tenter4 Ming pada tahun 1370, di mana nama Yuan Besar secara rasminya terus digunakan di Mongolia, dan dikenali sebagai Dinasti Yuan Utara, sementara Zhu Yuanzhang memulakan pemerintahannya yang baru di China dengan menubuhkan Dinasti Ming.

Sepanjang tempoh selepas itu, Dinasti Yuan Utara juga mula berpecah belah kepada beberapa kerajaan di stepa, situasi sebegitu berulang beberapa kali sehinggalah tertubuhnya Kekhanan Dzungar sebagai salah satu kekhanan Mongol yang terakhir.

Pada tahun 1755, tenter4 Manchu dari Dinasti Qing memanfaatkan per4ng saudara yang dihadapi Kekhanan Dzungar untuk menaklvki Dzungaria (Xinjiang) dan menghancvrkan hampir seluruh suku Dzungar Mongol. Kehancvran Dzungar menyebabkan Dinasti Qing menaklvk Mongolia, Tibet, dan membentuk wilayah Xinjiang sebagai unit pentadbiran politik.

Mongolia

Setelah kejatuhan Dinasti Qing pada tahun 1911, Mongolia mengisytiharkan kemerdekaan, namun hanya mencapai kemerdekaannya yang sebenar dari Republik China pada tahun 1921. Tidak lama selepas itu, negara ini menjadi negara satelit untuk Kesatuan Soviet, yang telah membantu mereka menuntut kemerdekaan dari China.

Pada tahun 1924, Republik Rakyat Mongolia ditubuhkan sebagai negara sosialis. Selepas rev0lusi anti-Komunis pada tahun 1989, Mongolia mengadakan rev0lusi demokratiknya sendiri secara aman pada awal tahun 1990. Ini membawa kepada sistem pelbagai parti, perlembagaan baru tahun 1992, dan peralihan ke ekonomi pasaran. Maka terbentuklah negara Mongolia yang kita kenali hari ini.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.