Angry driver is angry human and how you drive is how are. You can tell me the drive is different than the driver, but I have not seen it to be.” – Cole Harmanson

Tentu anda pernah berhadapan dengan pemandu yang tidak cekap bagi anda ketika di jalan raya. Anda berhadapan dengan pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan, pemandu yang memandu terlalu laju, pemandu yang tidak memberikan signal untuk masuk ke lorong, pemandu memotong tiba-tiba, pemandu yang mencuri ruang letak kereta anda, pemandu yang tiba-tiba hon dan pelbagai lagi. Menurut kita, mereka semua ini bodoh dan tidak cekap memandu.

Menurut beberapa buah kajian pada tahun 2000, 2003 dan 2013, kemarahan lebih mudah berlaku ketika memandu berbanding aktiviti harian yang lain. Menurut statistik, kebanyakan daripada kita juga sebenarnya melakukan ‘kesilapan’ yang kita tidak boleh toleransi di jalan raya. Anda mungkin pernah memandu cukup laju ataupun cukup perlahan sehingga memberikan kemarahan kepada pemandu lain.

Anda mungkin tidak membuka lampu pada waktu malam ataupun memandu dengan perlahan di lorong kanan. Tetapi anda tidak memarahi diri anda sepertimana anda memarahi orang lain atas kesalahan yang sama. Kerana apa? Kerana anda mempunyai sebab tersendiri yang hanya anda sebagai pemandu sahaja yang tahu. Anda seorang sahaja yang faham situasi anda pada ketika itu.

Anda mungkin tidak membuka lampu pada waktu malam kerana lampu telah rosak. Kebetulan pada waktu itu anda sedang terdesak kerana urusan penting. Anda mungkin memandu perlahan di lorong konon kerana anda sedang bersedia untuk membelok ke kanan. Anda mungkin memandu laju kerana anda terlewat bangun untuk pergi kerja. Kita juga mempunyai sebab mengapa kita marah, lebih-lebih lagi apabila ada pemandu memandu perlahan sewaktu kita telah terlewat ke tempat kerja.

Menurut Shelly E. Taylor, double standard dan tidak menghukumi diri kita secara berlebihan adalah perkara biasa bagi melindungi ego kita dan perkara itu baik bagi kesihatan mental anda. Selain itu, seperti yang telah disebut, kita berkelakuan demikian kerana kita bertindak mengikut situasi semasa yang kita alami. Kita lebih mengetahui di mana kemampuan kereta kita, kita tahu desakan kita, kita tahu mengapa kita bertindak sedemikian dan banyak lagi faktor-faktor lain. Namun, faktor-faktor ini bukanlah boleh menjadi alasan untuk kita menjadi pemandu yang teruk dan tidak cekap.

Persoalan terbesar dalam permalahan topik ini ialah, mengapa kita tidak mampu untuk mempertimbangkan bahawa pemandu lain juga mempunyai masalah tersendiri sehinggakan mereka memandu sedemikian? Mereka mungkin mempunyai situasi-situasi tertentu, seperti anda, yang membuatkan dia memandu terlalu laju, terlalu perlahan dan sebagainya.

Menurut Daniel Stalder dalam makalah saintifiknya yang diterbitkan pada tahun 2018, faktor ini adalah disebabkan oleh bias yang dipanggil sebagai ralat atribusi asas (fundamental attribution error, FAE). FAE adalah bias yang mana kita berkecenderungan bahawa apa-apa tindakan yang diambil oleh seseorang adalah kerana personaliti ataupun sikapnya, bukan kerana persekitaran sosial ataupun keadaan yang mempengaruhi seseorang tersebut. Istilah tersebut dimunculkan oleh Lee Ros setelah beberapa tahun eksperimen oleh Edward Jones dan Victor Harris dijalankan.

Terdapat tiga buah eksperimen yang dijalankan pada ketika itu dan hasilnya diterbitkan pada tahun 1967. Umumnya, ketiga-tiga eksperimen tersebut mempunyai reka-bentuk (design) yang sama. Subjek diminta untuk membaca esei yang bertajuk “Castro’s Cuba” dan subjek perlu melaporkan jangkaan sikap pengarang esei tersebut terhadap Fidel Castro – Perdana Menteri Republik Cuba pada ketika itu.

Esei itu pula terdapat dua jenis, sama ada esei berbentu anti-Castro ataupun pro-Castro. Esei itu juga ditulis dalam dua keadaan, sama ada ditulis secara bebas ataupun ditulis mengikut arahan sebagai satu bentuk tugasan. Maka, eksperimen ini mempunyai dua jenis pembolehubah iaitu pilihan bebas (free choice) dan tingkah laku yang diarah (behaviour direction). Pemboleh ubah itu ditambah untuk eksperimen kedua dan ketiga.

Hasil eksperimen tersebut, secara umumnya, mendapati apabila subjek percaya bahawa esei tersebut ditulis dengan pilihan bebas oleh penulisnya, secara lazimnya mereka melaporkan penulis-penulis yang pro-Castro mempunyai sikap yang positif terhadap Castro.

Tetapi apabila subjek didedahkan bahawa penulis hanya menulis mengikut arahan, subjek tetap melaporkan penulis yang pro-Castro mempunyai sikap yang positif terhadap Castro walaupun sebenarnya esei pro-Castro ditulis bukan kerana kebebasan penulis, tetapi pengaruh persekitaran yang membuatkan esei pro-Castro dibentuk. Namun, subjek-subjek tidak mampu untuk melihat pengaruh ini.

FAE boleh muncul dalam pelbagai keadaan, lebih-lebih lagi pelbagai keadaan ketika memandu yang membuatkan kita mudah menghukum orang lain. Mengapa FAE mudah berlaku ketika memandu? Pertamanya ialah kita mempunyai banyak sebab untuk marah. Anda marah kerana dia memandu terlalu laju. Anda marah kerana dia memandu terlalu perlahan. Anda marah dia tidak bagi isyarat untuk membelok.

Anda marah kerana kerana kesesakan jalan raya. Anda marah kerana lori besar sesuka hati masuk lorong anda. Anda marah kerana lampu isyarat merah yang terlalu lama dan banyak lagi alasan yang membuatkan anda marah kerana alasan-alasan ini semua adalah penghalang kepada matlamat anda untuk sampai ke destinasi. Alasan-alasan ini adalah penghalang untuk anda menyelesai perkara terdesak yang menuntut anda selesaikan dengan segera. Alasan-alasan ini membina kemarahan dan kekecewaan yang banyak dalam diri anda.

Menurut James R. Averill, kemarahan secara asasnya adalah ciri-ciri yang membawa kepada menyalahkan – dengan kata lain, anda berkecenderungan tinggi untuk menyalahkan orang lain apabila anda marah dan kemarahan akan meningkatkan bias FAE. Sebab itulah apabila anda bergaduh sesama sendiri dalam keluarga ataupun organisasi, anda mudah menyalahkan orang lain apabila anda berada dalam keadaan sangat marah. Sukar bagi anda untuk menuding jari pada diri sendiri.

Sebab kedua ialah, kita mudah menghukum dan marah kerana orang tidak kenal siapa kita. Kita mampu marah dan menyalahkan sesiapa saja, dan akhirnya kehidupan berjalan seperti biasa selepas itu kerana orang yang kita marah tidak kenal siapa kita. Kalau anda mahu membayangkan situasi mudah, bayangkan perbezaan besar antara masyarakat media sosial dan masyarakat di dunia sebenar.

Di dunia sebenar, apabila ada orang buat kesilapan di hadapan mata anda, anda berkecenderungan untuk berdiam diri. Apabila anda nampak pasangan bergaduh di hadapan mata anda, anda berkecenderungan untuk tidak masuk campur. Apabila anda nampak orang yang sedang dalam kesusahan, anda berkecenderungan untuk tidak membantunya apabila ada orang ramai di sekeliling anda – bystander effect.

Bagaimana di media sosial pula? Situasinya berbeza. Apabila anda nampak video pasangan bergaduh, ramai yang bising dan mengecam individu-individu dalam video tersebut. Apabila ada orang melakukan kesilapan di media sosial, ramai yang akan masuk campur. Kerana apa? Kerana di media sosial, kita dapat menyembunyikan identiti kita.

Kita mungkin memaparkan nama dan beberapa maklumat di laman Facebook kita, tetapi kita tidak berinteraksi secara fizikal. Itu sudah cukup untuk membuatkan diri kita selamat untuk bertindak dalam apa jua keadaan. Samalah juga seperti pemanduan. Anda marah pemandu lain, walaupun mereka tidak dengar, tetapi gerak-geri tubuh anda cukup untuk mereka memahami anda sedang marah. Anda tahu tetapi anda tidak kisah kerana mereka tidak mengenali siapa anda.

Tidak dikenali juga boleh membawa kepada sikap tidak bertanggungjawab. Kajian menunjukkan bahawa bertanggungjawab atas tindakan akan membuatkan mengurangnya bias FAE. Sebab itulah di media sosial, ramai orang mampu bercakap sesuka hati dan mengecam sesuka hati kerana sikap bertangunggjawab itu kurang.

Sikap bertanggungjawab itu kurang kerana identitinya bersembunyi di sebalik media sosial. Samalah juga halnya ketika anda memandu. Anda mudah memarahi dan menghakimi orang lain kerana anda menyedari anda tidak perlu bertanggungjawab atas tindakan anda. Selepas marah, anda boleh menjalankan kehidupan seperti biasa.

Sekiranya anda mahu bertanggungjawab atas kesilapan anda dalam menghakimi pemandu lain, tiada cara untuk anda bertangunggjawab dalam keadaan anda sedang memandu. Anda mungkin dapat berinteraksi seketika melalui gerak-geri tangan anda dengan pemandu lain dan hal itu tidak membantu anda untuk bertanggungjawab melainkan anda telah melanggar kenderaan orang lain.

Sebab terakhir sekali ialah, kita mudah bias FAE adalah kerana bias optimism iaitu bias kita sentias fikir kita lebih baik daripada purata manusia di dunia ini. Dalam hal pemanduan, kita sentias fikir kita merupakan pemandu yang bagus dan pemandu lain adalah pemandu yang teruk. Maka, apa-apa sahaja kes sekalipun, anda akan berkecenderungan menyalahkan orang lain kerana anda sangka anda sudah cukup bagus di jalan raya.

RUJUKAN:

  1. James R. Averill, “Studies on Anger and Aggression: Implications for Theories of Emotion,” American Psychologist 38 (1983): 1145–60.
  2. Thomas W. Britt and Michael J. Garrity, “An Integrative Model of Road Rage,” International Review of Social Psychology 16 (2003): 53–79.
  3. Thomas A. Dingus et al., “Driver Crash Risk Factors and Prevalence Evaluation Using Naturalistic Driving Data,” Proceedings of the National Academy of Sciences 13 (2016): 2636–41.
  4. Leon James and Diane Nahl, Road Rage and Aggressive Driving: Steering Clear of Highway Warfare (Amherst, NY: Prometheus, 2000).
  5. Karin Miller, “This Woman Had a Baby in Her Car on the Way to the Hospital: And That’s More Common Than You’d Think,” Self, May 4, 2016, http://www.self.com/story/this-woman-had-a-baby-in-her-car-on-the-way-to-the-hospital-and-thats-more-common-than-youd-think.
  6. Daniel R. Stalder, The Power of Context: How to Manage Our Bias and Improve Our Understanding of Others (Amherst, NY: Prometheus Books, 2018).
  7. Shelley E. Taylor, Positive Illusions: Creative Self-Deception and the Healthy Mind(New York: Basic Books, 1989).
  8. Christine M. Wickens et al., “Driver Anger on the Information Superhighway: A Content Analysis of Online Complaints of Offensive Driver Behaviour,” Accident Analysis and Prevention 51 (2013): 84–92.
  9.  7 Reasons We’re More Biased While Driving. https://www.psychologytoday.com/us/blog/bias-fundamentals/201812/7-reasons-we-re-more-biased-while-driving

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.