“Kami Rela Dibawah Uthmaniyyah Daripada Katolik Sepanyol!” – Rakyat Belanda

3,675

Pernah pergi desa Turkeye di Belanda?  Di mana tu?  Tak pernah dengar lah, Turki, Turki lah. Belanda, Belanda lah kan? Tak lah, Turkeye adalah sebuah desa pedalaman di Belanda, dan… ya, namanya memang bersempena dengan nama Turki. Tapi kenapa?

Berdasarkan pemerhatian sosial, sesetengah pengulas sejarah Eropah beranggapan bahawa 99 peratus penduduk Belanda belum pernah mendengar tempat ini atau pernah mengunjunginya. Selama berabad-abad, desa yang bernama Turkeye ini sukar untuk dijangkau dan terlalu terpencil dari geografi populasi utama masyarakat Belanda.

Hingga ke hari ini, dikatakan para pengunjung yang ingin melawati desa terpencil itu masih perlu melalui cabaran yang besar untuk tiba ke tempat yang kecil itu. Desanya mungkin sekecil namanya, tetapi tidak ramai orang tahu bahawai ia mempunyai asal usul yang sangat menarik dan merujuk kepada satu anekdot yang paling unik dalam sejarah Belanda.

Jelas dari ejaan dan sebutannya, desa Turkeye dinamakan bersempena nama bangsa Turki, yang menghuni semenanjung di seberang Selat Bosphorus, jurang yang memisahkan Eropah dan Asia, tetapi jauh dari Belanda.

Namun orang Turki memainkan peranan penting dalam Rev0lusi dan Per4ng Kemerdekaan Belanda yang merupakan salah satu dari peristiwa penting sepaniang Per4ng 80 Tahun (yang dikenali oleh Belanda sebagai Per4ng Agama Lapan Puluh Tahun dan orang Eropah yang lain sebagai Rev0lusi Belanda).

Pada waktu itu, Turki yang masih sebuah kuasa besar Eropah, dikenali sebagai Empayar Uthmaniyyah dan diperintah oleh seorang Sultan. Oleh itu, tindakan Belanda dalam menilai peranan Turki sebagai sesuatu yang penting boleh dinilai dari fakta tentang rancangan mereka untuk merayakan sambutan quadricentennial (sambutan meraikan kejayaan tertentu yang berusia 400 tahun) hubungan diplomatik Belanda-Turki yang telah memasuki empat abad pada tahun 2012, jadi ia menunjukkan bahawa ia bermula pada tahun 1612.

Raja Philip II

Sejarahnya merangkumi peristiwa seperti pengiktirafan Uthmaniyah terhadap Belanda sebagai sebuah negara secara formal, walaupun status yang lebih kukuh sebagai sebuah negara yang merdeka secara rasminya berlaku pada tahun 1648 setelah Sepanyol mengakui kekalahannya dalam Perjanjian Münster (lebih dikenali sebagai Perjanjian Westphalia), yang sekaligus telah mengakhiri per4ng secara rasmi.

Hubungan tidak rasmi antara Belanda dan Uthmaniyah perlu ditelusuri lebih jauh sebelum itu lagi, pada bulan Oktober tahun 1566. Hubungan itu dijalin melalui Joseph Nasi, seorang pelarian Yahudi yang bersahabat dengan Putera stadthouder William dari Oranje (Taciturn) di Antwerp. Putera William dilantik sebagai gabenor oleh raja Sepanyol, Philip II di Belanda, Zeeland dan Utrecht pada tahun 1559.

Namun Putera William terpaksa berhadapan dengan tekanan kerana dasar undang-undang z4lim yang dilaksanakan Philip terhadap golongan heretik (pengamal bid’ah agama dab ajaran sesat) dan penglibatan pihak Holy Inquisition.

Putera William telah berkali-kali memohon Raja Sepanyol Philip II untuk meringankan sedikit undang-undang dan sistem yamg menindas rakyat ini, tetapi apabila dia mula merasakan segala rayuannya itu akan terus sia-sia, penentangannya dipanaskan lagi melalui satu pidato yang sangat terbuka pada tahun 1664.

Negara-negara Rendah yang membentuk sebahagian daripada kerajaan Sepanyol

Joseph Nasi, yang telah melarikan diri dari Inquisition pemerintah di Sepanyol, pada waktu ini telah bekerja untuk Sultan Uthmaniyyah dan sedang menjadi orang tengah di antara Uthmaniyah dan Belanda melalui surat menyurat di mana kemuncak jalinan kesepakatan itu menyaksikan Uthmaniyah menjanjikan sokongan berbentuk kewangan dan ketenter4an untuk Belanda memperjuangkan kemerdekaannya. Semua bantuan ini dikirim kepada Belanda pada tahun 1574.

Negara-negara Rendah secara teknikalnya telah membentuk sebahagian daripada kerajaan Sepanyol tetapi dasar yang kurang bijak dilaksanakan Majlis Pemangku Diraja mewakili Philip II secara tidak langsung telah menyisihkan para bangsawan tempatan, yang kemudiannya diusir keluar dari struktur pemerintahan.

Percukaian yang tinggi, pengangguran berleluasa, dan penderitaan golongan Calvinis akibat penindasan pemerintah Katolik telah melahirkan penentangan berbahaya yang kemudian dihancurkan oleh Duke of Alba sekitar 1567 lalu memicu penindasan yang lebih teruk lagi dengan gaya pemerintahan yang penuh keg4nasan dan hukvman.

Pember0ntakan secara terbuka yang dipimpin oleh Putera William bakal menyusul. Dia mengelak dari terlibat dalam pertempvran secara konvensional dengan pasukan tenter4 Sepanyol yang jauh lebih unggul dan memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan tempatannya.

William menyelamatkan kota-kota yang dikepung seperti Leiden (1573–74) dengan membuka tembok tanggul dan membanjiri kawasan luar bandar.  Penj4rahan Antwerp pada 1576 menyebabkan berlakunya penyatuan sementara seluruh Belanda dan usaha memulihkan keamanan dalam Pasifikasi Ghent.

Lambakan populasi golongan Calvinis dengan pantas telah menyebabkan wilayah-wilayah selatan membentuk Kesatuan Arras pada 1579 dan mengambil jalan berdamai dengan Sepanyol. Wilayah utara membentuk Kesatuan Utrecht, lalu per4ng itu menjadi perjuangan keagamaan untuk kemerdekaan.

Berkat sokongan kewangan dan ketenter4an dari Empayar Uthmaniyah, Putera William berupaya terus bertahan sebelum beliau akhirnya m4ti dibvnuh pada tahun 1584, ketika tampuk kepimpinan diserahkan kepada Maurice of Nassau dan ahli politik Oldenbarneveldt.

Uthmaniyah ketika penghujung abad ke-17

Seluruh Provinsi-provinsi Bersatu hanya terselamat dek kerana masa. Ditakdirkan, pada waktu itu, Sepanyol terpaksa mengalihkan seluruh komitmennya untuk memberi tumpuan terhadap per4ng melawan Perancis, Inggeris, dan Uthmaniyah. Gencatan s3njata berlaku pada tahun 1609 diikuti dengan pengiktirafan terhadap kemerdekaan penuh Belanda di Peace of Westphalia pada tahun 1648.

TOLERANSI BERAGAMA

Bila kita sebut soal toleransi beragama, ia mungkin dianggap sebagai biasa bagi para pembaca moden yang sentiasa dididik dengan kepercayaan bahawa toleransi adalah salah satu nilai asas dalam pembinaan tamadun barat di Eropah.

Ini meninggalkan satu sifat ketinggian diri pada seseorang kerana mereka jarang atau mungkin langsung tidak didedahkan dengan sisi hitam bangsa Eropah.

Mereka akan terkejut sekiranya diberitahu bahawa sehingga abad ke-16, konsep dan nilai toleransi beragama tidak langsung pernah disaksikan di mana-mana pelusuk di Eropah. Semenjak Kristianiti mempengaruhi Empayar Rom, pemerintah Kristian mentadbir berasaskan prinsip ‘Satu Kerajaan, Satu Undang-undang, Satu Kepercayaan.’ 

Fahaman teologi Kristian menganggap Jesus Christ sebagai satu-satunya jalan untuk diselamatkan, dan Gereja sebagai satu-satunya jalan menuju kepada Jesus.

Orang-orang yang tidak beriman dengan Kristian dianggap sebagai tidak akan tergolong dalam kalangan umat yang akan diselamatkan, bahkan dianggap sebagai pendosa atau penjenayah yang dilihat seumpama ‘anak-anak syaitan.’

Gereja berpendapat bahawa ini menjadi tanggungjawab pemerintah untuk membersihkan masyarakat dari korupsi, atau dirinya akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Apabila nilai-nilai pelampau sebegini tersebar meluas hingga meningkatkan penindasan terhadap kaum Kristian itu sendiri, mereka umpama tiada arah tuju hendak bergantung. Akhirnya, apabila penindasan itu semakin dirasakan tidak mampu lagi untuk diterima, orang-orang Kristian mula meminta bantuan dari pemerintah negara Islam.

Putera William Oranje

SUMBANGAN UTHMANIYAH TERHADAP KEMERDEKAAN BELANDA

Sebelum pember0ntakan tercetus, Putera William yang sudah tidak sanggup lagi menjadi gabenor untuk Sepanyol, telah bertindak menubuhkan pakatan bersekutu dengan pengikut Protestan dalam per4ng kemerdekaan melawan Kerajaan Sepanyol.

Putera ini gigih untuk menarik perhatian golongan Calvinis bagi membina konsep toleransi beragama ketika cuba menyeru penyatuan seluruh wilayah Belanda bagi menentang kez4liman Sepanyol.

Perbahasan tentang kemungkinan pembentukan sistem toleransi beragama telah tiba kepadanya melalui beberapa surat yang melaporkan perbincangan itu di Perancis. Perdebatan itu hanya disahkan setelah terdapat nota yang merujuk tentang Empayar Uthmaniyyah. Tokoh Katolik-humanist (Katolik yang lebih liberal), Viglius mengirim surat kepada Putera William pada tahun 1564, yang berbunyi:

“Sebilangan rakyat hanya ingin meringankan rang undang-undang kekerasan yang z4lim, sebahagian yang lain ingin mengembalikan darjat mereka dengan mengejar kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya, jika dapat menikmati hidup yang aman sebagaimana yang sedang dinikmati masyarakat Kristian dan Yahudi bawah pemerintahan orang Turki itu pun sudah mencukupi.”

Sultan Süleyman I

Manakala bangsawan Belanda-Belgium, d’Esquerdes mencatatkan frasa berikut, “lebih baik menjadi sebuah kerajaan dibawah naungan pemerintah bangsa Turki daripada hidup bertentangan dengan moraliti seseorang dan menerima layanan z4lim mengikut undang-undang (penganiayaan) ini.” 

Empayar Uthmaniyyah akan menikmati konteks yang menarik di Belanda, kerana bantuan sokongan daripada Sultan Süleyman Kanuni untuk Putera William memulakan per4ng kemerdekaan akan tiba tak lama lagi. Pada bulan Disember 1565, pendokong toleransi, Francis Junius dan adik lelaki Putera William Oranje, Louis Nassau, mengutuskan surat kepada Philip II, meminta toleransi.

Surat dengan karangan pidato ringkas yang dikirimkan kepada Philip II itu dengan beraninya membandingkan strategi Turki yang ‘kuat’ dengan strategi ‘jahil’ Philip, yang sememangmya sedang menerima tekanan hebat dari Uthmaniyah di Mediterranean:

“Dan siapakah sekarang ini tidak nampak budaya kepelbagaian agama yang sangat besar di bawah bangsa Turki yang agung itu? Dalam kalangan orang Kristian sahaja sudah ada 15 hingga 20 mazhab dan aliran yang berbeza. Kemudian ada kaum Yahudi, Parsi dan Muhammadan, semua rakyat di dalam empayar ini, lebih bertentangan antara satu sama lain dalam soal kepercayaan agama tetapi perbezaan diraikan, bukan seperti air yang menentang api. Sesungguhnya, jika kepelbagaian sebegitu menjadi punca kepada kekacauan dan hasutan, mustahil orang Turki mampu menjadi begitu kuat. Adalah suatu kebodohan besar jika ada pendapat bahawa seseorang tidak boleh mencipta kedamaian di antara subjek apabila mereka menganut agama yang berbeza. Sesiapa yang menganggap punca kekacauan dan hasutan sebagai sumbernya, akan mendapati bahawa itu sama sekali bukan berasal dari kepelbagaian agama, tetapi dari ketaksuban dan keghairahan tertentu seperti sikap suka menipu, cemburu, sombong, dendam dan lain-lain yang seumpamanya, yang boleh memicu sengketa walaupun hanya kerana perbezaan kecil, dan apabila undang-undang tidak meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya, mereka terus menghasut sedikit demi sedikit dan terus menimbulkan kekacauan dan kekeliruan terhadap orang ramai.”

Ingat, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Belanda menerima bantuan dan sokongan daripada Sultan Süleyman untuk menentang Philip, pada detik ini, hujah mereka hampir menjadi provokasi:

“Kebahagiaan dan rasa gembira dapat hidup dan beribadat untuk Tuhan dalam jiwa yang merdeka adalah kuasa yang paling hebat yang membuat seseorang melupakan segala kegembiraan dan keinginan lain….. jadi, atas sebab itu, tidak hairan sangat lah dan tidak syak lagi, banyak wilayah-wilayah yang selama ini menerima penindasan di Perancis, demi kepentingan agama, mereka sanggup hidup di bawah pemerintahan bangsa Turki, dengan harapan sekurang-kurangnya mereka dibiarkan hidup dalam kebebasan yang paling mereka inginkan. “

Simbol protes Belanda terhadap Sepanyol ini dikenali sebagai Halve Maene (Half Moon)

Pada bulan Ogos 1566, semasa berlakunya tunjuk perasaan yang terkenal terhadap pemerintahan Sepanyol-Katolik di Antwerp yang dikenali sebagai ‘Beeldenstorm’ (‘Badai menentang berhala’), sekumpulan orang Kristian Calvinis menyanyikan sebuah lagu yang berbentuk nasihat dan menyeru orang ramai agar ‘letaklah bulan sabit pada lengan pakaian kamu, lebih baik Turki daripada Paus!’.

Mereka merujuk pada hiasan pingat perak dalam bentuk bulan sabit, dengan tulisan “Endespite delames, liver Turcx dann Pavs” (Di sebalik kekacauan ini, orang Turki lebih baik daripada Paus). Pingat itu sekali lagi dilihat pada pakaian lanun Belanda semasa penaklvkan kota Leiden pada tahun 1574.

Budaya sejarah pop telah membuat tafsiran bahawa semua ini hanyalah tindakan simbolik yang bermaksud Belanda lebih rela m4ti daripada hidup di bawah pemerintahan Katolik.

Tetapi catatan sejarah asli jelas menunjukkan bahawa ungkapan itu sememangnya merujuk kepada perbandingan di antara sifat Sultan Uthmaniyah dan Paus Katolik dalam soal toleransi. Kecenderungan ciri-ciri yang merujuk kepada pemerintahan Turki bertambah kukuh memandangkan ia wujud sebagai gambaran dalam beberapa lagu yang digunakan oleh Belanda, contohnya adalah seperti terjemahan berikut:

Putera Oranje yang berjaya,
Tuhan akan jadikan dia bijak
dan memahami firman Tuhan,
bermula daripada saat ini.

Semoga disampaikan ke setiap pelusuk,
bahawa dia telah pun menjadi seorang
Turki yang lebih baik daripada Pope.
Walaupun Turki tidak dipanggil Kristian,

Mereka tidak membakar manusia
kerana kepercayaan syirik,
seperti yang dilakukan oleh Paus,
dan orang Katolik, pada setiap hari.

Replika kapal Halvd Maine milik Belanda dengan hiasan bulan sabit

Sejarawan Jan Fruytiers mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa Belanda merujuk kepada orang Turki dalam slogan pada pingat perak itu :

“Ada yang memakai bulan sabit perak pada topi mereka dengan ayat ini tertulis padanya: Lebih Baik Turki Daripada Paus. Mereka memperkirakan kez4liman Paus adalah jauh lebih teruk berbanding orang Turki yang sekurang-kurangnya tidak akan mengganggu kepercayaan agama seseorang yang membayar cukai kepada mereka, dan lebih menepati janji berbanding Paus. “

Tepat selepas ‘Beeldenstorm’, pada bulan Oktober, Joseph Nasi yang melarikan diri dari pemb4ntaian di Sepanyol telah mengatur surat dari Sultan Süleyman I yang menjanjikan sokongan kewangan dan ketenter4an untuk Belanda. Selepas kem4tian Süleyman, diplomasi diteruskan dengan Sultan Selim II sehingga kerjasama rasmi dijalin pada tahun 1574.

Apa sebenarnya yang ditulis dan dibincangkan antara sultan dan Belanda, itu aku tak tahu. Tetapi memandangkan Süleyman telah menyebut tentang meraikan toleransi terhadap golongan Protestan dalam surat-menyuratnya dengan Francis I pada tahun 1528, dia pasti akan melakukannya sekali lagi dengan Belanda, terutamanya kerana dia menyedari bahawa Belanda sedang berjuang untuk mencapai toleransi, di mana Uthmaniyah sendiri telah laksanakan di Empayarnya.

Pada tahun 1579, Putera William Oranje berjaya mengisytiharkan deklarasi pertama tentang toleransi sejagat di Eropah, memperluaskan kebebasan beragama bukan hanya kepada orang Kristian lain (seperti dalam Hungariam Edict of Torda tahun 1568), tetapi juga kepada orang Yahudi dan bahkan umat Islam. ‘Kesatuan Utrecht’ menyatakan bahawa ‘setiap individu diberikan kebebasan dalam beragama dan tidak ada sesiapa yang akan dianiaya atau dipersoalkan kerana kepercayaannya’

Namun Kesatuan Utrecht tidak menghalang terutamanya penganut Katolik untuk mengalami diskriminasi sesekali, sehingga gereja-gereja mereka tidak boleh dilihat dengan mendirikannya di rumah-rumah persendirian.

Namun demikian, kempen toleransi telah berjaya mewujudkan toleransi sebagai cita-cita dalam pemikiran intelektual Belanda, yang kadang-kalanya boleh dibanggakan dengan toleransi bahkan umat Islam di Belanda. Dalam karya lukisan Belanda, umat Islam digambarkan sebagai simbol kedua idea toleransi, sebagai toleransi dan nilai duniawi Republik Belanda.

Bendera  bandar Voorschote yang menerima pengaruh Uthmaniyah, ia adalah sebuah bandar perbandaran di Belanda barat, di wilayah Belanda Selatan.

Belanda menjadi persimpangan menarik dalam menyerap model Uthmaniyyah mengenai kepelbagaian agama. Pertama, ia tiba kepada Belanda dalam perbahasan toleransi yang berasal dari Perancis dan dalam tulisan Sebastian Castellio. 

Kedua, intoleransi agama di Sepanyol adalah alasan bagi Belanda untuk member0ntak dan memupuk kerjasama dengan Uthmaniyah. Tidak diragukan lagi bahawa perbezaan dasar Uthmaniyyah dengan intoleransi Sepanyol, yang dialami oleh Joseph Nasi dalam hidupnya sendiri, memainkan peranan penting dalam kesepakatan yang dia bina antara Sultan Süleyman I dengan Belanda.

Putera William Oranje telah digambarkan sebagai tidak penat berusaha untuk menyatukan wilayah Belanda di bawah keadaan toleransi agama secara universal.

Apa yang membuat William begitu yakin dan gigih untuk membina sistem toleransi beragama kekal menjadi misteri. Walaupun dendam peribadinya terhadap penganiayaan pasti menjadi faktor penting, seperti yang telah disimpulkan, aku percaya, contoh yang baik dari gaya pemerintahan Uthmaniyah dan mengenang jasa atas sokongan Uthmaniyah telah memberi William semangat dan keyakinan untuk berjuang bukan hanya untuk toleransi bagi beberapa mazhab semata-mata, tetapi visinya adalah ntuk membina masyarakat pelbagai agama yang hidup harmoni.

Berdasarkan apa yang mereka telah lalui, adakah anda sebagai rakyat Malaysia bukan Islam, masih merasakan yang orang Islam tidak bertoleransi? Masih mahu menuduh kaum majoriti ini sebagai penindas? Tepuk dada, tanya selera, pintu keluar sentiasa terbuka.

RUJUKAN:

Israel, J. I. (1998). The Dutch Republic Its Rise, Greatness, and Fall 1477–1806. Oxford University Press

—-

Kalau anda berminat dengan sejarah Uthmaniyyah, kami nak mencadangkan buku terbaru kami Uthmaniyyah Di Hujung Jari sebagai rujukan untuk mempelajari kebangkitan dan kejatuhan tamadun agung umat Islam ini. Klik sini untuk pembelian. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.