Pada 14 Mac merupakan hari ulangtahun kelahiran Albert Einstein dan 6 hari sebelum itu adalah Hari Wanita Sedunia (8 Mac).

Pada perkahwinan pertamanya, Einstein berkahwin dengan Meliva Maric – satu-satunya pelajar wanita di Zurich Polytechnic dan satu-satunya pelajar yang lebih cemerlang oleh Einstein dalam matematik. Ketika Einstein tidak dapat menjadi pensyarah setelah tamat pengajian kerana sikapnya yang suka memberontak, beliau bekerja di pejabat paten.

Di sinilah bermulanya tahun keagungan Einstein kerana dalam masa setahun, Einstein telah menghasilkan 4 buah kertas kajian yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam dunia saintifik – kewujudan molekul, relativiti khas, pembuktikan kuantum dan kesaksamaan jisim tenaga.

Tetapi jangan tidak tahu, hasil daripada penemuan agung ini, isterinya Meliva telah memberikan sumbangan yang besar terutamanya dalam membangunkan rumusan matematik.

Einstein akui, kalau setakat penjelasan fizik, dia boleh pergi. Tetapi kalau matematik, dia perlukan bantuan isterinya. Ini bukan bermaksud Einstein lemah matematik seperti popular diketahui umum. Matematiknya sangat bagus, tetapi isterinya jauh lebih cemerlang.

Yang menyedihkan, Einstein tidak pernah mengkreditkan isterinya dalam hasil kajiannya. Ini sangat melukakan perasaan Meliva. Malah, bagi Meliva, itu boleh bagi loncatan kepadanya untuk menjadi saintis ternama. Saintis merupakan cita-citanya sejak kecil. Ayahnya pernah merayu pada sekolah dan universiti supaya Meliva dapat belajar – masa itu wanita susah nak dapat hak pendidikan.

Untuk pengetahuan semua, Meliva tidak berminat untuk bercinta kerana dia mahu mencapai cita-citanya dulu. Walau bagaimanapun, Einstein tetap berusaha untuk buatkan Meliva jatuh cinta. Akhirnya berkahwin.

Einstein dan Meliva bercerai bukan sebab ini tetapi kerana Einstein tidak dapat menanggung beban rumahtangga jaga anak dan rumah bersama. Einstein terlalu fokus kepada kajian. Tambah lagi, Einstein mempunyai perempuan lain iaitu sepupunya sendiri – Elsa.

Marie Curie – penerima dua Anugerah Nobel berbeza dan penerima Anugerah Nobel wanita yang pertama – merupakan idola Meliva. Kalau ikutkan, tahap kecerdikan mereka memang setaraf. Tetapi mereka berakhir pada destinasi yang berbeza. Marie menjadi saintis ternama, Meliva pula jadi isteri kerja di dapur. Kenapa?

Kerana suami.

Ketika Pierre Curie dinobatkan sebagai calon Anugerah Nobel, Pierre menyatkan kepada Yayasan Nobel bahawa penemuannya dalam radiasi adalah kerana jasa isterinya yang sangat besar. Pierre tidak akan menerima anugerah tersebut kalau anugerah itu tidak dikongsi bersama isterinya. Akhirnya, Marie menjadi wanita pertama yang menerima Anugerah Nobel. Malah, menjadi satu-satunya saintis yang menerima dua Anugerah Nobel dalam bidang berbeza.

Sumbangan Meliva dalam kajian Einstein adalah hal perdebatan kerana tidak dipastikan sejauh mana sumbangan Meliva dalam membangunkan kajian-kajian Einstein ketika tahun 1905.

Apa-apa pun, para gadis di luar sana, pilihlah lelaki yang boleh melonjakkan kalian menjadi individu yang lebih baik. Orang yang sokong cita-cita kalian. Orang yang sentiasa membantu kalian untuk mencapai matlamat kalian.

RUJUKAN

  1. Isaacson, W., & Holton, G. (2009). Einstein: his life and universe. American Journal of Physics77, 95-95.
  2. Inspirasi daripada laman Twitter; https://twitter.com/DrChiemeziem/status/1103600080437813248?s=20&fbclid=IwAR0m9Ir-rMQtG-OGN_m_s0pmX9KxmZRubIYpwrdqkO0v9CfQvD0tMbaSnyo

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.